part 1: kenapa customer selalu betul

ini adalah kisah benar

tengahari  tadi me shopping disini. well ini adalah antara favourite shopping place bila me pergi sg besar, and because me adalah fan bakeri world.. so ini adalah tempat yang paling syok!! apa yang korang mahu, dari loyang ke bahan2 untuk bakery project semuanya ada disini..


tujuan hari ini adalah untuk beli jem blueberry+acuan tart dan 2 oz container. semua benda yang me cari ada, except 2 oz container.. 

situation 1: at counter
me: hi, saya nak cari container yang ngam2 muat untuk acuan tart ni (sambil merujuk kepada acuan tart) 
cashier: (amik dan pegang acuan)
me: boleh tak saya buka acuan ni, nak try container mana yang muat
cashier: tak boleh bukak tak bayar lagi kan? 
me: ok, saya memang nak beli acuan ni, so saya bukak k?
cashier: ok
me: (berlalu pergi ke area container, sambil membawa 1 pc acuan tart)

so setelah 5 minit berlalu, me jumpa satu acuan yang paling ngam (dekat sample area). just nice, malangnya tak nampak pulak acuan tu kat rak2 container. so me panggil cashier..

situation 2: container area
me: saya dah jumpa bekas yang saya nak beli tapi bila saya cari kat rak ni tak ada pulak (merujuk kepada bekas kat sample area) 
cashier: (mengangguk dam mencari) emm, ni container yang akak cari (sambil menghulurkan seplastik container)
me: eh bukan yang ini, bentuk dia tak sama lah
cashier: eh betul, tengok size dia sama
me: confirm ni?
cashier: ye, betul (dengan muka confident)

so, me bawa seplastik container tadi dan proceed dengan payment. selesai payment, me cuba ngamkan container tadi dengan acuan tart..

nak tau apa jadi.... bersambung di part 2 kenapa customer selalu betul :-) 

0 comment:

Powered by Blogger.