apa kes ni? mana satu yang betul?

pernah tak korang rasa makanan yang korang makan tak selamat dimakan? haishh~ mari baca e-mail berantai ini mengenai ikan sardin? e-mail ni me copy paste dari inbox yahoo~



e-mail 1: penyebaran maklumat
"Salam and good day,  just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. kami berbual perkara halal dan haram. nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan (nama dirahsiakan) di unit serbuan. saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni… patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm .. ceritanya macam nie:

jab (nama dirahsiakan) pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah….. kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu..itulah yg jab (nama dirahsiakan) jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’ AYAM BRAND’ …itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua

p/s: e-mail ini telah diedit sedikit dari versi asal 

e-mail 2: penafian dari pihak syarikat
tuan / puan,
terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak. Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan. Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naungan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL
 
Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat – A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka. Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima. Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.
Wassalam.
Yang Benar,
Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal DepartmentA.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

ok? siapa nak komen? siapa nak percaya, siapa tak nak percaya?

8 comment:

ZihNuN FaTiN said...

waaa takutnya..dh la kt umah mak mmg slalu beli sardin ni..huhu

anazkia said...

Mana satu yang betul nie...??? Rasa bersalah pulak, kat umah banyak kali dah makan sardin tu. Prepare pun banyak :(

ada tajuk pasal coklat cadbury tak?

anazkia said...

ulamak, maaf, tolong hapus komen saye. Tadi net lembab ah.. terbanyak klik pulak :(

eija ^_^ said...

eii yer ker???

menakutkan jer emial awak nie hehe..

ape2 pun tak mau makan sardin tu dah

asilahkassim said...

zihnun.. ntah la..
anazkia..kenapa ngan cadbury?

asilahkassim said...

eija ni bukan dari sy
ada email kat inbox sy copy paste je

captbokkhari said...

kalau ada sijil halal, boleh telan. Sengaja ada pihak nak jatuh perniagaan syarikat ini
Seeloknya kuranglah makan benda ini. Beli ikan segar lagi baik. Sardin bukan bagus utk kesihatan. Bau busuk macam seluar dalam. Tak sanggup kami sekeluarga makan. Beli pun utk bagi kucing makan sahaja.

asilahkassim said...

bagi kucing..? haha. sy kalau cari 1st ada halal. 2nd cari yang ada haccp/iso certified.. barulah yakin..

Powered by Blogger.