jom sertai kempen baca@lrt 160110~



membaca? sebenarnya perangai membaca ni dah diterap pada kita semenjak kecil lagi lagi, dari buku ABC sampailah buku2, majalah, novel dan segala macam bentuk bahan penerbitan yang ada! 

me, telah di invite oleh seorang gadis dari facebook kelab buku ram (ramlee awang murshid) untuk join event ini.. BACA@LRT!! maklumat mengenai event adalah seperti berikut:

acara : BACA@LRT 
tarikh: 16 Januari 2010/ sabtu
masa berkumpul : 9.35am 
tempat berkumpul: Terminal LRT Gombak
apa yang perlu dibawa: buku@ sebarang bentuk penerbitan

objektif event ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat malaysia yang gemar membaca dan promosi awal kepada pesta buku antarabangsa 2010 (aktiviti tahunan ni) yang dijadualkan berlansung pada sekitar bulan mac 2010 ini :-)  

peminat buku ram anda digalakkan membaca karya ram.. hehe :-) berikut adalah tentatif untuk event membaca beramai2 dalam gerabak lrt!

Tentatif:

9.35: berkumpul di Platform Terminal Putera Gombak.
 

Tiada taklimat yang akan diberikan pada masa tersebut bagi mencipta natural setting. Seperti ini aktiviti bukan dirancang. namun anda boleh menegur rakan-rakan yang dikenali. Katakunci: "natural" Bagi mudah dikenali oleh yang lain, pegang buku, majalah atau bahan bacaan masing-masing. Pastikan sebelum 10.00: beli tiket ke destinasi pilihan masing-masing dan masuk ke platform.

10.00 : beratur dan menaiki tren yang tiba. Kedudukan adalah bebas samada berdiri ataupun duduk dan juga terpulang kepada pintu dan gerabak pilihan masing-masing.

Jika terlepas tren, naik sahaja tren berikutnya. Teruskan aktiviti membaca. Jumpa di platform Kelana Jaya.

10.45 : Tiba di Kelana Jaya. Keluar dari tren dan berkumpul di platform untuk rehat dan bertukar-tukar pengalaman selama 15 minit.

11.00 : Naik tren semula dan menuju ke destinasi masing-masing.

* Bookmark akan diberi di stesen kelana jaya, semoga Allah permudahkan usaha ini. rasional: untuk mengukuhkan lagi natural setting.

** Penyokong digalak hadir awal bagi memudahkan pembelian tiket di kaunter dan selesa kepada semua.

 

mahu maklumat lebih lanjut dapatkan disini dan join baca@lrt facebook! 

p/s: me tak dapat ada kat sana on that day sebab jauh.. huhu, tapi kamu2 yang berdekatan jangan lepaskan peluang.. ingat membaca jambatan ilmu.. teruskan usaha murni ini, pihak penganjur :-) 

8 comment:

Amirul Faiz Abd. Razak said...

hoho.. saya kat melaka takde LRT. hehe. :D

asilahkassim said...

hehe:-)

..izza.. said...

saya kt taiping....xde lrt juga...hehe

asilahkassim said...

alamak.. takpe yang jauh2..support je kempen membaca..

pikaka said...

time aku skolah kt teknik gombak tu,slalu ak nek lrt dari hujung ke hujung.terminal putra-kelana jaya.

aku duk kt kj plak.haha
smpai2 tdo2 dlm lrt.

asilahkassim said...

biasalah
tido sampai terlajak tren pun biasa apa?
kui3

noor afzan said...

wow..
ada gak aktiviti gini rupanya,..

asilahkassim said...

ada-ada
kalau berdekatan join lah

Powered by Blogger.