siapa permainkan siapa?



kekeliruan? picture ni me capture dari jauh, bertindak ala-ala paparazi tak berbayar.. kalau nampak dari jauh, bukan la apa sangat kedai ni, macam kedai makan biasa.. tapi ada satu isu yang membuatkan me terpanggil nak menulis disini..

 

nampak tak banner kat pagar itu? nampak, tapi tak nampak tulisan? ehehe :-) nak tahu apa yang ditulis kat atas banner tu? "KEDAI MAKANAN INDIA HALAL" haish.. sengal betul, berani dia tulis "HALAL".. cis, sudah terang lagi bersuluh, nama kedai (lihat signboard) nama "mei syi yuan" tak sound islamik lansung,  ditambah pula ada perkataan "GUINESS" disitu.. kat mana "HALAL" pun me tak tau?

siapa yang mainkan siapa? matlamat tak boleh menghalalkan cara. kalau objektif peniaga ni nak tarik muslim customer ini bukan caranya!! ini boleh jadi satu medium yang menyesatkan.. ye lah, dengan sikap sambil lewa orang sekarang tak mustahil ada muslim yang anggap masuk kedai ni seperti tiada apa-apa, ada "HALAL" kan?

me harap ada pihak berwajib yang buka mata, isu halal haram ni bukan benda main2, mana boleh suka2 tulis "HALAL" kat mana2!! kecewa betul dengan orang2 yang menganggap isu halal haram ni isu tak sensitif~

p/s: lebih kesal bila wujud rasa was2, kalau selama ni me ada termakan ke benda2 yang mempunyai status yang diragukan? secara sengaja atau tak sengaja..  

3 comment:

~kuyam~ said...

ptut kesedaran tu datang dari dalam diri setiap individu pembeli itu sendiri.kalau terang2 tulis haram pun,tp masih degil tak da kesedaran nak juga rasa mkanan haram tu,siapa boleh larang?banyak kes begini,boleh lihat merata-rata.

Nabil Fikri said...

tu tandanya mereka tu guna tanda halal just untuk make money dan tiada rasa hormat terhadap orang Islam. Banyak kedai dan barang makan yang cam tu.

asilahkassim said...

setuju dengan kamu berdua

Powered by Blogger.