oh muffin (version 2)!

 

ini adalah 2nd trial muffin, resepi dari blog nanee. hmm, delicious+yummy!oh, mahu tengok 1st trial.. hmm, sila jangan gelakkan. 1st trial muffin jadi flat, maklumlah salah method. huhu~

resepi akan menyusul kemudian. mahu tayang sini dulu :-)

the 10 most trusted professions! are you in?

membaca dapat menambah ilmu, walaupun bukan buku rujukan sains. haha. kali ni me mahu share mengenai artikel yang terdapat dalam reader's digest bulan ni. isu yang cuba diketengahkan ialah "trust@percaya"

bukan senang nak percaya orang lain. hmm, ada banyak kritirea yang perlu dipatuhi sebelum kita percaya orang lain atau buat orang percaya kepada kita. tapi kadang2 ada orang yang suka ambil kesempatan bila orang dah percaya dengan mereka. sungguh annoying kan!

ok, mari kita berbalik kepada tajuk post, the 10 most trusted professions, info ini me dapat dari reader's digest march 2010. worth to share :-)

the 10 most trusted profession (are u in?)
1. Pilot
2. Teacher
3. Doctor
4. Paramedic
5. Firefighter
6. Surgeon
7. Scientist
8. Dentist
9. Pharmacist
10. Nurse

kebanyakan nya berorientasi sains dan medicine. hmm, kenapa ye? eh, are u in? oh, my profession not in top 10. wonder, what number will it be? 1010? haha~

adoi sudah tertinggal jauh kebelakang. haish!

teruja nak main game ni lepas redmummy promo dalam blog beliau. hmm, memang menarik game ni. sangat mudah, seperti A.B.C!

score terkini adalah 37455. haish menurun dari score lepas. huhu~


camne nak tinggi kan score,ye? someone already touch rm100k for this game. me dah tertinggal jauh kebelakang ni..~

nuffnang dah 3 tahun!

happy birthday to nuffnang.. 


rupanya nuffnang dah 3 tahun. hmm, me and nuffnang? ah baru beberapa bulan? korang pulak?!

harap2 tahun ni nuffnang akan lebih baik hati lagi. hehe :-) semoga suksess ya!

tutorial: animated label cloud

oh! sangat gembira, akhirnya me jumpa tutorial untuk animated label cloud. yeay!


pakcik google telah menghubungkan me dengan blog ini. kepada owner, trimas untuk tutorial, ye~

sila jangan jealous, saya antara yang bertuah :-)

masih ingat entri 1 Malaysia, 1 Halal? terima kasih kerana membaca :-) sejajar dengan kempen ini pihak Dagang Halal telah bermurah hati untuk bagi 188 orang pengguna facebook hadiah berupa "1 Malaysia, 1 Halal Recycle Bag", full loaded with RM100 JAKIM Halal certified product. oh, wow!


dan sila jangan jealous. me baru dapat e-mail yang mengatakan... tahniah anda berjaya :-)


perasaan yang begitu berbunga-bunga. tak sangka me antara 1/188 yang bertuah. hehe :-) 

indah sungguh peribadimu, tiada tandingan~


salam maulidul rasul, sahabat :-)

p/s: oh, esok kena kerja. sabar-sabar, contohi peribadi rasulullah~

malaysia, who do you trust?

sila abaikan kualiti picture ini. 100% SE~

hari ni me receive reader's digest edisi march 2010. hmm, interesting cover page, picture of dato' michelle yeoh and an exclusive results of RD first ever Asian Trust Poll~ 

"Malaysia, Who Do You Trust?"

menarik kan? so Malaysian, tahu kah siapa yang kamu percaya? jom kita intai2 list top 50 malaysia's most trusted 2010 (just pick randomly, ok?)

no 1: datuk nicol david (squash world champion)
no 3: datuk lee chong wei (badminton olympic silver medalist)
no 9: afdlin shauki (actor, comedian, director)
no 14: aznil hj nawawi (host, actor, singer)
no 17: zang thoi (designer)
no 22: dato siti nurhaliza (singer)
no 31: dr sheikh muszaphar shulor (astronaut)
no 37: alex yoong (race car driver)
no 42: sharifah amani (actress)
no 50: azwan ali (host)

ini sebahagian je.. untuk tahu lebih lanjut dapatkan reader's digest. hehehe :-) MALAYSIA BOLEH!

sifir matematik, ada cara senang nak ingat ke?

nota pembuka: luahan rasa cikgu tuisyen matematik :-)
 
macam mana cara senang nak hafal sifir ni? 


kepada cikgu matematik atau sesiapa yang berkenaan, korang mesti ada skill macam mana nak kasi student hafal sifir ni. haish, tolong turunkan ilmu, pening dibuatnya student tak mau hafal sifir ni.. 

hmm, bukan student yang pening masa nak buat kira-kira matematik, cikgu yang pening berlebih2~ adoi!

ntah apa apa ntah? layan je lah~

 
snack food made in japan (bos belanja)

 
eh, kenapa bos tak belanja doraemon seekor (eh, seekor ke?) haha :-)

cikgu ni sebenarnya garang kan?

oh! me percaya kata2 anak murid memang benar. after 6th class, he already discover sikap sebenar teacher dia ni. tapi, terkejut juga dibuatnya.. sebab anak murid cakap waktu dia tengah kusyuk buat kira-kira matematik, hmm, tanpa pandang muka teacher dia kat sebelah ni.. haha :-)

"teacher ni sebenarnya garang kan..." 

garang sebenarnya dah sangat sinonim dengan diri. dari zaman belajar sampai zaman kerja. kadang2 tanpa disedari, dan kadang2 sengaja dibuat. tapi mostly adalah ekspresi secara semulajadi. tapi, jarang pada tempat yang salah. sebab me pun memang tak suka dengan orang yang suka nak tunjuk garang membabi buta. oh, sangat annoying..~

sebenarnya, me hanya ikut pesanan mak anak murid. katanya, pendekatan terbaik semasa mengajar adalah mesra dan tegas. jadi, follow je lah.. seorang mak mesti tahu benda yang terbaik untuk anak. so far, anak murid ni tak bagi masalah, dan feedback dari mak anak murid adalah positif. tapi biasalah budak2 ni, ajar hari ni, lusa dah lupa. kena ulang-ulang. kadang2 panas jugak hati.. tapi dugaan~


apa pun, mengajar adalah satu perkara yang menarik. patut lah ramai yang jadi cikgu. huhu~

 gambar hiasan yang dipilih oleh cikgu garang :-)

oh, ada apa dengan cinta?

"cinta hanyalah cinta
hidup dan matiku untukmu
mungkin kah semua tanya kau yang jawab"


ada apa dengan cinta? oh, ini tajuk yang ditunggu2 oleh shameer dalam blog ni. haha~  well, me bukan nya hati kering sangat pun, kadang2 perlu berbunga2 juga. erk?

seperti biasa, baca KOSMO online adalah perkara yang mesti buat hari-hari, selain mendapatkan update terkini, boleh cari bahan nak update blog. huhu~ ok, mari berbalik kepada tajuk... ada apa dengan cinta?


 

baca berita di sini. huh, nasib baik takde rakan sepejabat yang paksa terima cinta-cinta ni. haish, bikin kacau betul. pepatah melayu ada mengatakan "hidung tak mancung pipi tersorong2" kalau orang dah tak mahu apasal tak cari orang lain je? ni nak main culik2 dan kena tumbuk plak tuh.. huh! oh, terlebih emo pula, alergik betul dengan lelaki kaki pukul ni.. kesimpulan cinta hanya menjadikan orang kurang siuman? eh?

"mahukah dikau berkahwin denganku?"


baca berita kat sini.. sweetnya lelaki yang propose siap guna tulisan kat langit, asap helikopter ke apa? "marry me sally" siapalah gadis bertuah tu? huhuh~ *berangan*.. kesimpulan, cinta itu seluas langit... dimana ada langit di situ ada cinta.. huh~

kerdilnya terasa diri.. 

jadi ada apa dengan cinta? sedih atau gembira? tawa atau tangis? fikirlah sendiri :-)

please,please, please...kamu jangan nakal


oh ini bukan lagu tema untuk perasaan minit ini. haiyak~ me mahu tidur esok hari kerja, tapi mereka ini non stop main mercun, bakar bunga api.. huhuhu~

please,please,please... kamu jangan nakal~

berangan mahu ke venice.. pls :-)

sebenarnya dalam malaysia pun me tak habis tour lagi, ini kan pulak nak pergi travel oversea, walaupun orang kata jauh perjalanan, luas pengalaman, tapi harus di ingat budget juga besar.. takpe angan2 dulu~


masih lagi tentang photo edit. oh belajar photoshop bukan mudah,ok. ada banyak tutorial kat internet ni, tapi banyak yang bikin kepala pusing, hehe :-) untuk picture ni me edit pakai picasa 3 je, huhu. cepat&mudah~

keyword analysis nuffnang!

hari ni baru rajin mahu intai2 keyword analysis yang nuffnang buat hari-hari. apa ye orang cari dalam blog ni? hmm~


oh, rupanya ramai yang intai blog ni nak cari maklumat pasal contest mister potato. wow, sukanya :-) hmm, rupanya ada jugak orang baca post pasal contest mister potato kat sini. hehe~

antara keyword2 yang ada 
berat anak gajah
berat mister potato
trio karektor mister potato
berat ortega
purata berat anak gajah
berat satu kanister mister potato

well, sharing is caring lah~ siapa yang tak mahu jongkong emas kan? hehe :-)

part 2: oh, berapa berat ku?

mari kita sambung entri part 1: oh berapa berat ku? kali ini, kita akan discuss klu2 mengenai berat 3 mariachi dan 100 biji kentang. sudah bersedia kah? klu2 ini boleh didapati dari website mister potato dan kad unik. baca semua klu dan fikir2 kan~ hehehe :-)
 sila cari di dalam blog ini

3 MARIACHI: UNO, DES & TRES

 

mari kita lihat apa info yang kita ada mengenai 3 orang kenit ni:
a) uno dan tres pernah menaiki kereta kuasa bateri seberat 100kg dan merosakkannya kerana mereka melebihi had berat
b) ketiga2 mereka pernah memasuki acara melontar peluru kategori 35kg - 55kg. Berat purata mereka ialah 48kg
c) mister potato pernah mengangkat des dan berat mereka diatas mesin penimbang ialah 170kg
d) berat tres ialah 40kg

so daripada info diatas, kita sudah ketahui berat tres ialah 40kg. untuk mendapatkan berat des sila ikuti formula ini:

berat des = 170kg - berat mister potato

oh bagaimana pula dengan berat uno? masih ingat dengan operasi matematik: purata? mari me kembalikan ingatan kamu~

berat purata ketiga2 mariachi = (uno+des+tres)/3

maka untuk mencari berat uno, sila ikuti langkah ini

uno = (berat purata mariachi x 3) - berat (des+tres)

cuba periksa adakah hasil tambah berat (uno+des) melebihi 100kg, jika ya, jawapan pasti tepat untuk klu (a)

BERAT 100 BIJI KENTANG


ok, bagaimana pula dengan berat 100 biji kentang?
a) jumlah berat 100 biji kentang dan ortega ialah 161 paun
b) berat purata sebiji kentang 35g kurang daripada berat bersih 1 kanister Mister Potato (1 kanister = 160g)
c) secara purata, berat satu guni penuh yang mengandungi 200 biji kentang lebih kurang 25kg
d) 100 biji kentang mempunyai berat lebih kurang 27.5 paun

secara lansung, klu dah beri jawapan untuk berat 100 biji kentang dalam berat terhampir. kalau mahu buat calculation, korang boleh cuba klu (a), dah tahu berat ortega kan?

hmm, selamat mengira ok? sekiranya korang ada cara kira2 yang lain sila lah share. ini kira2 menurut pandangan orang yang skill suam2 dengan matematik. huhu~

p/s: langkah kira2 ini, adalah dari pandangan diri sendiri, tak bermakna korang kena ikut step ni untuk buat kira berat mereka. selamat mencuba!

support kempen 1 Malaysia, 1 Halal!

oh, mari sertai kempen 1 Malaysia, 1 Halal, warganegara Malaysia! Kempen ini adalah inisiatif dari pihak JAKIM untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna mengenai perlabelan logo Halal JAKIM. seperti yang me pernah war2 kan dalam post yang lepas, kekurangan kesedaran mengenai perlabelan halal, akan menyebabkan kita menjadi pengguna yang kurang bijak. remember, we are what we eat!


kempen 1 Malaysia, 1 Halal  ini dijangka akan dilancarkan pada Maulidul Rasul  (26/2/2010) oleh Yang Di Pertuan Agong di Masjid Negara Kuala Lumpur. keseluruhan event ini akan berlansung selama 3 hari iaitu pada:

tarikh: 26/2/2010 ke 28/2/2010
masa: 10.00am ke 10.00pm
venue: Masjid Negara, Kuala Lumpur

berikut adalah diantara penaja kepada kempen 1 Malaysia 1 Halal


jadi, marilah kita beramai2 memeriahkan kempen 1 Malaysia, 1 Halal. oh haruslah diingat, kempen ini bukan untuk yang Muslim sahaja, penyertaan Non Muslim juga amat dialu2kan, sharing is caring kan?

untuk maklumat lanjut sila lawati website 1 Malaysia, 1 Halal, dan sertai komuniti facebook 1Malaysia, 1 Halal~

 

oh, i catch u, kamu yang ke-200!

akhirnya berjumpa kamu yang ke-200!


thanks! hasifi-hasifi, link kamu apa ya?

p/s: nak tahu siapa followers ke 100, klik link ini~

can u pls update daily high score?

game ni menarik tapi organizer macam "sleep mode" je. update lah daily high score, barulah semangat sikit orang nak main game..~


oh, score 39824? hehe :-)

ada sedih, ada gembira

sepetang meminjam telinga kepada seorang kawan, hati terasa terhiris-hiris. oh, lelaki, kena sukar sangat memahami? kenapa susah sangat mengambil tanggungjawab? kenapa susah sangat menghargai pengorbanan seorang wanita, isteri, seorang pelengkap jiwa? kenapa? 

oh!

menakutkan!

gambar hiasan. mungkin kawan patut bercuti disini?

hmm, habis cerita sedih dan scary..~ mesti ada cerita gembira kan? hari ni nuffnang masukkan earning, so total hari ini...


yup, tak sabar-sabar mahu buat cashout pertama.. jeng2~ tapi yang lebih membuatkan perasaan lebih teruja


leaderboard sudah dapat 5 bintang! yeay!!

broadband......oh, streamyx!

broadband. hmm, me sebenarnya tak pernah terfikir nak pakai broadband :-) plus, tau2 je lah, kawasan kampung ni, 3G pun baru ada coverage, itupun macam "hidup segan, mati tak mau"~

hari ni, practical trainee bawa broadband kat office. apa lagi, me try lah kepoweran broadband ni. dan seperti yang dijangka kawasan bagan tengkorak (nama tempat) line suam2 kuku, ada satu bar je. tak menahan nak pakai broadband kat kampung ni, tak menang nak bergaya. hehehe~

apa pun, teknologi ni mesti hebat kat bandar2, haish.. takpe, one fine day, mesti teknologi ni tak meng"anak-tirikan" mereka yang setia menetap di kampung.. huhu~

anyway, terima kasih streamyx, kerana dirimu, hari2 me dapat online :-) hehe~

sebenarnya saya simpati

dengan lelaki kerana.. apabila mereka terkena sexual harrasment. mereka juga panik! haha~

situasi: speedmart, kampungku :-)

ada seorang wanita, mundar mandir dalam speedmart. tak tahu apa dia cari, tapi yang pasti semuanya kelihatan baik2 sahaja pada wanita itu, kecuali pipinya ada tanda lebam yang teruk. hmm~

di suatu sudut, kelihatan beberapa orang pekerja lelaki, yang sibuk mengemas barang, dan seronok bergelak ketawa :-) wanita tadi, bercakap2 tanpa henti, butir percakapan yang tidak jelas dan kelihatan seperti tiada arah dalam speedmart. dia bingung?

secara tiba2, wanita tadi meluru berdiri dihadapan beberapa pekerja lelaki tadi, dan dengan gembiranya dia menyelak baju dia sehingga ke paras bahu!

oh! sungguh jelas, even cctv juga capture apa yang telah ditunjukkan oleh wanita tadi. free show. dan sebelum wanita itu berlalu, dia sempat tersenyum kepada beberapa lelaki tadi. senyuman bangga, barangkali?

haha, respon lelaki2 yang pada awalnya bergelak ketawa, berhenti. tergamam. dan terkejut. muka pucat dan panik. ya, panik!

dan part yang paling kelakar ialah, bila salah seorang dari lelaki itu menjerit (manja) kepada manager bertugas.. "cik manager, kami kena sexual harrasment!!"

haha, kesian korang :-) 

semata-mata gambar hiasan

biru, saujana mata memandang

 

oh, awan, indahnya kalau dapat digapai~

p/s: another trial hdr :-)

oh pakcik kayo, saya gigit jari je?


bila lah korang (me pun sama!) nak senaraikan diri dalam list jutawan malaysia? huhu~

eh, ada nuffnang earning masuk hari ni? yeay! 

indah nian, pantaimu redang~

more to go!chaiyok!

gambar original

cuba jaya hdr-4

tiba2 rindu menggamit pada keindahan redang. ah.ah.ah, gedik pulak, hehe :-) ok, another hdr trial. impak tak cukup lagi nih, tapi untuk beginner, boleh lah ni kan :-)

oh, HDR bikin pening aje :-)

ye, betul3 pening, tapi fun.. belajar benda baru :-) mari lihat experiment hdr hari ini~

pulau perhentian, terengganu

gambar original

cuba jaya hdr-2

bukit malawati, kuala selangor

gambar original

oh, cuba jaya, hdr-3

seronok-seronok, mesti cuba lagi!

my 1st trial HDR, what say u?

terima kasih kepada pisyek, me belajar tutorial photoshop (hdr) dari blog beliau~


ok mari kita tengok hasilnya.. tadaa...~

gambar original


gambar HDR-teknik 1

 
gambar HDR-teknik 2

hmm? ada perbezaan ke? pisyek menjadi tak HDR ni? apsal me tengok, cam takde perbezaan je. hahaha :-)

anyway, thanks for the tutorial!! mari belajar lagi~

nasib baik ada 2 piece kalau tak....

mari kita lihat siapa yang kena!


sumber berita: KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Kekasih semalam menjadi satu igauan ngeri buat pasangan pelajar institusi pengajian tinggi awam berusia 19 tahun apabila mereka ditangkap kerana berkhalwat.

Mereka ditahan di dalam sebuah bilik hotel murah di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini ketika operasi besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut sumber Jawi, operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat di beberapa buah taman rekreasi dan hotel murah di sekitar ibu negara.

“Operasi kali ini membabitkan 50 anggota penguat kuasa dan ia dibuat bukan semata-semata kerana sambutan Hari Kekasih. Ia adalah operasi rutin pihak Jawi untuk membanteras maksiat,” katanya ketika ditemui.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan dalam operasi itu ialah Taman Tasik Titiwangsa, Taman KLCC, Taman Tasik Bandar Permaisuri dan hotel-hotel di Jalan Pudu dan Jalan Raja Laut.

************************************************************************
wah-wah, advance korang berdua ni. apa barang hotel murah? huhu, bajet ke? perkara yang ditakutkan dah pun berlaku. semoga diri dan ahli keluarga dilindungi dari hasutan syaitan yang maha hebat ni!

pasti emak ngan ayah tengah bersedih, malu nak letak muka kat mana. haish, lagi lah muka ngan body dikau terpampang kat paper kosmo hari ni bukan sebab dapat anugerah dekan, tapi dengan tangan dikau cover muka dan opss, 2 piece aje? adoii, me pun malu. malu. malu (eh apsal kosmo tak letak gambar boy tu sekali, sedap2 je nak lariskan paper tayang body girl ni je, nasib-nasib)

nasi dah jadi bubur. apa nak lagi nak di kata? beringat-ingat lah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

pesanan khidmat masyarakat

percikan bunga api or bunga2 cinta?

oh gedik betul tajuk  post~ hmm, jiwa tidak keruan kerana dua hari ni, telinga terpaksa menahan bunyi mercun dan bunga cinta api, yang membingitkan. ah, terseksa jiwaku!

 

walaupun jam menunjukkan 2am, tegar betul mereka membakar mercun and bunga api. huhu~ nasib baik setahun sekali, maka haruslah bersabar.. tapi kesian kat mereka terutama yang ada baby, mesti asyik terjaga dek terkejut mendegar bunyi bunga api yang kuat. di ulangi sekali lagi kuat. oh hati, bersabarlah..

tapi, me respect betul, mereka bakar bunga api standard nak buat grand opening sukan komanwel. huh, besar dan gempak ok, berapa ribu habis eh?

anyway, selamat beraya sakan. tahun ini tahun hari-hari mau~ aummmm :-)

hidup mencari peluang :-)

bila dah asyik surfing internet ni, macam2 peluang boleh jumpa. hari ni, me jumpa satu lagi affiliate program iaitu clixsense.com. hmm, apa tu? clixsense ialah sebuah paid to click program. maksudnya, kena view iklan yang dibuat oleh advertiser, dan dibayar~ ini sedikit penerangan tentang clixsense yang me copy paste dari facebook clixsense. huhu~



facebook group clixsense dah ada member seramai 12840. hmm, boleh tahan lah ramainya~


register adalah free. so secara automatik, selepas korang register dapatlah title free member. sebagai free member korang boleh join affiliate program clixsense.com ni. korang juga boleh refer kawan2 untuk join dan setiap referral akan dibayar $0.01, sekiranya kawan2 yang korang refer tu upgrade akaun clixsense mereka kepada premium account, maka akaun korang akan didebit sebanyak $2.00~

nak explain lebih2 takut salah pulak, kan? apa-pun jika korang nak join clixsense.com, silalah register sini. tapi, risiko adalah tanggung jawab  diri sendiri. anyway, selamat sukses!

part 1: oh, berapa berat ku?

ini adalah entri bersambung dari sini, hmm dah lama tak update pasal contest mister potato kan?! korang dah hantar penyertaan ke? hantar jangan tak hantar, kalah atau menang belakang kira, yang penting cuba :-) me suka contest ini sebab melibatkan teka teki matematik. best kan?! ingat, tarikh tutup penyertaan ialah pada 31/03/2010!

ok, kali ni me mahu mengajak korang mencatat info2 penting mengenai berat mister potato dan ortega! seperti biasa, klu2 boleh didapatkan dari website mister potato dan kad unik (dalam pek chip mister potato). baca semua maklumat, ok?

MISTER POTATO


apa maklumat yang kita ada?
a) berat mister potato lebih 33 paun dari berat purata seekor anak gajah (berat purata anak gajah ialah 105kg)
b) dua dekad lalu, berat mister potato telah mencecah 100kg
c) mster potato pernah mengangkat des (trio geng), berat mereka berdua adalah 170kg
d) masa zaman sekolah, mister potato pernah menyertai gusti amatur dalam kategori 70kg ke 90kg

calculation mudah, adalah dengan menukarkan 33 paun kepada kg kemudian tambahkan dengan berat purata seekor anak gajah. secara kasarnya, kita boleh agak berapa berat mp. ada cara lain untuk kira,? jangan lupa share,ok?

ORTEGA


ortega, beliau adalah orang harapan mister potato. apa pula maklumat yang kita ada?
a) sewaktu di menengah atas, berat ortega adalah 50kg
b) pernah menyertai pertandingan karate dalam kategori 45kg ke 65kg
c) pernah dipelawa masuk dalam rumah kanak2 yang boleh menampung berat sehingga 143paun
d) kini, ortega mempunyai saiz pinggang 29 inci dan berat 132 paun
e) jumlah berat 100 biji kentang dan ortega adalah 161 paun 

jika korang perasan, klu d secara direct dah memberitahu berapa berat ortega iaitu 132 paun, tukarkan paun kepada kg. hmm, ada juga cara lain untuk mengira berat ortega seperti pada klu e, tapi berapa berat 100 biji kentang? ok,me akan bincangkan nanti, tunggu next post ok?! 

(lihat menu sebelah kanan, tq!)

tips 1: tukar paun kepada kg disini!! 
tips 2: baca semua maklumat penting kat website mister potato, klik pada klu dan profil karektor!
Powered by Blogger.