siapa yang melenggang perut?

hari ni me berpeluang ke rumah colleagues yang buat kenduri melenggang perut.. me difahamkan, bahawa melenggang perut ni adat2 orang jawa~world! ehehe.. me pun tak sempat nak tengok camne adat melenggang perut ni, maklumlah me pun datang dengan niat melenggang perut sendiri.. (mahu makan, tak ingat dunia)

katanya, melenggang perut ni dijalankan bila usia kandungan 7 bulan. ibu mengandung ni akan dimandikan dengan air bunga dan bidan akan urut2 perut.. agaknya nak pastikan kedudukan baby tak songsang..

hmm, the best part kenduri ni pastilah makanan nya~ orang jawa ni, sangat "heaven" dengan kepelbagaian makanan.. special menu untuk kenduri melenggang perut hari ni ialah rojak 7 jenis buah.. mak aii.. bunyi pun dah sedap kan, malangnya me tak sempat nak merasa.. rojak tak siap lagi.. ehehe~ tapi takpe, food yang tersedia punyalah banyak.. dari kerang panggang, sambal udang petai, sambal goreng taucu, tomyam, masak lemak ikan dan sate.. sedap betul!

tapi ada satu food yang me tak pernah tengok! okie, sila abaikan ketupat dan kuah kacang dalam picture ni, fokus kepada "lepat", yang di ikat ngan tali yang berwarna biru tu..~



wonder apa yang ada dalam tu? ye betul, dalam tu ada pulut yang berintikan kelapa.. rasanya? sedap di makan begitu saja :-) 

0 comment:

Powered by Blogger.