RESEPI: Bread Pudding

fyi, this recipe originally from kiena's blog.. but there is some amendments.. yup, ikut stock in mom's kitchen.. hehehe :-) this is my 1st try, and menjadi.. so, if you are beginner, jangan risau, the recipe will turn so nice :-)


 step 1 to 4: preparing

 step 5 to 8: add value!

 step 9 to 12: done!

Bahan A
6 slice bread (i'm using gardenia butter scotch)

Bahan B
3 biji telur
100 gm castor sugar
250 ml susu cair (i'm using susu sejat f&n)
250ml whipping cream
2 ts essence vanilla 

Hiasan (jika mahu)
kurma/kismis
chocolate chip 
badam cincang 

please take note: i'm using round "loyang", with 9 inch diameter. ketebalan puding roti yang akan terhasil dalam 1 inch.. ok? 

Cara membuatnya
1. Bahan A, potong pada kepingan2 kecil dan susun dalam loyang (1 layer)
2. Bahan B, dalam bekas yang lain, beat telur+gula sehingga kembang, masukkan whipping cream+susu cair+esen vanila. kacau sebati
3. Tuang sedikit adunan B, ke atas kepingan roti (sehingga tenggelam). tabur sedikit hirisan kurma, buat lapisan kedua roti. susun rapat2 dan padat :-)
4. Seterusnya, tuang kesemua adunan B ke atas susunan roti tadi
5. Jika mahu, taburkan sedikit chocolate chip dan badam cincang sebagai hiasan

Untuk resepi ini, me gabungkan 2 kaedah masak iaitu kukus dan bakar. Korang juga boleh pilih, sama ada nak kukus 100% atau bakar 100%

1. Sebelum mengukus, pastikan air telah mendidih sepenuhnya
2. Masukkan loyang yang berisi puding roti kedalam pengukus dan biarkan selama 10 minit
3. Setelah 10 minit, keluarkan loyang dari periuk pengukus
4. Menggunakan kaedah water bath (loyang dalam loyang), bakar puding roti selama 5 minit menggunakan api bawah, dan 5 minit seterusnya menggunakan api atas bawah. temperature 170 deg C~
5. Monitor permukaan puding roti, dapatkan warna kuning keemasan
6. Setelah siap, sejukkan dan sedia di hidangkan

Nota Kaki
1. loyang dalam loyang bermaksud: loyang bawah mengandungi air (1/4 penuh) sebelum dimasukkan loyang mengandungi puding roti. Fungsinya untuk mendapat tekstur puding roti yang moist!
2. lapikkan loyang puding roti dengan aluminium foil, ini akan memudahkan proses mengeluarkan puding roti dari loyang!

okie, selamat mencuba!  

4 comment:

Ezanita said...

Sile anta ke rumah Puchong saya.Trime kasih!

asilahkassim said...

hahaha
baik

haz_shameer said...

akak aku dulu suke buat puding roti berempah..sedap sangat..tapi kekadang boleh cepat muak..skang akak aku tengah sarat 8 bulan..harap2 semenya ok...

asilahkassim said...

ye harap2 semuanya ok

Powered by Blogger.