hadapi dengan senyuman :-)



kamu stress? 
okie ayat intro macam nak jadi cikgu kaunselor pulak :-)

dialog
me: kenapa muka cam tak happy je?
A: tak, sakit kepala. stress kot..
me: banyak fikir agaknya? keja & life memanglah stress~
A: pernah stress? selalu nampak hepi je, cam takde masalah
me: hah, takde masalah? tak pernah stress? iskh cam tak normal plak.. ada mana boleh takde, tapi pandai2 lah handle..
A: kalau stress buat pe?
me: (berfikir...) 

iskh, ada ke orang yang tak pernah stress ngan ada masalah? ntah la. hidup takde masalah boring pe, tak boleh cari pasal. hiks~ sebenarnya bergantung pada individu, camne nak berdepan ngan masalah dan stress..

dialog (sambung)
me: ala senang je, update blog, facebook, internet, hah ~ hilang lah stress :-)

kalau lah semudah tu kan.. hari2 ada masalah pun takpe. hiks!

me vs stress+problem?
1. makan : hah, ni memang bahaya. tapi jika me stress, memang akan makan banyak. so jika me semakin gems tu, maksudnya "sangat stress"!!! hahaha (okie, reka alasan..)
2. sawah padi: suka tengok sawah padi kalau tengah stress. sebab pe? "hijau" untuk lebih tenang.. emm?
3. fikir: amik masa untuk fikir, kat mana ada buat salah. camne nak improve bagi ok..  selalunya bila stress, memang susah nak fikir secara positive ni, yelah tengah frust kan, tunggu lepas keadaan reda, barulah amik masa untuk berfikir...
4. laughter is the best medicine: hidup kena happy, walaupun stress. carilah kawan2 yang ceria, positive & supportive. me pun percaya kalau kita buat orang rasa gembira, automatically kita pun akan rasa gembira.. kan?? hadapi dengan senyuman :-)
5. menghargai diri sendiri: tidak ada sesiapa pun yang perfect dalam dunia ni. so, jadilah diri sendiri ok? 
6. baking: ni pun cara me nak kurangkan stress. so korang tau kan sekarang kenapa me suka baking? hehehe.. 

setiap orang ada cara dia sendiri camne nak handle stress & problem dengan baik. pastilah berbeza ikut jantina, status, umur, tanggungjawab dan etc. jangan pilih cara yang bahayakan diri sendiri ok? nanti siapa jugak yang rugi.. mereka dan keluarga mereka juga... 

p/s: kamu~ hadapilah stress dengan baik, ok? think positive :-) 

0 comment:

Powered by Blogger.