kamu dewasa? kamu matang?

adakah kamu matang jika kamu:
a) dengar isu sensasi, lalu kamu ajak kawan2 (satu dunia) untuk sama2 memboikot? 
b) dengar berita yang tidak sahih, lalu kamu sebarkan?
c) pantang dicabar (perkara negatif) kamu ikut sahaja?
d) kerana perkara kecil, kamu perbesarkan?

hmm, ingatlah ikut hati, mati. tuhan kurniakan akal untuk berfikir dan bertindak waras. kalau kamu tidak dewasa jangan kata kamu matang. isu yang tidak penting, nak sensasikan, kenapa kita MUDAH LUPA? 

tidak salah menetang arus, jika berada dipihak yang betul. sila abaikan propaganda yang berunsur negatif dan menyerabutkan akal fikiran.. tujuan hidup bukan mencari gosip dan isu panas sahaja. hidup kita ada matlamat. perjuangan masih jauh, masih belum selesai..

dedikasi lagu ini untuk kamu~ 

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara" 

p/s: sila abaikan jika lagu ni tak berkaitan dengan nota di atas..

  

11 comment:

Aidi-Safuan said...

haha...setuju sangat. tapi nak buat camne. tuh sifat manusia. lagi satu, suka judge orang. :)

* mEsSy * said...

saya matang.. ngeee.. manusia.. xde y sempurna.. hurmm..

asilahkassim said...

AIDI: haha.. biasa lah tu
MESSY: yup, tapi tak salah mencuba untuk perbaiki diri

:-)

profnotetree said...

teringat pulak BTN bila dgar lagu ni..

asilahkassim said...

profnotetree: haha.. momen manis lah tu

zairie said...

betul3 (versi upi) hehe...
sy pon matang gak..=)

asilahkassim said...

zairie: ye la tu..hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku tak nak comment apa..

f is fikah said...

awal2 umor 18, saye same seperti yang dinyatakan kat awal entri..
tapi hari semakin hari, saya blaja nilai betol2 setiap tindakan..
rasionalnye, relevannye..

cikmas said...

perlu tahu masa bila perlu matang dan tak matang..hehehe

asilahkassim said...

brutalsolo: da komen la tu
fikah: bagus2
cikmas: setuju gak

Powered by Blogger.