info epilepsi..?


pada kebiasaanya, orang akan panggil epilepsi sebagai sawan.. hmm, tapi tahukah korang apa epilepsi sebenarnya? hari ni me nak share sedikit tentang info epilepsi dan satu insiden yang berlaku pada hari ini :-)



info ini me dapat dari website ini (klik picture!) "Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot"

sawan terbahagi kepada 3 jenis
a) sawan menyeluruh (atau sawan tonik klonik)
b) sawan partial kompleks
c) sawan absens 

selalunya kita akan berdepan dengan sawan menyeluruh atau sawan tonik klonik.. pernah ke korang berdepan dengan situasi ni.. tahu do & don't bila berdepan dengan situasi ni?

a) pertama,jangan panik
b) baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu yang lembut dibawah kepalanya
c) jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit mendapat kurang oksigen
d) tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya. 

e) jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran.
f) jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit (adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh) 

g) jangan cuba menahan atau mengikatnya dari bergerak

(untuk lebih maklumat lanjut, layari website ini!

okie, me akan sambung cerita "insiden" in next post~

4 comment:

Melz said...

owh baru tau pasal epilepsi nie..terima kasih yeap :)

asilahkassim said...

sama-sama :-)
sharing is caring~

pauhputik said...

owh tu nama saintifik dia upenya

x penah agi jumpe orang sawan setakat neh

asilahkassim said...

emm begitulah
kalau de orang sawan jangan panik pulak

Powered by Blogger.