tragedi akibat serangan epilepsi~



dialong tengah hari, panas terik!
me: sensasi-sensasi! si A kena sawan, abes kereta kena langgar, nak masuk parit!
pendengar: hah, betul ke? kereta apa?
me: wira! no plat xyz!!
pendengar: (berlari2 anak ke tempat kejadian~)

nak dijadikan cerita, rupanya kereta yang nak masuk parit tu kereta salah sorang pendengar, Kak B. iskh~ penangan sawan, dasyat sungguh!

macam mana kejadian bermula, hanya si A je yang tau, tapi daripada cerita2 paparazi tak berbayar, katanya si A:
a) masuk kawasan parking dengan laju, tak dapat kawal stereng dengan betul, tekan pedal minyak (full) dan hentam kereta kak B (hentaman yang agak power, habis remuk bumper kereta kak B n bahagian depan nak masuk parit) 
b) bila kereta berhenti (si A pakai kereta manual), si A dalam keadaan menggeletar, mulut berbuih2, tangan kanan termasuk dalam stereng, dan badan kejang
c) si A dikejarkan ke hospital dengan segera: dalam kereta mulut masih berbuih2 dan menggeletar
d) setelah 30min-40min, si A mula sedar dan bertanya "kereta siapa yang aku langgar tadi" 

doktor menasihatkan, mereka yang mempunyai sawan tidak boleh memandu kereta (etc) dan memanjat pokok (sebahagian aktiviti). ini kerana gejala sawan boleh berlaku pada bila2 masa dan boleh menyebabkan kemalangan, kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan banyak lagi! 

walaubagaimanapun, ada pelbagai langkah rawatan yang boleh diambil untuk mengurangkan dan mengawal serangan sawan.. pilihan terdapat ditangan mereka, hanya mereka yang mampu mengubahnya :-) 

lawati website ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai epilepsi! jadilah masyarakat prihatin~

 

0 comment:

Powered by Blogger.