harga gula naik 20 sen?



sumber berita: KOSMO!

PUTRAJAYA - Harga jualan runcit gula di pasaran dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram menjadi RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa mulai pukul 12 malam tadi (31/12/09). Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram

"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

"Harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini. Sebelum ini harganya 14 hingga 16 sen AS (Amerika Syarikat) bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen AS, jadi kerajaan perlu menaikkan harga gula," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah pada 13 September 2006 iaitu sebanyak 5 sen daripada RM1.40 kepada RM1.45 bagi Semenanjung manakala RM1.55 bagi Sabah dan Sarawak.



harga gula naik? hmm.. lepas satu-satu barang naik harga, impak dari kenaikan harga di pasaran dunia.. nampaknya, lepas ni kena kurangkan kadar penggunaan gula, bak kata pepatah: kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman :-)

nampaknya belum ada desas desus bantahan mengenai kenaikan harga gula ni.. emak pun belum complaint lagi.. hehe, patutlah lately, bila me pergi kedai, memanjang tak ada stok gula, mengalahkan musim perayan! rupanya mereka sorok gula.. haish~

so pengguna bijak, belilah gula dengan kadar sepatutnya, jika perlu kurangkan penggunaan gula dalam makanan atau minuman, anda mampu mengubahnya! 

0 comment:

Powered by Blogger.