latihan kebakaran~

siapa ingat masa kat primary school, selalu ada latihan kebakaran? siapa ingat, angkat tangan!! masa me kat primary school, sekolah dekat je ngan balai bomba, selalu jugak ada latihan & demonstrasi kebakaran. yup, oleh kerana ayah adalah bomba selalu juga time demonstrasi kebakaran, me kena panggil. well, walaupun me anak bomba, tapi me pun bukan terror handle alat pemadam api tu,ok? 

time goes by, lama dah tak buat latihan kebakaran ni. kalau sekarang me disuruh guna alat pemadam api, sempat la termenung, mana satu picu nak kena tarik?? hehehe.. sempat jugak la kebakaran yang kecik jadi besar, silap hari bulan dah habis terbakar baru me tau picu mana nak kena tarik..

baru2 ni kat tempat kerja, boss sibuk2 mau buat safety team. yup, ayah kata sepatutnya memang semua tempat kerja kena ada safety team. yelah, bukan kita tau, bila bangunan tempat kerja kita ni nak terbakar kan. tapi yang tak ok nye, boss suruh me jadi leader, alasan nya sebab me anak bomba. hahaha. takde maknanya, ok?

okie, kita tengok sejauh mana safety team ni akan "bergerak" nanti. sekarang masih "chill mode", huhuhu..

by d way hari ni ayah dah pass me satu note, tajuk dia "Kawad Pengungsian Bangunan" atau dalam bahasa yang mudah di fahami "Cara Mengosongkan Bangunan Semasa Kebakaran".. layannn je lah, k?


 gadis2 bomba.. eh ye ke?

 yeay, depan jentera bomba!!

0 comment:

Powered by Blogger.