bunga bakawali kah itu?


dalam banyak2 bunga, me paling teringin nak tengok bunga ni secara live.. bunga bakawali.. selalu orang2 tua kaitkan bunga ni dengan cerita2 bidadari.. hmm, maybe sebab warna dia atau keunikan bakawali itu sendiri?

baru2 ni me terjumpa dengan pokok bakawali ni kat depan pintu masuk sekolah memandu.. terus capture gambar ni, coz nak confirm ngan emak, betul ke tu pokok bakawali? yup, pokok ni nampak cam pokok dragon fruit, tapi ketebalan daun amatlah berbeza..


yang bestnya, pokok bakawali ni dah nak berbunga! syok nya kalau dapat tengok bunga bakawali ni live! 

haha, me ada story berkaitan bunga bakawali ni..
once upon a time, me & family tinggal kat klang. mak ada tanam pokok bakawali ni.. actually pokok ni mak amik dari kampung, yang mana owner nya sendiri tak pernah tengok bunga bakawali ni kembang! so, oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi, mak tanam lah pokok ni dan menunggu dengan sabar pokok ni berbunga..

satu petang, kami semua excited sebab putik bunga bakawali ni dah menunjukkan ciri2 nak kembang.. mak yang paling excited, okie? malam itu, mak keluar tengok bunga bakawali tu, tapi mak keluar senyap2, cam ada tarikan magnet panggil mak.. esoknya, bila me nak pergi tengok, bunga bakawali tu dah layu.. huhu.. kecewa sungguh!

bila mak start buka mulut cerita, baru lah me tau.. mak terkesima bila tengok bunga tu.. dia kata cantik sangat.. terlalu cantik, bau dia pun wangi.. tu yang sampai tak terkata2.. sampai sekarang pun dia masih ingat tentang bunga tu, walaupun dah berbelas2 tahun..

yang unik nya bunga ni, ia hanya berbunga pada sebelah malam dan keesokkan nya akan layu.. aishh, mahu kena jadi penunggu pokok ni, baru dapat tengok bakawali ni kembang..hehehe~

1 comment:

joharimdsalleh said...

bakawali yg cantik =)

Powered by Blogger.