it's end of november 09!




november sudah mau melabuhkan tirainya~ semoga jumpa lagi november akan datang.. amin :-) kenapa me suka sangat november?



bulan november ni, me share ngan ramai member yang birthday dalam bulan yang sama, especially ngan anak dara and mak orang dalam picture nih.. iskh.. habis-habis kalau mereka ini tau me upload muka2 tak fresh ni kat blog!(hehe~) well, guys, miss that moment kan? masa kita jumpa, belajar, kawan... etc kat chermai dulu!! semoga kita kawan sampai bila2 eh?

lagi.. kalau korang perasan november 09 ni, me beria2 update post kat blog, sampai 60.. hehe :-) kira catatan peribadi ni~ 

lagi.. november 09 ni, da setahun me kat tempat keja baru ni :-) camne? aish.. malas nak komen.. kang bos baca, susah nak jawab.. lalalala~

emm.. ada banyak lagi, especially kawan2 alam maya (dari blog walking, chat box) dah bertambah2.. korang memang best :-) hahaha.. keep on supporting me, ya!!

bye2 november, see u next year!! 

should try ken ken guys!


wow! the world most entertaining puzzle!!

semalam me ada post tentang sudoku vs ken ken, kan? hari ni me cari-cari lagi info tentang ken ken nih.. sedikit pengenalan mengenai ken ken, ia diasaskan dan diperkenalkan oleh seorang cikgu matematik jepun, namanya tetsuya miyamato pada tahun 2004, dan sehingga ke hari ini ken ken dah tersebar dengan pesat dalam pelbagai bentuk penerbitan (buku & news paper)

me? baru saje tau pasal ken ken, that's why me so-so excited!! hahaha, me adalah fan sudoku, so ken ken adalah benda baru yang nak di explore.. seperti yang me ada tulis, dalam post lepas, sudoku & ken ken adalah antara latihan minda yang baik.. maka, tak rugi mencuba tau?

untuk maklumat lebih lanjut sila lah ke website ken ken, kat sana ada free ken ken puzzle to download, ada ajar camne nak selesaikan ken ken dan banyak lagi..  

me? haha, sudah beli 1 buku ken ken, volume 1 kat mph online. tak sabar mau tunggu buku itu sampai.. happy ken ken ya!!

p/s: m_lex, jom try ken-ken :-)

peribahasa melayu~

me was blog walk kat kawan2 yang drop by and say hi kat shout box (thanks anyway~).. jalan2, me jumpa blog adik ni yang me rasa quite impressive! hmm, good job, adik keep it up!! kalau bukan kita yang memperjuangkan bahasa melayu, siapa lagi kan??

me terhenti di satu peribahasa, well, kena admit tak pernah dengar peribahasa ni.. nasib baik ada adik ni.. hehe :-)

"ada laut, ada perampok" 

maksudnya: tiap-tiap suatu itu ada pasangannya :-)

wah, at last ada gak jawapan yang sesuai untuk soalan "kenapa sampai sekarang tak kawin2 lagi2?" hahaha~ i like :-)

sudoku vs ken ken ?


sudoku
siapa suka main sudoku? hehehe :-) me adalah salah seorang fan sudoku.. selalu buat kalau ada masa lapang, tapi tu lah sudoku ni kalau hati tak tenang, kepala kusut, susah gak nak siapkan.. hehe (alasan).. tapi sudoku bagus untuk latihan minda.. macam bos pernah kata, sudoku ajar kita lihat penyelesaian satu masalah dari pelbagai sudut.. hmm? betul apa bos cakap kan?? hahaha :-)


ken ken
sebenarnya ni kali pertama me dengar ken ken, tak tau apa.. mana me jumpa? hehe, me baca reader's digest dec 09, selak punya selak me jumpa pasal ken ken ni. so me get excited nak tau, ape benda nye ken ken ni, nampak cam lebih susah dari sudoku.. hahaha.. should try ni kan?? 

so ni antara game2 latihan minda.. lain2 macam cross puzzle.. etc, bagusnya kalau kita dapat dedahkan latihan minda ni pada student2 kat kindergarten,primary school.. ye lah dari main play station, batu seremban, polis sentri (etc) kita bagi option lain.. hmm, kita kan generasi hebat? 

shamer, sila jangan poyo!


pelik bila shamer text me "asie bagi add blog ko?".. hmm, apa dia nak buat hah?? confius-confius!!

kucing comot yang tempang :-)

kesian, hero malaya ni, selalu gangster bukan main, tapi hari ni injured pulak.. hahaha :-)) si comot yang tempang, kecederaan yang nampaknya tak berapa serius, tapi sakit kot? hmm~


pura-pura tido
 
 kaki bengkak! 

muka macho, tahan sakit

 kecederaan di kaki kiri

 tension kerana diperkotak-katik kan

terkena penangan marlisa kah?



surprisingly, hari ni bila me tengok keywords kat nuffnang, rata2 orang cari lagu yang ada dalam citer korban kasih marlisa.. wah, terkena penangan ye nampaknya? hmm, semalam me ada update lirik lagu "yang ku tahu cinta itu indah", tak sangka ada ramai lagi yang tercari2 lagu ni.. wah, best2 :-) enjoy hear that song, memang layan kan?

pelik tapi benar?

banyak benda menarik berlaku disekeliling kita, sama ada kita sedar atau tak.. membaca news di awal pagi, rupanya agak menyeronokkan.. lebih mudah dengan kosmo! online~ i did found people in worldwide, do extravaganza thing secara lansung atau tidak lansung.. do all out to be famous? hmm~ life-life :-)
 
banyak benda pelik kan berlaku akhir-akhir ni. dunia dah akhir zaman kah? semoga kita berada dalam rahmat-NYA, amin~ 
 
news kadang2 terlebih sensasi, but yet kalau takde ribut, tak kan pokok bergoyang kan? (iskh, peribahasa yang tak sesuai pulak..) whatever~
 
1. hmm, apa pendapat korang bila lelaki mula obses dengan kurus? baca sini! 
 
2. lelaki kahwin lelaki, eh, orang malaysia? surprise kan my pankreas di awal pagi ni.. baca sini!
 
3. kenapa wanita jadi mangsa? aish.. bukan kah patut dilindungi? baca sini! 
 
4. macam ni pun ada? baca sini
 
5. keagungan pencipta. baca sini
 
muhasabah diri :-) 

mari membuat review~

aish.. sejak bila menukar profesion ye? hehe~ well memberi pendapat kan perkara yang baik? dah lama  me nak buat review ni, tapi tak menyempat pulak..


2012
bila semua orang asyik review citer 2012, me pun tertanya2, apa lah yang menariknya cerita ni? me did spent my day, untuk citer ni.. hmm, keseluruhan nya citer ni agak baik.. tapi message dia cam tak clear, tak tau la maybe me tak concentrate betul2 masa tengok movie ni.. tapi ada rasa gerun bila tengok bangunan2 runtuh, tsunami.. dasyat, tak tau sama ada me ready untuk situasi camni.. sedangkan bila bencana kecil pun, impaknya besar.. inikan bencana besar.. dari sudut positifnya, terasa kerdil dan insaf.. jadi, marilah kita melengkapkan diri kita.. huhuhu~


papadom
sekarang baru me tau kenapa citer ni banyak menang anugerah.. citer dia simple, message dia jelas.. siap ada konsep muhibbah lagi :-) plus ditambah ngan boria yang nyanyi2.. walaupun citer ni ada pelik2 bila "wife" dia muncul dalam macam2 bentuk, tapi boleh lah layan~ bagus ada ayah seperti en saadom, dan makanan yang sedap seperti papadom, kan? hehehe :-) well guys, there is a lot of reason, why we need to show love to people that we love&care, just say it... 

Yang Kutahu Cinta Itu Indah

this lyric is by Afgan feat Nagita Slavina. first time dengar lagu ni bila tengok cerekarama just now, Korban Kasih Marlisa.. :-)



Tak Pernah Aku Membayangkannya
Bila Insan Sedang Patah Hati
Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya

Reff:*
Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam
Inikah Yang Dinamakan Patah Hati
**
Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini
Yang Kutahu Cinta Itu Indah
Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Ku Mahu Kau Tetap Disisiku

Back To Reff:* & **

Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Ku Mahu Kau Tetap Disisiku

Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangi pun Berwarnakan Kelam

5 short Q, short A?

aish~ long weekend ya korang! emm, sedap makan-makan satu hari, layan movie, update blog.. emm, maklumlah raya + mood "hari tua".. bila da kenyang makan ni idea nak memblog pun ala-ala je :-) hehehe.. 

anyway, saje me mau buat post: short Q, short A (question & answer!).. apa ye soalan untuk diri sendiri? kamu? ada soalan mau tanya? ye, silakan...

Q: citer apa yang baru me tonton?
A: Nur Kasih episode last! hehe, actually, me tak follow pun citer ni,cuma episode last ni je lah.. what make me proud ialah, venue dalam citer ni kat hometown kan~

Q: novel pe me mau baca sekarang?
A: 9 nyawa by RAM, tak sabar nak g pesta buku ni!!

Q: food yang me suka makan?
A: me suka makan-makan :-) especially yang ada kaitan ngan ayam? hehe

Q: apa benda yang me baru tau?
A: after 26 years, me baru amik tau, bila sebenarnya (masa) me dilahirkan..! hahaha, it is 10.55am!

Q: apa yang buatkan me rasa gembira hari ni?
A: well, everything is ok & happy2 je.. tapi yang paling penting ialah ingatan kawan2 (thanks ya for the wishes, luv all of u!!)

okie, 5 Q&A, untuk hari nie.. kalau korang ada pape nak tanya.. sila2, me try untuk answer :-)
 
p/s: syukran ya allah :-) 

bila nak boring makan brownies ni?

brownies? boleh boring ke kalau makan selalu? hehehe :-) semalam me ada jumpa satu info, katanya kalau nak buat brownies yang sedap, tak payah guna baking powder & soda bikarbonat.. pastu info tu kata.. untuk kurangkan gelembung udara dalam tekstur kek, kurangkan guna mixer, maksudnya kena beat guna tangan je lah.. so, me try la tips ni.. hasilnya~ jeng2 :0

nampak lazat kah?

in pieces :-)
hmm, untuk me yang selalu guna mixer ni, beat guna tangan macam tak cukup power je.. hehehe :-), adunan pun nampak cam pekat dan tak soft.. hmm, hasilnya jadi lah brownies marble tu hah~ tekstur dia ok, tapi still ada bubble air.. tapi me tak berani plak nak remove kan soda bikarbonat & baking powder.. later lah me try! so, inilah kek sempena hari yang best ni.. hahaha :-)

a million thanks anis!


thank you!! 
special thanks to anis for a nice gift & thoughts! 
friendship remains, ya!!

happy birthday!


happy birthday!!!

abstrak blueberry untuk brownies!

yeay! seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas, berikut adalah cara-cara membuat blueberry cheese brownies (layer)! seperti biasa, resepi ini menggunakan resepi asas mcb, cuma me ubahsuai sedikit.. additional item dalam resepi kali ni ialah blueberry jam!

adunan coklat bahagi kepada 2 bahagian, dan satu bahagian cream cheese

layerkan satu persatu - coklat:cream cheese:coklat 
blueberry jam boleh letak ikut selera masing2 :-) 

coklat untuk topping~

 untuk resepi kali ni, me mau cuba buat coklat topping! 
 
final product!
ini kali pertama, me bermain2 dengan coklat topping! iskh, nampak je senang, tapi tak ok..?! coklat ni sifat dia cair, maka comot la sikit hasil kerja :-) hmm, ada sesiapa mau cuba?

kisah ayam dan lolipop?

ada apa dengan ayam dan lolipop? hehehe~ sejak me kerja ngan ayam2 ni, banyak juga benda yang syok mau cuba.. contohnya black pepper lolipop ni! selalu me dengar kawan2 je citer pasal ayam lolipop ni, tapi tak pernah try makan.. ye lah dah tentu rasa ayam kan? huhuhu~ so, hari ni mari kita cuba goreng ayam lolipop! yeay!!
 

kenapa ayam ni dipanggil lolipop? 

 yeay!!

 lolipop yang sedia dimakan
 
hmm, nampak tak kat mana ciri2 lolipop nih? anyway, adunan untuk breading me mix tepung2 yang ada kat mom's kitchen.. belasah je lah, resepi campak2 aje~ yang penting sedap dimakan.. kan..kan..??

salam aidiladha!


 salam aidiladha!!

mau isi apa ya?

me patut akui, emak adalah seorang yang sangat talented dalam bidang jahit-menjahit ni :-) me? hehehe, takde lansung bakat menjahit ok? terima kasih kepada cikgu kemas yang sudah retire, rajin beliau mengajar emak2 ni menjahit.. yup, terkini, emak belajar buat uncang ni atau "ponjot" serbaguna.. hehehe :-) comel tak? emak kata, macam2 boleh simpan dalam uncang ni, dari sesuatu yang "sulit" ke sesuatu yang lebih umum.. hmm? me mau isi apa ya?? takde perancangan lagi, mungkin akan mempertimbangkan untuk simpan sesuatu yang p&c~ hiks!

 presenting emak's handmade :-)

beautiful flower
 
 from side view

yeay! brownies order for raya~


yeay! my 2nd order untuk brownies :-) special untuk birthday and hari raya aidiladha~ thanks,imah! actually ini adalah blueberry brownies, tapi me siram coklat cair nak bagi brownies ni nampak lebih lazat... nyum2!! korang notice kan blueberry atas tuh?? hehehe :-) me akan update cara-cara membuatnya in coming post! stay tune ya~

ais krim potong?


sape nak makan ais krim potong, jom me belanja.. hehehe~ ini ais krim potong, buatan malaysia tau.. macam2 ada, nak perasa apa? durian, coklat, jagung, strawberi, kacang merah & cendol.. hmm, sape nak beli cari kat 99 speedmart :-) satu kotak ada 20pcs harganya rm13.50 :-)

kalau lah kamu tidak menyusahkan?


me need very2 "fresh" air~ please-please :-)
pening lah kalau hari-hari kena mengadap perkara2 ni...
tidak penatkah kamu? me susah tau??
aish~

Resepi: rocky chezy brownies


rocky chezy brownies menggunakan resepi ini.. penyediaan bahan2 adalah sama, tanpa ragu2.. hehehe :-) penambahan ingredient cuma beberapa stick biskut rocky.. 
cara membuatnya basicly adalah sama, cuma kali ni kita tak bake satu persatu layer.. kita bake sekali gus.. ada paham kah? sila lihat step dibawah untuk lebih faham, ye?


1. pertama sekali sediakan loyang :-)

2. lapisan coklat pertama (semasa sediakan adunan coklat, bahagikan adunan coklat kepada 2 bahagian)


3. susun biskut rocky
 
4. next, tuang semua cheese mixing, ratakan menutupi lapisan coklat tadi (kalau nak susun biskut rocky pun ok)


5. last layer, tuang semua lapisan coklat dan ratakan

6. ok, mari kita bakar selama 20 ke 30 minit, 180 deg C 

7. sejukkan, sebelum brownies dikeluarkan dari loyang

8. ok, ready to eat! nampak tak lapisan cheese tu? hehehe~



hari minggu, hari eksperimen!

brownies ni me buat khas untuk 2 orang sahabatku anis and liya! harap2 korang suka makan, sekaligus menjadi tester kepada eksperimen hari ini :-) hmm, eksperimen hari ni masih menggunakan resepi basic marble cheese brownies, sila check di sini, cuma me modify and add value sket~
me try untuk layerkan cheese kat bahagian tengah,ala2 sandwich.. add value, me letak beberapa stick biscuit rocky.. maka dengan ini, me namakan eksperimen hari ini rocky chezy brownies! nyum2!!


karamel gula hangus~


emm.. karamel gula hangus! emm ni project emak untuk jiran sebelah rumah, katanya untuk desert pengantin! me? aii tukang sibuk and tukang amik gambar lorr~

sape suka makan karamel gula hangus? angkat tangan!! hehe.. me memang suka makan karamel ni, tapi haruslah baunya tidak hanyir (telur) dan tidak keras (terlebih tepung jagung).. kalau ada banyak lelehan gula hangus, lagi layan.. nyum2!!

desert ni sesuai dihidang dan dimakan bila2 masa.. cara nak membuatnya pun mudah aje.. nak resepi? aii, nanti me update, maklumlah masa nak buat ni, mak guna resepi campak dan campur je, maklumlah dah expert kan? hehe :-)


inventory update!

aish.. me sedang merajinkan diri nak buat inventory update.. ye, apa lagi mestilah novel2 alaf 21~ maklumlah, kan nak pergi memborong, kena la update dulu list buku2 yang ada, takut terbeli kali ke 2 plaks!!

sebahagian buku yang ada

kasi update!

nak balut malas :-)
rupanya dah lama me tak update inventory ni! haish~ kasi update, segera!!

Powered by Blogger.