Recipe: Pastry for tartlets

hmm.. me tercari2 recipe pastry untuk tartlets yang rangup dan rapuh. kira kalau makan, boleh ingat sampai bila2. credit to new frens, nanee for the recipe suggestion. i'll try as soon as possible!! minta kebenaran copy kat scrape note nih.. senang mahu cari nanti, hehehe :-)

Pastry  (copy from nanee)
Bahan2 
250g butter-suhu bilik-potong kecil2
120g gula icing
2 biji kuning telur
440g tepung gandum-ayak----> nak try guna superfine flour
1 st esen vanilla

 

Cara
1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya. 
3. Panaskan oven pada suhu 175C.
4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.


Recipe ni untuk saiz mould yang besar, me mau buat size yang kecik2.. tengok hasilnya bagaimana nanti.. hmm, next project~
 

0 comment:

Powered by Blogger.