Resepi: Fruit Tart~ spider mode!



Bahan2 untuk crust!
125 gm planta
60 gm gula kastor
220 gm tepung super fine
1 biji telur Nutriplus!
1 ts esen vanila
Bahan2 untuk custard!
50 gm gula kastor
20 gm tepung custard
20 gm tepung gandum
1 biji telur Nutriplus!
500 ml susu UHT (susu segar)
30 gm mentega
1 ts esen vanila 

Cara Membuatnya
Crust!
1.Pukul planta + gula kastor hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila
2.Pukul hingga sebati
3.Dengan menggunakan hujung jari, tuangkan tepung super fine sedikit demi sedikit dalam adunan tadi
4.Gaul adunan hingga sebati
5.Note: adunan memang sedikit soft semasa proses mixing ni :-) 
6. Bungkus dough dalam plastik dan sejukkan dalam refrigerator selama 2 jam
7. Selepas 2 jam, dough tadi akan jadi sedikit keras dan lebih mudah dibentuk
8.Mould/ terap adunan dalam acuan
9.Sesi membakar: 
a) Panaskan oven 190 deg C
b) 10 minute pertama guna api bawah sahaja
c) 10 minute seterusnya guna api atas bawah
d) Monitor hingga kulit kekuningan
10.Note: me guna oven grill. untuk proses bakar berulang2 kena berhati2 dengan masa dan suhu oven. apabila suhu oven meningkat, crust akan lebih cepat bake, so kenali oven korang, k!  

custard!
1.Sediakan periuk/ pan yang bersesuaian
2.Campukan gula kastor, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati
3.Campur telur, esen vanila dan tuang sedikit susu UHT dalam adunan
4.Panaskan campuran ni atas api perlahan. Kacau adunan sehingga pekat
5.Tambah susu UHT dalam adunan sedikit demi sedikit hingga habis
6.Kacau sehingga sebati+pekat atas api perlahan
7.Note: Proses ni agak lama, lebih kurang 20 ke 25 min, kena kacau hingga pekat dan creamy.. pastikan kacau tanpa henti2, untuk elakkan custard berketul2 (lumpy) dan hangus!

Untuk deco!
1.Layerkan crust dengan coklat cair, biarkan sejuk
2.Tuang custard dalam crust (ikut kesukaan)
3.Hiaskan dengan buah2 segar (ikut kesukaan)
4.Note: Pilih buah2 yang segar (yang tak mudah "lebam") dan mempunyai gabungan warna yang menarik seperti strawberry, kiwi, peach, anggur, nenas and etc. untuk deco "spider fruit tart" me guna anggur, mangga and ceri!

okie, korang.. selamat mencuba! tak faham boleh la tanya, me sedia membantu.. hik3 :-) 

post yang boleh membantu korang
1.penyediaan cream custard filling 
2.proses membuat tart 
3.trial mode: fruit tart 

0 comment:

Powered by Blogger.