wahai orang kampung, saya gila kentang :-)

perlukah memekik, "wahai orang kampung, saya gila kentang, sila belanja keropok mister potato", hehe :-) ok, semuanya, secara tiba2, sebab minda ni asik ingat "88888", apa kes?

sesungguhnya entri ini berjaya mengheret encikbeliau singgah petronas beli mister potato. haha :-) berjaya~ apa pun, benarlah kata encik beliau, soalan contest ini agak memeningkan kepala. haish, dimana cikgu matematik ku? please help. haha :-)

ok, jika kamu scroll down blog ini, di sebelah kanan akan jumpa ini: 

 

me dedikasi satu tempat khas di sidebar untuk contest ini. kalau rajin klik2 link.. pastu nanti korang share apa2 tips supaya kita boleh enter contest ni dengan jayanya.. nanti kalau me rajin, me akan post lagi "klu2" untuk contest ini,ok?

di ulangi sekali, cikgu matematik ku di luar sana, tolong buat kira2.. ok? kamu memang terror dan paling best dalam dunia.. hehe~

kalau tak dipecahkan ruyung....

manakan dapat sagunya.. haha :-) apa kes nak berperibahasa petang ni. ok, tak ada contest peribahasa disini. sekian~

pada entri yang lepas, me ada cerita tentang contest jongkong emas mister potato. pada petang yang hening ini, me telah berjaya mendapatkan 2 keping kad unik, hasil pembelian 2 kanister mister potato. haha.. (maafkan diriku, kerana excited secara berlebihan..)


ok, pratonton kad unik.. tadaa~

 

sebelum nak hantar sms ke 33334 (caj sms rm0.30), haruslah membuat sedikit calculation ye.. hmm~kalau mahu klu secara berlebihan sila lihat sini. klu yang ada di atas kad unik berbunyi:

"secara purata, satu guni penuh mengandungi 200 biji kentang dengan berat lebih kurang 25kg" (klu ni ada kat website mister potato)

jadi kalau 100 biji kentang = 25kg/2 = 12.5kg, hmm, setuju? 

hehehe :-) bagus2.. yang lain macam mana nak kira? cikgu matematik, sila bantu, please?

mister potato mahu bagi jongkong emas?

me tahu korang semua sudah sedia maklum dengan contest jongkong emas mister potato. hehe :-) sudah join kah? me baru terkial2 mahu amik tahu pasal contest ini. hmm~

sungguh menarik hadiahnya.. haha, bayangkan korang adalah pemenang utama. emas! emas! syoknya!! ok stop berangan, jangan harap nak dapat hadiah utama kalau contest pun tak join. hehe :-)


syarat penyertaan adalah sangat panjang berjela, tak larat nak baca. huhu~ extract point penting aje lah:
a) tempoh peraduan 01/01/10 hingga 31/03/10
b) apa yang kena buat ialah teka berat (kg) mister potato+ortega+des+uno+tres+100 biji kentang 
c) beli mister potato 75g/ 160g untk dapatkan kad unik
d) pastu kena sms jawapan+kod unik ke 33334  


ok, contest ni tak perlu setem dan sampul surat. cuma kredit telefon. huhu~ yang paling best ialah contest ini perlukan skill matematik yang mudah.. haish, kalau korang suka matematik, setakat teka2 berat ni memang kacang. haha :-)


ok, mari join. jangan lupa angan2 kan angka 88888 itu :-)

internet sangat slow, siapa kacau line hah?

memang takde mood kalau internet slow macam siput. tension tahap giga. huh~ bapak kata, maybe line ada problem kot.. hmm, tapi signal strength "excellent"? oii , sape kacau line aii hah? bikin hati panas aje :-E (feel macam nak gigit orang, huhu)
 

ok, kepada kamu:
a) parasit: main jauh2 la.. kalau mau pakai line aii, jom share bayar. haha
b) gengbogger: ramai yang tulis pasal curi2 guna line wireless ni, boleh bagi link? kalau boleh link software untuk trace ip address skali. adoii~
c) en streamyx: me tak mau "potong", bolehkah kamu provide service yang tip top sikit? haish~
 
ok, mood sudah senget sikit. internet slow. hati panas. sedang cuba bersabar~

perhentian, rindu datang lagi~

sila abaikan tajuk post yang geli2. tiba-tiba terdengar2 panggilan pulau perhentian, hmm, alangkah indahnya kalau dapat memijakkan kaki ke sana semula. perhentian yang menenangkan jiwa, syoknya kalau dapat bermain2 dengan ikan2 yang friendly.. rindu sama kamu (merujuk kepada ikan, haha, apakah?)


kecik2 cili padi version purple :-p

siapa yang tak pernah tengok cili padi purple? jom usha picture kat bawah ni :-) menurut sumber yang boleh dipercayai, cili padi purple ni, rasanya extreme pedas. so sesiapa yang tak suka makan pedas (termasuk me) sila jauhkan diri anda dari cili padi ini.. hehe :-)
 
 "inilah barisan kita..~"
 "yang ikhlas berjuang.."
 "purple vs red"

idea oh idea!

kadang2 nak update blog memerlukan mood, bak kata seorang kawan.. "kalau nak update blog kena hati gundah-gulana, ada problem, baru banyak nak tulis" hehe :-) me? update blog sentiasa menjadi terapi jiwa kacau.. maka kena selalu update! haha~

ada satu peringkat, macam blur nak update apa kan? perlu ke buat post sensasi? iskh, tak mau lah, nanti kerana blog, badan binasa :-) tak sanggup aiii~

e-mail! kadang2 memburukkan keadaan, kadang2 mendatangkan idea.. terima kasih kepada gambar dari e-mail.. datang idea nak update blog. haha, i like~  



isu perbahasan halal adalah isu yang selalu ada dalam blog ni, opss jangan risau, me bukan ustazah yang nak bagi lecture perbahasan halal.. hehe~ sharing is always caring, betul kan??

seperti yang korang nampak dalam picture kat atas.. ada ke makanan di label 50% halal? wei, mana ada half2 halal ni, ada makanan halal dan makanan tak halal je, full stop. ni apa kes 50% halal? haish~ ada pulak perasa campuran ni? tak sanggup nak telan~

so don't get confius people! jangan percaya pada penyalahgunaan perbahasan halal, ok? kalau nak makan, jangan main telan je.. (ingatkan diri sendiri jugak~) 

p/s: isu perbahasan halal dalam post yang lepas pun tak settle2 lagi. kemana perginya mereka yang dipertanggung jawab kan? 

event wajib untuk ulat buku~

opss.. secara tak sengaja nak mengaku diri sendiri adalah ulat buku.. haha :-) ok buat pembetulan, me adalah penggemar tegar novel alaf 21 especially karya ramlee awang murshid, ada sesiapa mahu geng? hehehe :-)

setiap tahun event yang me tunggu2, adalah event ini - pesta buku antarabangsa kuala lumpur @ pwtc!! me akan mark tarikh "pbakl" ni dalam yearly schedule dan make sure ada budget untuk shopping novel!! yeay~



apa yang syoknya "pbakl" ialah, banyak publisher+distributor yang berkumpul kat sini, macam2 genre buku ada, macam2 ragam orang ada. yang penting ada diskaun.. hehe :-) last year, me & frens serang "pbakl 09", shopping novel dan yang paling penting me & frens dapat jumpa ramlee awang murshid, masa tu "mikhail" baru release.. hmm, suka :-)

harap2 tahun ni dapat jumpa lagi.. agak2 ada tak buku ramlee awang murshid yang baru akan release? hehe :-)

apa pun, untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh join facebook pbakl atau check website pbakl, nanti kita jumpa kat sana,ok? 

siapa suka kena audit?

hmm.. kena audit bukan lah satu perkara yang menyeronokkan, apa lagi menggembirakan. full stop~ 



dan apabila audit itu postpone.. hmm, patutkah rasa gembira atau tidak? satu masa dulu, me pernah tulis post ni, cerita tentang audit in food line :-) hmm, kalau nak cerita mencabar, kerja tangkap ketam kat laut lebih mencabar.. hehe, tapi tak boleh dinafikan nak berdepan dengan auditor pun satu cabaran yang maha hebat.. haha, lagi2 kalau takde skill berfikir secara pantas.. kui3~

ada tak sesiapa gengblogger yang keja in food line? marilah kita membuat network.. hehe :-) 

p/s: mahu dedicate lagu zaman hingusan ini pada diri sendiri :-)  

 

RESEPI: Eclairs@Cream Puff

Bahan2
250 gm planta/ margarine
10 biji telur 
1 ts salt
480 gm tepung gandum}*
1 ts baking powder}*
750 ml air

* Bahan2 ni mix sekali terlebih dahulu~ 

Cara membuatnya
Bekas A
1. Masak air, planta dan garam hingga mendidih (atas api sederhana) dan sejukkan
2. Masukkan adunan tepung gandum dan baking powder. Gaul hingga adunan sebati (seperti picture di bawah)

 ketulan itu
Bekas B (mixer)
1. Adunan (dari bekas A) dimasukkan kedalam mixer. Pukul hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan kacau hingga adunan sebati (adunan akan menjadi sedikit likat@ tak cair)
3. Jika adunan terlalu cair, tambah sedikit tepung~ 

 adunan itu. tidak cair, tidak pekat

4. Sedikan piping bag dan nozzle "star"
5. Piping adunan ke atas loyang (gris loyang dengan planta!) tak perlu susun terlalu rapat, adunan akan mengembang!

 bentuk ikut suka
 moulding 

6. Bakar selama 20min-25 min, pada suhu 180 deg C. Monitor sehingga kulit eclairs berwarna kuning keemasan :-)  

 bakar time
 macam2 ada~
 dah siap dibakar!

Nota kaki
1. Resepi ni dari kelas donut yang my sis pergi last week~
2. Untuk 1st trial ni, me buat half portion.. menjadi dalam 50 biji eclairs! 
3. Rasa eclairs ni memang tawar+masin (resepi takde gula) untuk lebih sedap, korang boleh letak filling custard/ kaya/ coklat dan etc 
4. Filling kena "inject" masuk ke dalam eclairs!
5. Resepi ini me dedikasi kepada cik adik f is fikah, selamat mencuba :-) 

yeay! more to go~

alangkah indahnya hari ini.. walaupun kepenatan mental, tapi hati berbunga2 :-) hmm, nuffnang update earning hari ini. macam mana earning korang? tahniah kalau dah boleh cashout kali pertama, kedua dan seterusnya :-) me? perjalanan masih jauh.. huhu~

last earning update  on 18/01/10 setelah 7 hari nuffnang update lagi!!



menjadikan jumlah terkumpul: 


 jangan gelak tengok figure ni, huhu~

p/s: terima kasih kawan2 :-) 

kamu follow mereka?

kfc malaysia facebook :-) 

 
9512 fans sahaja??!

 mcd malaysia facebook :-)

 
59187 fans? wow!

figure ini me amik tepat jam 12.01am 25/01/10~ adakah ini menunjukkan rakyat malaysia memang penggemar tegar mcd? what say u, gengblogger??

tanggalkan kulit dia!

masih ingat pada entri udang lipan? hmm, belum ramai yang berpeluang mencuba keenakan udang lipan ni.. rugi kalau tak cuba, rasanya memang sedap! korang pernah jumpa udang ni, tapi tak tau macam mana nak tanggalkan kulit? jom, me ajarkan!





1. perkenalkan udang lipan.. tadaa~



2. operasi bermula, potong bahagian kepala dan ekor udang lipan (guna gunting dapur)



3. gunting bahagian sisi udang lipan (kiri & kanan) 



4. tanggalkan kulit udang lipan atas dan bawah. sila lakukan dengan berhati2 :-)



5. yeay! berjaya mengasingkan kulit dan isi udang lipan!



6. ini adalah output operasi hari ini. bayangkan dari 2kg udang lipan, ni je yang dapat.. hehe :-)

nota kaki: udang lipan sedap digoreng tepung, selamat mencuba!!

mengidam samsung jet?


samsung jet aka samsung s8003

kepala pening kesan dari main hujan petang tadi. walaupun begitu, hati meronta2 ingin tahu tentang samsung jet ni.. haha :-) 

nampak sungguh cool.. alangkah syok nya, kalau dapat sebijik kan.. huhu~ angan-angan, sila main jauh2,ok?!! menukar hp, tak termasuk dalam senarai "to do list 2010" (warning diri sendiri)

apa yang menarik sangat pasal samsung jet ni? hmm~
a) saiz/berat = 108.8x53.5x12.2mm/ 110g 
b) kamera = 5.0mp
c) screen size = 3.1"
d) ada wifi
e) dan banyak lagi. sila check kat sini :-) 

price range rm1800 +/- (amad kata harga dah drop to rm1550!)

(sumber info: majalah e-ring/jan10)

siapa guna hp ni, sila kongsi pengalaman korang menggunakan samsung jet ni? best @ tak best? haish, patut tak me senaraikan samsung jet ni sebagai wishlist 2010? hehe :-)

kelas donut di kolej komuniti?

jom kita belajar buat eclairs & donut! 



weekend adalah hari yang seronok untuk food project! lebih seronok kalau project menjadi dan sedap. hehe :-) tapi kalau tidak tahu, mari belajar bersama mereka yang pakar! 

weekend ini (esok) ada kelas eclairs dan donut kat kolej komuniti sabak bernam :-) oleh kerana, penyelia bertugas esok adalah my fren, so me decide untuk register my sis untuk pergi kelas. me? adoii, esok hari kerja, jadi tak boleh join.. huhu~

harap2, kelas akan berjalan dengan lancar dan my sis akan lebih terror buat donut. yummy! 

class: penghasilan eclairs dan donut
venue: kolej komuniti sabak bernam
yuran: rm15 (register dan bahan)

untuk maklumat lebih lanjut atau nak tahu tentang kursus pendek (kuspen) sila lawati website ini

p/s: kalau korang jauh dari sabak bernam, maybe korang boleh search kolej komuniti terdekat dengan tempat korang. hehe :-) 

kamu yang ke-100 :-)

salam perkenalan. terima kasih kerana menjadi yang ke-100 :-) 



cik aimi ada disini http://aimisya.blogspot.com/

p/s: aimi hope u don't mind. rompak gambar yang sweet ni tampal kat sini.. hehe :-) 

sudikah dikau menjadi inspirasi ku?

dalam hidup kita perlu inspirasi. tak kisah lah benda hidup atau mati. beberapa minggu ni, life jadi begitu "ketat" dan memenatkan. motivasi menurun, semangat kerja pudar. huh~
 
inspirasi dimana kamu? 
 

"credit kepada photoshop"

kamu dewasa? kamu matang?

adakah kamu matang jika kamu:
a) dengar isu sensasi, lalu kamu ajak kawan2 (satu dunia) untuk sama2 memboikot? 
b) dengar berita yang tidak sahih, lalu kamu sebarkan?
c) pantang dicabar (perkara negatif) kamu ikut sahaja?
d) kerana perkara kecil, kamu perbesarkan?

hmm, ingatlah ikut hati, mati. tuhan kurniakan akal untuk berfikir dan bertindak waras. kalau kamu tidak dewasa jangan kata kamu matang. isu yang tidak penting, nak sensasikan, kenapa kita MUDAH LUPA? 

tidak salah menetang arus, jika berada dipihak yang betul. sila abaikan propaganda yang berunsur negatif dan menyerabutkan akal fikiran.. tujuan hidup bukan mencari gosip dan isu panas sahaja. hidup kita ada matlamat. perjuangan masih jauh, masih belum selesai..

dedikasi lagu ini untuk kamu~ 

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara" 

p/s: sila abaikan jika lagu ni tak berkaitan dengan nota di atas..

  

dalam duka, ada cerita suka :-p

ok, tak boleh blah tajuk post hari ni :-) sila abaikan..
 
pertama, me mahu wish my best fren, liya sukimin, HAPPY BIRTHDAY!! semoga di panjangkan umur, murah rezeki dan jadi emak yang baik :-) selamat menghadapi hari tua dengan tenang, hehe.. 
 
kedua, gembira tak terkata, buffered earning bertambah 1 lagi.. yeay! suka-suka :-) 
 

 
tq nuffnang, kerana mengubat hatiku yang luka parah hari ini~ sayang kamu!

update duit poket :-)



tahniah kepada sesiapa yang cashout earning nuffnang hari ni.. jealous betul! rupanya ada banyak campaign dalam bulan satu ni kan, panjang lebar summary earning.. huhu :-) 

me? perjalanan nak cashout masih jauh.. (sedey~) tapi semangat masih utuh..haha :-) berusahalah!!

"sila jangan gelakkan jumlah earning ini"

RESEPI: Moist Chocolate Cake

hari ni me bereksperimen dengan penggunaan tepung. resepi asal menggunakan tepung gandum, me gantikan dengan tepung superfine :-)

hipotesis: kalau guna tepung superfine, tekstur kek lebih lembut dan halus



hasil eksperimen: tekstur kek halus, tapi kurang padat dan kek menjadi terlalu lembut  

kesimpulan: tak sesuai guna tepung superfine untuk resepi ni. sila guna resepi asal :-) 

Resepi: Moist Chocolate Cake

Bahan Kek
1/2 cawan planta
2 cawan tepung gandum}*
1 ts soda bikarbonat}*
1/2 cawan koko
1 ts esen vanila
5 biji telur
2 1/2 cawan gula castor
1 1/3 cawan air panas
*Bahan2 ni mix sekali dan ayak kalau rajin :-)

Cara Membuatnya- Kek
1. Pukul planta dan gula castor sehingga kembang dan ringan
2. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati
3. Masukkan esen vanila 
4. Masukkan campuran tepung gandum+soda bikarbonat. Mix hingga sebati
5. Masukkan serbuk koko. Mix sebati
6. Akhir sekali msukkan air panas, kacau sebati 

Nota kaki
1. Me guna loyang bulat 8 inch. Isi sehingga separuh penuh
2. Temperature 180 deg C, bakar selama 30min ke 45min 

done :-) 

kek coklat untuk minum petang :-)

minum petang yang syok adalah dengan kek coklat! jom join :-)



credit kepada adik yang rajin pada petang ni.. hehe :-) anyway, ini adalah experiment baking project.. later me akan share the recipe and hasil experiment ok?



jom minum petang bersama2~

buat aku tersenyum :-)

keseronokan berblog menjadi2 akhir ni.. seronok bila tengok visitor "sebuah kisah klasik" semakin ramai.. yeay! terima kasih kepada nuffnang analysis and kamu- da' bomb visitor :-) kamu memang best!!
 


walaupun figure itu masih kecik tapi dari 20 visitor/day menjadi average 100/day, tapi masih satu catatan peribadi.. kui3~ hope to see ramai lagi visitor/day. trimas kepada gengblogger :-)
 
yang lebih menyeronokkan.. week ni me dah dapat buffered earning.. seronok! (walaupun me tak faham 100% lagi apa tu buffered earning!) hahaha~
 
anyone boleh ajar, macam mana nak improve rating blog pulak? nampaknya ramai gengblogger dah dapat 5 bintang  :-) jealous! sila beri tunjuk ajar ok?
 


Lirik: Haramkah OST KCB II



sebenarnya me baru je habis layan KCB II, sangat suka dengan ending nya :-) enjoy lagu ni.. lirik dan melodi begitu dekat ngan hati.. (iye ke? haha)

Lirik: Haramkah by Melly Goeslow 

"Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin hatiku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…"

liposuction? sanggup ambil risiko?!


"gambar hiasan, ilustrasi penulis blog ini"

sumber berita: KOSMO!

KUALA LUMPUR - "Penjual barangan kraf tangan, Faridah Sahari bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan badan. Dia bimbang kerana selepas berkahwin tiga tahun lalu, berat badannya naik 10 kilogram kepada 64 kilogram. Tanpa pengetahuan suaminya yang juga seorang juruterbang, Samaon Ishak, 54, Faridah meninggalkan rumah mereka di Paka, Terengganu untuk sesi rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Taman Desa, di sini pada 17 Disember lalu. Namun hanya 20 minit selepas dia menerima suntikan bius untuk pembedahan itu, Faridah dikatakan menggelupur sebelum meninggal dunia. Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menyebabkan beberapa orang kakitangan klinik cemas dan berlari keluar dari dewan bedah"

kejadian di atas mengingatkan kita pada tragedi yang sama berlaku pada 25 Mac 2009. Al-Fatihah~

KUALA LUMPUR – "Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini semalam. Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal"

sedikit info mengenai liposuction@sedut lemak ~ 


aish.. macam ni punya risiko, masih ramai lagi yang berani nak sedut lemak? korang, ada berani ke?  

 "gambar hiasan lagi"
Powered by Blogger.