ayam pun ada perasaan?

sumber berita: KOSMO - Ayam pun ada perasaan (sila klik link untuk berita lengkap) sedikit petikan dari artikel tersebut..

"sebagai pengguna, selain isu halal, pernahkan kita terfikir isu kebajikan haiwan ternakan itu sebelum dagingnya dimasak dan sampai ke meja hidangan?"

"persepsi bahawa ayam-ayam itu akhirnya akan disembelih menyebabkan kebajikannya tidak dipeduli.“Kenapa perlu jaga? Siapa peduli? Pada saya, ini persepsi yang salah. Sehingga ke akhir hayatnya kita perlu jaga kebajikannya" 

"teknologi yang diperkenal sepatutnya meningkatkan penjagaan kebajikan haiwan ternakan. Misalnya, perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara"

"isu kebajikan ayam ini tidak begitu ditekankan di negara-negara Dunia Ketiga dan negara miskin seperti di Asia Tenggara dan Afrika. Di negara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom, misalnya, isu ini merupakan perkara yang besar"

"tetapi dari segi kos, memang tidak adil. Jika sangkar ayam diluaskan, harga telur akan naik. Tetapi pengguna juga tidak boleh biarkan penternak tanggung keseluruhan kos. Pengguna juga perlu bersedia untuk bayar lebih” 

"Mungkin ramai yang ambil mudah. Ayam... apalah sangat. Tapi kita perlu ingat, ayam juga ada perasaan, rasa sakit dan derita" 

  

artikel ni memang menarik dan informatif. untuk sesiapa yang dah sedia tahu, faham lah. tapi untuk yang tak tahu apa2, mungkin akan fikir.. "owh, macam ni ke proses nya?" nampaknya industri ternakan ayam akan move setapak lagi.. ke arah menjaga kebajikan ayam.. hmm~

menulis artikel memang mudah seperti bercakap, tapi the main big thing behind ialah how to implement? ini cabarannya.. perlu ada satu sistem yang efisien dan praktikal sesuai untuk industri kecil, sederhana dan besar! dan yang paling penting tak menjejaskan pengguna :-)

skop animal welfare pun perlu diperhalusi.. apa yang dimaksudkan dengan animal welfare? macam mana pula nak measure ayam tu kebajikan dia terjaga atau tak? ini bukan perkara mudah, tapi bukan mustahil..

nampaknya ada banyak perkara yang perlu dibuat.. kepada mereka yang telibat, selamat berusaha untuk mencari titik ideal antara perlaksanaan sistem halal dan animal welfare :-)

0 comment:

Powered by Blogger.