melapis kek lapis..perlu skill?

rasanya tak perlu skill mantap untuk melapis kek lapis yang senang macam resepi kali ni, cuma jika kek lapis yang extra rumit, perlu skill lah~ kek lapis prune, tak perlu corak2 yang extreme, maka sangat mudah membuatnya!

me guna senduk (jumlah scoop) untuk membuat lapisan kek yang sekata, kalau korang rajin, gunalah penimbang untuk setiap lapisan, contohnya 1 lapisan=100gm. untuk lebih faham, rujuk rajah dibawah:



faham tak? proses seterusnya adalah membuat lapisan kek lapis:
1. Lapisan Bawah: Ambil 5 scoop adunan dan masukkan dalam loyang, ratakan
2. Bakar selama 10 minit, menggunakan api atas bawah sehingga lapisan masak
3. Lapisan yang siap dibakar, ditekan hingga padat menggunakan penekan 


 lapisan 1

penekan 
  
5. Lapisan kedua: Ambil 4 scoop adunan, ratakan diatas lapisan pertama
6. Taburkan hirisan prune
7. Bakar selama 5min - 6 min menggunakan api atas, sehingga lapisan atas kek keperangan
8. Lapisan yang siap dibakar, ditekan padat menggunakan penekan 


lapisan 2

tekan padat 

9. Ulang proses 5 ke 8, sehingga adunan habis (tinggalkan adunan untuk lapisan atas - 5 scoop!) 
10. Lapisan Atas: Ambil 5 scoop adunan, ratakan
11. Taburkan hirisan prune 
12. Bakar menggunakan api atas bawah selama 10 minit, kemudian tukar ke api atas, monitor sehingga lapisan atas keperangan
13. Lapisan yang siap dibakar, ditekan padat menggunakan penekan 
14. ok, siap melapis! 
15. Keseluruhan proses akan mengambil masa selama 2 jam~ 

Nota kaki:
1. Adalah digalakkan menggunakan oven grill untuk membuat kek lapis. Membakar kek lapis menggunakan api atas dan api atas bawah!!
2. Warm up oven sebelum menggunakannya! Suhu yang dicadangkan 180 deg C
3. Proses berterusan akan menyebabkan oven mudah panas dan mempercepatkan kek masak. Sentiasa monitor kek supaya kek tak terlalu hangus!
4. Dapatkan warna lapisan atas kek yang sedikit perang selepas dibakar, ini akan membentuk corak2 garisan apabila kek lapis dipotong!

0 comment:

Powered by Blogger.