closing with 255!

yeay.. me mahu buat closing post for year 2009! me in this year, berjaya menulis sebanyak 255 post.. hmm? sikit je kan? tak boleh lawan kak red@redmummy yang tulis beratus2 (maybe beribu) post setahun :-) 

takpe.. i'll write more in 2010 (eh, ini dikira new year resolution,kah?) ayoo~ my blog baru aje 1 year.. mesti banyak obstacles untuk "menghidupkan" SEBUAH KISAH KLASIK~ mesti mahu rajin, mesti banyak info.. adoii~

anyway.. a new year 2010 will start tomorrow.. hope to see many positive changes in myself.. haha :-) this will be my last post in this year.. bye 2009~






kenali hati?

hah, bukan post menjiwang okie? 




siapa suka makan hati ayam? emm, memang sedap kalau digoreng garing2, lebih lazat kalau masak bercili.. betul tak? tapi, me bukanlah penggemar hati ayam tegar.. ye lah selalu nampak, kan? hmm, tahukah korang bahawa hati ayam terbahagi kepada beberapa kelas gred? kelas2 gred ini dibezakan melalui rupa, colour dan sifat keseluruhan hati ayam.. selain dari itu, hati ayam juga berfungsi sebagai indikator kepada kesihatan ayam.. sekiranya hati ayam mempunyai tanda2 seperti picture diatas (reject) ini jelas menunjukkan ayam telah dijangkiti penyakit~

so, kawan2, jika korang beli hati ayam kat pasar pastikan korang check rupa hati ayam, ye lah mana tahu terbeli yang reject.. ingat, we are what we eat :-)

~pesanan khidmat masyarakat~

bye 2009, hai 2010~

semua orang dah wish tahun baru 2010.. kat facebook, kat blog~ okie, me pun mahu wish jugak: selamat tahun baru 2010.. hmm, apa resolusi tahun nih?



tahun 2009, me ada beberapa azam, dan sebahagiannya dah tercapai.. tapi sebenarnya banyak jugak yang tak tercapai.. haha :-) tahun 2010 ni, malas la nak buat azam.. sebab yang pending ada banyak lagi.. (tapi kalau cari en azam boleh lah dipertimbangkan..) 

tahun 2010 ni, ramai kawan2 yang akan bertukar status.. dari bujang kepada wife iaitu fazek&may, dari wife kepada mommy eza&murni.. emm, tapi ramai lagi agaknya yang status tak bertukar.. hahaha :-) takpe, coming soon..~

me harap tahun baru ni akan lebih baik dari segi life, financial, family, work.. chaiyok! kena berusha jika mau semuanya baik2.. kan?

hmm, esok me kena kerja :-p so my new year will be celebrate kat office ngan ayam2~ hehe.. nak wat camne kan?

okie, happy new year, frens!

chocolate fair 2010!

wah~ a must go event!


yeay! chocolate lovers.. jom-jom kita g chocolate fair ni.. 
please visit their website to get more information..

"marilah-marilah pergi coklat fair" 

me mau ajak cik nonet, may.. eh nabil mau ikut kah? 

surat untuk baya :-)


dear baya,
lama dah kita tak keep in touch.. rasanya dah berbelas2 tahun! how's ur life? hopefully everything going well.. amin :-) me? ok2 je.. surprise kan? me pun tak sangka, jumpa picture ni balik.. how i miss u so, sporty spice! week ni kat facebook, me jumpa kawan2 masa kita zaman hingusan kat bangi.. terharu dibuatnya.. huhu~ kalaulah masa boleh diputar balik, dah tentu me pilih untuk balik ke zaman tu.. zaman yang paling gembira, tanpa tekanan, zaman bermain, zaman mengenal dunia.. hehe~ hopefully, satu hari nanti kita akan jumpa balik.. insya'allah :-)

cari kawan2 zaman hingusan


~credit photo to creator fb srk jln 6~ 
"srk jalan 6 
bandar baru bangi
maju dan terus maju
meningkatkan mutu
pendidikan yang cemerlang" 

hmm, terharu dengan diri sendiri.. kerana selepas hampir 15 tahun me tinggalkan zaman sekolah rendah, lirik lagu sekolah masih segar dalam ingatan~ yeay! sentimental mode active :-)

minggu ini ialah minggu recall kawan2 zaman sekolah rendah! tak sangka dapat jumpa balik diorang ni kat facebook! haha.. small world, hujung jari je.. semalam, me had very long chat ngan kawan kelas darjah 6 roslina.. haha, tak sangka we are still remember each other setelah bertahun2 lamanya! habis citer2 zaman 95 kuar balik.. haish~ kelakar betul :-)

kami juga add sorang encik pengawas zaman sekolah2 dulu, khairul.. tapi siot je, dia hilang daya ingatan terhadap kami yang sangat comel pada masa itu.. huhu~ rasanya dia saje buat2 lupa, maklumlah dulu dia ni pengawas yang suka buli orang.. takut la tu nak ngaku?

anyway, rasa best dapat "catch" kawan2 lama.. harap2 boleh jumpa lebih ramai lagi..hmm, takpe usaha untuk jejak kasih (chewah) will be to continue~

hmm, lina and nabil.. korang ada recall sesiapa lagi tak??

dah takde perbezaan~

dulu
masa time keja kfc, me macam berserah je, time public holiday keja.. ye lah nak wat camne dah kfc tu 365 hari bukak kan.. tapi ada cuti ganti, makanya, cuti tahunan jadi bertambah2.. haish.. zaman indah tapi .....(tak mau abiskan ayat ini)

sekarang
hmm, keja ofis hour, tapi memanjang cuti umum kena keja.. mungkin kena penangan ayam gak? agaknya memang orang kita ni suka makan ayam.. maka bila permintaan tinggi, production banyak, tanpa objection, kena keja.. hmm, bukankah itu tanda2 positif? (dengan harapan bonus berganda.. huhu)

gembira?
tak gembira?
redha?
tak redha?
ikhlas?
tak ikhlas? 

ok~muhasabah diri.. mungkin ada orang yang nasib dia lebih tak best dari kita.. uhuk: mari sedapkan hati sendiri. sekian :-) 

p/s: kena keja pada tarikh ini --> 010110 


tambahan rm0.25! tq~

me dapat tambahan rm0.25 hari ini.. tq! sila klik lagi iklan nuffnang.. kamu memang best! hehehe~


lagi-lagi mia?

hari ni me missing in action lagi. ni da kes 2 dalam bulan ni.. line internet breakdown,hmm katanya kabel kena curi. bila lah penyangak ni nak bertaubat.buat susah betul.. huhu~

(live update opera mini hp-tq kepada kemajuan teknologi ni)

cadbury in black?



ini ialah coklat cadbury~
adakah kamu peminat coklat? ya? me too~ hmm, wonder kenapa cadbury ini tidak purple? when 1st time, me jumpa coklat ni, tak terpikir pulak ia adalah cadbury.. tapi oleh kerana, rasa ingin tahu, dan percaya kepada brand.. me purchase 2 bar coklat ni..

selingan: haruslah periksa logo halal dulu sebelum beli coklat kat pasaraya.. me sudah check,ok? tak percaya.. sila refer picture 3. nampak tak logo halal jakim?

cadbury ini lebih nipis dari usual.. rasanya? hmm, pahit sikit.. mungkin sebab "dark chocolate" kan.. untuk 1st bite, rasanya memang berbeza dari cadbury in purple packaging! rasa macam, eh betul ke me makan cadbury ni? ahah~ tapi boleh lah layan.. me more to sweeter type, jadi cadbury ini, me kurang suka.. huhu :-)

kesimpulannya, if korang more kepada rasa2 yang pahit ni.. cadbury in black ni sesuai lah.. me? hmm, pastilah cadbury in purple~ hehe :-p 

kelas tempe..?




nabil si encik businessman baru call, katanya:

nabil: ko nak belajar buat tempe tak?
me: tempe? ok gak, favorite aku tuh..
nabil: aku plan nak wat kelas kat tempat aku, ada instructor datang ajar
me: owh ye ke?

hmm, rajin sungguh nabil si businessman ni mencari ilmu membuat tempe, sungguh rajin pula mengajak orang yang sukan makan tempe ni.. huhu~ baiklah nabil, akan dipertimbangkan..

to fazek, nabil plan nak wat kelas tempe dekat2 hari dikau kahwin, alang2 aku bawak tempe je la as hadiah kawin, bole kah?

to nonet, kita gi umah fazek lepas kelas tempe boleh kah? ke kamu mahu join sekaki, alah kamu kan ratu tempe.. hehehe :-)

yeay, dah ada rm2.50!

thanks kepada kawan2 yang blog walking and klik2 iklan nuffnang, me tau ada yang dah dapat lebih banyak rm, tapi ada ramai lagi yang masih belum dapat apa2 kan..? teruskan blog walking, klik2 iklan nuffnang.. ni yang teruja nak achieve target.. hehehe :-)


i like~

happy birthday, dear blog!


happpy 1st birthday, dear blog on 231209! my 1st entry, see here, menceritakan betapa sukanya hatiku dapat buat blog.. haha, masa tu.. cam susah nak faham, apakah blog? and after a year, i wuz here~ semoga me akan terus menulis disini.. support ya!

RESEPI: Vanilla Sauce

tanpa vanilla sauce, maka tak lengkaplah bread pudding.. betul tak? sila angguk.. hehe :-) hmm, me kurang minat ngan taste vanilla sauce hari ni, sebabnya terlalu manis! huh~ we'll try another recipe nanti.. okie? anyway, me akan post recipe yang me cuba hari ni, and adjust berat gula.. please try, hope tak terlalu manis, like mine's :-)



Bahan-bahan
1 cawan air
50 gm gula (adjust)
100 ml susu cair (me guna susu sejat f&n) 
2 tbs corn starch
1/8 ts salt (secubit garam)
1 ts vanilla extract (me guna esen vanila je)
2 tbs butter

Cara membuatnya
1. Sediakan pan/ periuk (yang sewaktu dengannya)
2. Didihkan 1 cawan air, masukkan mixture 100 ml susu cair+corn starch (campur supaya corn starch tak berketul2)
3. Tambah secubit garam, masukkan gula (50gm) 
4. Kacau adunan sehingga sedikit pekat, lebih kurang 10minit, dengan api sederhana
5. Padamkan api. Masukkan butter dan esen vanilla. Kacau sebati
6. Vanilla sauce ready! 

Nota kaki
1. Kalau nak guna vanilla extract lagi bagus, lagi wangi.. tapi esen vanila pun ok :-P
2. Nanti me try another recipe vanilla sauce or korang ada recipe yang nak dikongsi? hehe :-) 

RESEPI: Bread Pudding

fyi, this recipe originally from kiena's blog.. but there is some amendments.. yup, ikut stock in mom's kitchen.. hehehe :-) this is my 1st try, and menjadi.. so, if you are beginner, jangan risau, the recipe will turn so nice :-)


 step 1 to 4: preparing

 step 5 to 8: add value!

 step 9 to 12: done!

Bahan A
6 slice bread (i'm using gardenia butter scotch)

Bahan B
3 biji telur
100 gm castor sugar
250 ml susu cair (i'm using susu sejat f&n)
250ml whipping cream
2 ts essence vanilla 

Hiasan (jika mahu)
kurma/kismis
chocolate chip 
badam cincang 

please take note: i'm using round "loyang", with 9 inch diameter. ketebalan puding roti yang akan terhasil dalam 1 inch.. ok? 

Cara membuatnya
1. Bahan A, potong pada kepingan2 kecil dan susun dalam loyang (1 layer)
2. Bahan B, dalam bekas yang lain, beat telur+gula sehingga kembang, masukkan whipping cream+susu cair+esen vanila. kacau sebati
3. Tuang sedikit adunan B, ke atas kepingan roti (sehingga tenggelam). tabur sedikit hirisan kurma, buat lapisan kedua roti. susun rapat2 dan padat :-)
4. Seterusnya, tuang kesemua adunan B ke atas susunan roti tadi
5. Jika mahu, taburkan sedikit chocolate chip dan badam cincang sebagai hiasan

Untuk resepi ini, me gabungkan 2 kaedah masak iaitu kukus dan bakar. Korang juga boleh pilih, sama ada nak kukus 100% atau bakar 100%

1. Sebelum mengukus, pastikan air telah mendidih sepenuhnya
2. Masukkan loyang yang berisi puding roti kedalam pengukus dan biarkan selama 10 minit
3. Setelah 10 minit, keluarkan loyang dari periuk pengukus
4. Menggunakan kaedah water bath (loyang dalam loyang), bakar puding roti selama 5 minit menggunakan api bawah, dan 5 minit seterusnya menggunakan api atas bawah. temperature 170 deg C~
5. Monitor permukaan puding roti, dapatkan warna kuning keemasan
6. Setelah siap, sejukkan dan sedia di hidangkan

Nota Kaki
1. loyang dalam loyang bermaksud: loyang bawah mengandungi air (1/4 penuh) sebelum dimasukkan loyang mengandungi puding roti. Fungsinya untuk mendapat tekstur puding roti yang moist!
2. lapikkan loyang puding roti dengan aluminium foil, ini akan memudahkan proses mengeluarkan puding roti dari loyang!

okie, selamat mencuba!  

yeay! it's so yummy~

 
bread pudding
  
vanilla sauce 

hehehe :-) done with my bread pudding + vanilla sauce. so yummy and cannot stop myself from eating.. yeay!

my 1st trial is fantastic! i just love-love bread pudding.. hmm, but need to work on vanilla sauce, not 100% meet my expectation.. huh~

more experiment to go...~

to do: bread pudding+vanilla sauce!



hmm, dah lama me tercari2 recipe bread butter pudding ni.. sape suka makan? the texture and taste of bread butter pudding, sangat lembut dan yummy, ditambah pulak dengan vanilla sauce yang marvellous.. uiks,lazat~ so, our weekend project ialah... bread butter pudding with vanilla sauce!

 

this will be my 1st experiment on the recipe. tak tau la jadi ke tak :-), fyi, bread pudding recipe is originally from kiena's blog, tapi dah wat sedikit changes memandangkan whipping cream ada 250ml je. the vanilla sauce recipe me cari kat internet.. huhu~

method that i'll be use is bake, temperature 170 deg, tapi kiena kata kena water bath.. apa tu ek? hmm..~

wait for the result and details of the recipe, will u?

salam maal hijrah 1431H

tahun baru ini 1431H
semoga Allah panjangkan umur kita
diberi kemudahan, kelapangan hati dan minda
diberi nikmat kesihatan yang baik
sentiasa diberi petunjuk & hidayah
dimurahkan rezeki 
semoga hidup kita akan lebih diberkati dan dilindungi-NYA

amin~

sila bantu memahami gambar ini?


mengikut pandangan kamu2 yang bijak pandai, adakah gambar ini, jelas2 menunjukkan monyet dan ayam betina ni bercinta? aish.. heran betul..~ part mana eh agaknya? (sumber gambar dari online news paper,lorr~) ok, mari kita membuat penilaian terhadap gambar ini.. for me, gambar ini mempunyai banyak maksud, mari kita berdiskusi bersama2.. sila bantu ye, me memahami gambar ini? huhu~

(penafian: ini pendapat peribadi, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati) 

yang me nampak....~

tersurat: haiwan pun tahu hargai haiwan lain, yang jelas2 ada kaler yang berbeza, bulu berbeza dan bahasa haiwan yang berbeza.. 
tersirat: manusia? hmm, kalau tak sama darjat, status dan level, jangan harap la nak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah..

tersurat: hidup melengkapi antara satu sama lain
tersirat: walaupun kita adalah orang yang berbeza, tapi kita masih memerlukan satu sama lain, yup~ all for one.. one for all!

tersurat: cinta adalah universal
tersirat: haha, part ni komen lah sendiri.. (blank secara tiba-tiba)

lagi apa hah? iskh.. sebenarnya sayu gak me layan gambar ni, tengok aje lah renungan mata 2 makhluk tuhan ni, macam menceritakan segala2 nya.. ada mesej yang cuba disampaikan.. tapi apa ye?

hmm~ betulkah, hidup kita ni saling melengkapi, melindungi dan menghargai satu sama lain? tapi kenapa ada cinta yang pergi jauh...?

apakah?

game dan soup campbells!



bila nak cerita pasal soup campbells ni teringat masa zaman matriks.. huhu~ maklumlah, zaman study2 dulu, makanan berkaleng yang pantas dan mudah amat digemari ramai.. haha~ me? kalau soup campbell ni jangan citer, memang suka sangat.. but me, prefer yang dalam tin. rasanya lebih creamy and yummy, di sukai ramai :-)

kalau dah kat bilik tu, yang ada kettle je, nak masak air panas.. so, korang tau camne me prepare the soup for breakfast? hehe.. me tuang semua campbell soup yang berketul tu dalam satu bekas, pastu measure air panas dalam original tin (soup), kacau mixture sampai betul2 sebati.. hmm, pastu amik beberapa kepingan roti, cicah dalam soup.. sedap tau~

kalau korang perasan kat picture ada tulis "i love me time! contest".. apa lagi, me mau ajak korang main game.. haha, serius game ni comel, tapi agak susah nak main..(kata2 non game's lover) tak tau la apsal susah sangat nak score.. hahaha~

korang usha lah sendiri game tu. get yourself register first.. enjoy the game & campbell soup!!

flymas.mobi-as easy as 1,2,3



emm, next year tak plan lagi nak bercuti kat mana.. me n frens dah penat berendam dalam air laut & pulau, main2 kat taman tema (serius mengalahkan kanak), so next vacation, mahu pergi mana yek?? 

teringin mahu "terbang" pulak~ ada sesiapa mau bagi tiket free? huhu :-) my best buddies dah fly ke sarawak this week, jeles, tak dapat ikut! hmm, diaorang kata, nak book tiket dah senang, semua hujung jari je.. internet! klik-klik, bayar and fly~ well korang, jalan2 lah kat sarawak tuh, jangan lupa beli oleh2.. huhu~

hmm, me got surprise today! korang tau tak, time me buka website MAS, me dapat tahu yang MAS dah offer service baru.. hmm, semuanya dalam poket! sekarang lebih mudah mahu "terbang", jom book-share-fly with flymas.mobi - as easy as 1,2,3!! wow~ 

eh apa tu flymas.mobi?? hmm, sekarang ni, bila-bila masa dan dimana-mana saja korang berada, dengan pantasnya korang boleh book-share-fly MAS tickets! hah, kenapa.. tak percaya?? syaratnya korang mestilah ada hp yang boleh akses internet :-) and kenalah ada duit penuh kat poket.. hehehe~

nak tau apa kelebihan beli tiket MAS ngan flymas.mobi? mahu I PHONE 3G~ PERCUMA?? emm.. idaman ku selalu...~
 
 promotion period: 8/12/09 to 31/12/09

promotion period: 14/12/09 to 18/12/09 



hah, percaya tak..?? ada lagi kelebihan flymas.mobi~ antaranya boleh book flight (cheapest fares, of course!), boleh check bookings, check in, tahu flight status, check time table, any deals&offers (yang best2!!), keep contact with officers worldwide and the best part ada service bag tracer (get update status of lost baggage).. wah~ menarik ngan mantap kan??

guys, jom-jom usha flymas-mobi! jom kita "terbang" ngan flymas.mobi~ ikuti langkah mudah ini.. "keluarkan hp dari poket-go web browser-type flymas.mobi- go book+share+fly- done!" mudahkan? sebab itulah flymas.mobi as easy as 1,2,3!!


mana me mau "terbang" ye, next year? flymas.mobi!! i wish i can fly to sydney :-) yeay~ wait for me..


[note: special dedicated entry for nuffnang! yeay~]

masak udang lipan!

sila refer post ini terlebih dahulu. sekian!
hmm, mesti korang nak tau, camne rupannya udang ni selepas dibuang kulit.. tadaaa~



itu je lah yang tertinggal.. kulit semua dah takde.. huhu~ so, bila dah remove kulit, marilah kita menggoreng udang lipan nih.. oleh kerana, emak surrender masak, me akan guna resepi campak-apa-saje untuk masak udang ni.. hmm~

bahan2 yang diperlukan:
seasoning: garam, msg, white pepper and serbuk 3 rasa knorr
agen pelekat: telur
agen penyalut: tepung gandum
minyak secukup rasa
bawang putih, lada merah+hijau
butter 

step nya:
gaul udang ngan seasoning, salut ngan telur, pastu golek2 dalam tepung. goreng secukup rasa. dah masak? kuarkan dari kuali. masuk dalam pinggan. next, goreng bawang and lada, masuk 3 sudu butter dan lebihan telur tadi.. masukkan udang dalam kuali. gaul sekata, dan akhir sekali masukkan almond :-)


ok dah siap.. sekarang dah boleh makan.. huhuhu~ 

mengintai dapat wang?

this is 24 hour sticky post! please scroll down for latest update.tq!



ok, sape penah dengar tentang program dapat wang? emm. me pun tak pernah dengar sebenarnya.. huhu? me was approached by someone in this page dan dia promote dapat wang.. after a few discussion with my fren (ajak supaya kalau rugi tak terasa sangat..huhu) we sign up for bronze package-minima package. hmm, yelah tak sanggup nak tanggung risiko, banyak sangat program camni yang ntah ape2, kan? lagipun sape nak bagi duit senang2 kan..??

konsep dapat wang camni, kalau promo link, akan dibayar komisyen rm0.10 (sikit je,huhu?) tapi kalau ada sesiapa yang korang sponsor, dan orang tu sign up untuk mana2 pakej, dapat wang akan up lagi komisyen korang.. hmm?



ntah la, kalau cakap lebih2 pun susah gak, korang kena intai2 sendiri dapat wang.. setakat hari ni, for us jumlah komisyen terkumpul takde lah banyak pun, tapi dari telur ayam (rm0), dah adalah figure lain :-) mungkin promo tak kencang.. hahaha~  jom-jom usha dapat wang! jangan lupa, sambil2 tu klik lah banner dapat wang kat top page blog ni :-p~

p/s: kena merangka strategi kah? hmm~ 

udang ketak a.k.a udang lipan?

perkenalkan udang ketak aka udang lipan, well sudah pasti terdapat di wet market sekinchan.. huhu~ seperti yang diberitahu oleh tokey udang ketak ni, sekarang tengah season.. so, harga sekilo dalam rm6 (kulit ada) and kalau dah remove kulit harganya rm12 (double price!) 



 

masa me tengah pilih2 udang ni, someone was approached me:
  
kak tak tau nama: dik, sedap ke udang ni?
me: sedap kak
tokei: (mencelah), dulu orang tak pandai makan udang ni sekarang dah tau
me: betuk kak, cina selalu makan udang ni
tokei: ye lah, ada khasiat, maa
me: ye ke? yang saya tau, rasa dia sedap
kak tak tau nama: akak, nak siang udang ni pun tak tau, ni first time dalam hidup nampak udang ni
me: la ye ke (tergelak). owh, akak kena gunting kulit tepi udang ni, pastu akak tarik, nak masak akak gaul kunyit& garam, pastu akak masuk sikit gajus ngan cili kering potong2, goreng sampai garing.. (wah siap bagi resepi lagi!)
kak tak tau nama: ye ke? ok, nanti akak cuba, tima kasih la ye..

ok, that's recipe come from emak, me tak tau masak pun sebenarnya.. hehe :-) in theory lah kan~ yang part gunting n tarik kulit udang tu pun, emak yang terror.. emm, kalau tak berskill, hancur lah udang tu dibuatnya :-)

so, udang ni akan jadi lauk dinner! hehe~ 


tahajjud cinta ost aliff firdaus~


Lirik : Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
tetap pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

2010: AYSK 96-00 Vacation Planning!

setiap tahun, pastilah kita semua mau bercuti, ye lah mengurangkan stress, berehat2, mencuci mata dan banyak lagi.. oleh itu, me sebagai perancang vacation 2010 (melantik diri sendiri,sekian) ingin membuka peluang kepada kawan2 memberi pendapat tempat apakah yang menarik untuk kita pergi bergembira :-) pada tahun 2010! comment dialu2 kan pada note di facebook!

setiap tahun, lebih ramai yang telah sibuk dengan hal2 rumah tangga dan jangan risau, jika korang sibuk dan takde masa, jangan paksa diri nak join.. huhu~

sedikit kronologi vacation sepanjang 2008-2009. hope tahun 2010 ni, lebih ramai mau join.. support la sikit ye kawan2.. hehehe :-)



 credit kepada tukang amik gambar : azmi


 
 credit kepada tukang amik gambar : asie



credit kepada tukang amik gambar: adik bot :-)

marilah cuti-cuti malaysia 2010~

friendster vs facebook?



vs



mana satu pilihan kalbu.. huhu?

friendster sudah berwajah baru! maybe tempias dari management baru. lebih fresh lebih ceria.. good improvement.. nampaknya friendster pilih colour green! huhu~ go-go green!! me berkenalan ngan friendster ni masa zaman "U", sampai sekarang, tapi dah jarang2 update.. hehe :-)

facebook ngan theme colour biru~ facebook ni fenomena social network yang terkini.. hmm, mana tak nya, macam2 peringkat umur dan golongan, semua dah ada facebook.. iskh2~ tapi tak dinafikan, ngan facebook ni, kawan2 zaman hingusan pun boleh trace balik.. dasyat gak lah!

hmm, mana satu pilihan korang? go green or go blue?? huhu :-)

neslo! kini 3 in 1


ada apa dengan neslo?
okie, siapa yang tak tau apa itu neslo? rumusnya adalah: milo + nescafe = neslo. time muda2 dulu, order neslo ni kat kedai mamak je.. tak sangka, zaman teknologi makanan ni, dah advance.. neslo yang ada kat kedai mamak dulu, sekarang dah 3 in 1!! hmm~

me bukan lah penggemar nescafe, jauh sekali kopi.. huhu, tapi neslo? boleh lah layan.. hehe.. ini 1st time me beli 3 in 1 neslo. oii, rm1/ pkt, kalah pendapatan nuffnang.. huhuhu~

apa rasanya? rasa neslo lah.. huhu, time me tulis post ni, neslo still ada dalam paket belum jadi air pun.. hmm, nanti me update la, kalau dah jadi minuman penyegar tekak.. anyway, well done kepada nestle :-) ciptalah produk baru lagi, ok?

why people choose to be single?


ini adalah entri susulan dari entri mencari cinta.. siapa yang malu2 nak say "hi" kepada jejaka tersebut.. ym me :-) bisa di urus ya.. hehehe~

tapi today's topic ialah why people choose to be single? well, sebelum mengupas isu ni lebih lanjut, me mau inform, entri ini tiada kaitan dengan sesiapa, cuma pendapat peribadi sahaja.. kalau ada yang terasa, ampun maaf ye.. okie? peace :-)

sebenarnya, being single isn't that easy, selalu je orang cakap lebih2.. kadang2, it's hurt so much, ye lah macam2 word keluar, anak dara tua lah, tak laku lah, demand so much lah.. huh~ macam tak bertapis ye mulut korang :-p 

but why exactly people choose to be single? ini adalah random reason, mungkin ada benarnya mungkin tidak.. hehe~

1. responsibility
okie, bila sebut tentang responsibility, bunyinya macam general.. so kita tengok dalam beberapa aspek:

a) family: kalau anak sulung atau anak yang mengambil tanggung jawab ketua keluarga, being single is like sesuatu yang good. kenapa? bila cakap hal family ni, macam2 hal lah, kadang sacrifice more than sepatutnya.. adik nak sambung belajar lah, parents dah tua lah, dan banyak lagi. tapi tu tanggung jawab.. kena dahulukan.. so being single, tak perlu rumitkan kepala ngan masalah2 lain.. bercinta rumit kan? hahaha~

b) kerja: kerja ni macam2 masalah, pressure lagi, nak bawa keja balik umah lagi.. iskh macam2, kadang2 pasal keja ni, komitmen kita terhadap orang lain akan berkurangan.. so, daripada makan hati, lebih baik, free kan dari apa2 commitment. tapi kalau pandai uruskan hal kerja ngan peribadi ngan baik, should be no problem, lagipun ramai je orang yang dah kawin tu, sama2 kerja, takde masalah pun?

2. pengalaman
hmm, pasal pengalaman ni, sendiri mau ingat, if today you cheat people, one fine day, people will cheat you.. pengalaman ni tak perlu pengalaman sendiri, pengalaman kawan2 pun dah cukup menakutkan~ banyak dah kes2 putus cinta ni, nak kesian pun tak boleh, marah lagi lah tak sepatutnya.. 

3. environment
kalau life dikelilingi ngan masalah2 rumah tangga, sumpah tak mau ada rumah tangga sendiri. kadang2 bila tengok orang suffer kena dera lah, di ceraikan lah, digantung tak bertali ke.. aish~ tak cukup ngeri kah? lagi2 dalam family sendiri.. feeling tu sangat teruk kan?

4. commitment
sesetengah orang tak suka komitmen terhadap pasangan dia.. ye lah, rimas kan.. haha, perhatian berlebihan, kena report lagi, banyak do and dont's, takde freedom sendiri.. memang memeningkan..

5. money matter
wah ini memang masalah, ye lah, pernah tak korang dengar "my money is my money, your money is my money too" hah, apa kes? tapi duit ni makin banyak, makin besar belanjanya.. 

6. stability
ada orang selalu bagi alasan, life tak stabil lagi lah, itu tak stabil, ini tak stabil.. hmm~ 

7. terlalu mencari yang perfect
kritirea terlalu ketat.. haha, sampai tua lah tak kawin.. hmm? nak longgarkan syarat, susah plak dapat yang tak within specification, but nobody perfect, right?

8. calon takde
hah, calon takde? tak tau mana calon2 ni menghilang, kalau buat entri mencari cinta pun, belum tentu ada yang offer diri? hehe :-)

9. time
takde masa nak bercinta! life is damn packed!! huhu, siapalah yang tak cukup 24 jam/sehari ni?

10. agama
dalam islam sendiri, agama digariskan sebagai panduan dalam membuat pilihan, tapi ye lah, kalau diri sendiri tak sempurna, mimpi je lah, nak cari yang perfect :-) perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik, begitulah sebalinya..

hmm, ada lagi kan? but cukup lah setakat ni, me pun dah terasa lak ngan entri diri sendiri ni.. haha :-)  

kek dan kek lagi~



ini ialah chezy chocolate cake (klik untuk resepi) tapi me telah double kan bahan2 nya dan tukar tepung gandum kepada tepung superfine :-) resultnya: kek jadi lembut dan gebu, sangat cheesy dan yummy!! huhu.. this cake is specially bake untuk emak yang nak bawak ke kelas bacaan yasin.. (emak's activity) emm, wonder kenapa ada layer merah? owh.. itu cream cheese + red colour.. ala colourful sikit kan?

buku rujukan kek lapis?

sebelum ni me ada cuba2 nak buat kek lapis, korang boleh check kat entri 1 dan entri 2.. however, dah lama gak me stop buat kek lapis ni, well, hanya orang2 yang tabah dan rajin je, boleh buat kek lapis ni,oiii~

tapi entri ni, me bukan nak bagi resepi kek lapis.. huhu, me cuma nak share tentang buku variasi kek lapis yang me beli masa pesta buku alaf 21! dalam buku ni ada pelbagai resepi kek lapis bakar dan kukus, siap langkah demi langkah lagi.. buku ni berbaloi2 beli, sekurang2 nya dapat belajar teknik membuat kek lapis.. 

me pun excited nak buat kek lapis ni, al-maklumlah dah lama tak lapis melapis ni~ tapi harus di ingat kek lapis ni kena tabah nak membuatnya.. tempoh proses yang lama and rumit sedikit, huhu :-)


rujukan kek lapis~

pendapatan rm1? layan je lah~



hari ni, pendapatan nuffnang dah bertambah rm0.50, menjadikan rm1.. alhamdulillah.. tq kepada kamu2 yang klik iklan2 nuffnang.. sila klik lagi.. hehehe :-)


saujana mata memandang


 
sawah padi.. sekarang dah nak musim menuai.. warna pun dah kekuningan, padi pun dah ikut resmi-nya "makin tunduk, makin berisi" huhu~ ini adalah salah satu view yang me suka kat sekinchan ni.. rasa tenang je, nasib baik bukan petak sawah sendiri, kalau tak mesti dah berlari2 anak kat bendang tuh!
 
sekinchan terkenal ngan hasil pengeluaran padi yang tinggi kat malaysia ni.. mungkin kah kerana baka padinya atau pesawah yang rajin atau jabatan pertanian yang concern? hmm~ pikirlah sendiri?!
 
wei! bila nak ada dslr ni, tak sabar mau capture "zaman kekuningan padi".. hmm~ lepas time menuai ni, ada lagi view yang menarik.. tunggu je lah post yang mendatang, okie :-)
 

"ketenangan"
Powered by Blogger.