jom sayangi sungai kita

hmm, ini adalah entri pencinta alam sekitar yang berhemah. terima kasih~ haish.. semalam kan me jalan2 ke shah alam, so me sempat usha kat sungai yang terkenal kat klang.. ye, sungai klang.. hmm, apa pendapat korang (yang tau) tentang sungai klang?



sungai klang ni memang lesu lah, ada bau2 yang kurang segar dan kadang2 ada sampah2 yang dibuang oleh orang yang tak bertanggung jawab.. kesian sungai klang ni.. tak ceria, tak dihargai..~

jom flashback citer zaman muda2.. dalam tahun 2000, time sekolah kat klang.. me and frens join satu aktiviti yang dianjurkan mpk.. tau tak aktiviti apa? hmm, sayangilah sungai klang.. masa tu siap dapat t-shirt putih free.. tapi kalau korang nak tau, hari tu memang hari bersejarah, coz seumur hidup itulah kali pertama me and frens dibawa menyelusuri sungai klang.. weii.. naik sampan biasa ok, bila2 pun boleh terbalik! tujuan kitaorang masa tuh.. tarik sampah sarap yang ada kat permukaan air dan bawa ke tebing sungai.. kira aktiviti gotong royong atas air lah.. sangat mencabar ok? risau tenggelam dalam air sungai klang.. huhu :-) 

hari tu jugak, pengarah mpk (kalau tak silap lah) lepaskan berplastik2 anak ikan patin kat dalam sungai klang, simboliknya mungkin.. air sungai klang dah selamat untuk hidupan akuatik.. ntahkan hidup, ntahkan tidak ikan2 tu? tapi selalunya ramai orang yang memancing kat sungai klang ni.. tak tau la ada ikan ke ada hampa? 

apapun, sayangilah sungai kita.. kalau bukan untuk kita, ingatlah generasi akan datang, jangan sampai sungai pun diaorang tak kenal.. 



kalau korang baca paper kosmo, mesti ada terbaca tentang sungai citarum ni.. khabarnya telah dinobatkan sebagai sungai terkotor didunia.. iskh2, semoga sungai kita tak mengalami nasib camni.. 

0 comment:

Powered by Blogger.