tea tree oil, 1ml=rm1.05?



ada apa dengan tea tree oil? secara saintifiknya, tea tree oil ni dikenali sebagai "melaleuca alternifolia" dan berasal dari australia. minyak ini terhasil dari perahan dedaun tea tree dimana kandungannya mengandungi spektrum luas dari ciri2 anti-bakteria dan anti-inflamasi untuk menolong menggalakkan pemulihan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan inflamasi kulit.. hmm, panjang lebar penerangan dari risalah yang datang bersama botol ni~

secara ringkasnya, minyak tea tree boleh digunakan untuk merawat keadaan seperti berikut (baik, ini pun me salin dari risalah..hehehe)
a) jerawat/ kesan jerawat 
b) luka atau kecederaan kecil, penyakit kuku makan air dan kuku berjangkit (lain macam je bunyinya?) 
c) lecur kecil dan selaran matahari 
d) gigitan serangga dan nyamuk
e) sinus dan hidung tersumbat

bau tea tree ni, macam pelik2 sikit.. tak wangi, tak busuk~ tapi kalau first time pakai memang terkenang2 la bau dia, tapi kalau dah biasa, no problem punya.. me just purchase 1 botol kecik Aiken 10ml, dengan harga rm10.50.. 1ml=rm1.05, hmm, boleh tahan mahal harga dia kan, huhu~ 

p/s: shameer, ini bukan promo okie? hehehe :-) 

0 comment:

Powered by Blogger.