ada apa dengan belacan?

tiba2 belacan menjadi satu isu "hot" ok? semalam me tengok berita, seorang pengusaha belacan nyaris disaman kerana belacan yang dia produce tak cukup kandungan protein.. tapi dia bernasib baik (ye ke?) coz akhirnya dia hanya didenda rm600 (shopping lagi best!)



Akta Makanan 1983, Perkara 163 - Belacan
(1) Belacan hendaklah hasil ikan dalam bentuk pes yang diperolehi melalui penapaian dengan garam udang halus atau udang atau kedua-duanya
(2) Belacan
(a) hendaklah mengandungi tidak kurang daripada
- 15% garam dan;
- 25% protein
(b) tidak boleh mengandungi lebih daripada
- 40% air dan;
- 35% abu dan;
(c) hendaklah bersih dan sesuai dimakan dan tidak boleh mengandungi apa-apa jirim asing
(3) Belacan boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, bahan pewarna yang dibenarkan dan penambah perisa yang dibenarkan

hah, sudah tau kan? pengusaha belacan tu kena denda coz tak ikut peraturan makanan, kalau tak silap belacan dia hanya ada protein sebanyak 23.5%. hmm..

tapi me ada soalan mahu tanya:
1. adakah mereka (pengeluar belacan) telah dieducate oleh mana-mana pihak, terutamanya do and dont's dalam Food Act??
2. ada sesiapa yang follow up kefahaman mereka (pengeluar belacan)? maklumlah selalunya perniagaan camni perniagaan keluarga, turun temurun~ 

me need an answer!! so peringatan untuk pengusaha2 makanan, tak kiralah apa pun, make sure anda familiar dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, baik untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara. uhuk~

0 comment:

Powered by Blogger.