seharian bersama tart-tart :-)

hmm~ bila me bangun tido hari ni, tiada perancangan pun nak buat tart. sehinggalah selepas balik membeli belah di pasar sekinchan, me dapat idea nak cuba resepi tart nanee+resepi koleksi sedia ada..



penyediaan bahan2 bermula seawal 10 am, ok..
me potong buah (dadu & hiris kecil2), emm oleh kerana hari ni nak eksperimen "crust", maka me tak berhajat mau deco tart ni dengan buah2 yang "mewah", cukuplah dengan apa yang ada. kui3 :-)

Pastry C (i)

Pastry C (ii)

 dough!
kemudian penyediaan bahan2 untuk doh! nasib baik semua bahan2 ada kat umah! emm, setelah proses mixing selesai, me sejukkan dough dalam peti sejuk. biarkan dough berdiam diri selama 2 jam. setelah 2 jam, proses terap/ moulding diteruskan...

after bake

usai moulding, sesi bersambung dengan proses membakar. terima kasih kepada oven grill emak yang banyak berbakti..  ada 4 kali sesi membakar untuk hari ni.. tempoh untuk satu sesi 20 min ke 25 min!

kemudian bersambung dengan penyediaan cream, sangat senang ok?! untuk mendapatkan cream yang smooth, me telah "wisk" sehingga adunan tidak lagi berketul2.. jangan lupa layerkan chocolate dalam crust, barulah kick!!


coklat layer

cream filling

dah siap deco~

oleh kerana liya awal2 dah pesan, jika me buat tart dia nak rasa, so, dengan baik hatinya (puji diri sendiri) me telah pack untuk dia, cik comel husna & family. harap2 korang suka..

 untuk liya & family. enjoy~

0 comment:

Powered by Blogger.