26 sudu gula sehari?

sumber berita: KOSMO - Kita ambil 26 sudu gula sehari

PETALING JAYA - Rakyat di negara ini dikatakan mengambil sebanyak 26 sudu gula sehari dalam makanan mereka sedangkan Kementerian Kesihatan mengesyorkan pengambilan gula hanya tujuh sudu setiap hari. 

Kajian terkini kementerian itu menunjukkan 26 sudu gula berkenaan adalah gula yang dilarutkan di dalam minuman atau yang sebati dengan makanan seharian.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pihaknya menyokong harga gula dinaikkan 20 sen sekilogram mulai semalam kerana ia dapat memberi kesedaran kepada pengguna agar mengurangkan gula dalam pemakanan harian berdasarkan kajian terkini itu.

"Apabila harga gula naik, pengguna perlu kurangkan penggunaan gula, perlu wujud kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan," jelasnya pada sidang akhbar di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Taman Datuk Harun di sini semalam



betul ke ni? fakta ke auta? hmm~ cam tak caya je, me makan gula 26sudu/hari! alahai.. boleh terkena diabetis mellitus ni? kui3~ sejak gula naik harga semalam, tiba2 muncul isu ni.. dan surprisingly nya kat umah ada satu poster (i'll share in next post) yang citer berapa sukatan gula ada dalam satu2 food. boleh dikatakan makanan2 yang ada dalam poster sangat dekat dengan kita.. me tak sure dari mana poster ni datang, but attach along the poster, ada satu booklet (same issue) oleh persatuan pengguna pulau pinang (CAP)~ mungkin poster&booklet ni dikeluarkan oleh CAP? mungkin..~

0 comment:

Powered by Blogger.