bahulu: dulu, kini dan selamanya~


 "hai, saya bahulu. saya bahulu yang sedap dimakan begitu saja"

jika bahulu itu boleh berkata2, mesti bahulu tu nak promote diri sendiri begitu.. hahaha~ ok, actually bahulu ni ole2 dari kenduri kawin. tapi serius memang bahulu ni sangat gebu, sedap, tak terlalu manis dan nyum2..

bahulu ni version moden punya.. tengok siap ada ceri-ceri lagi. nampak sangat menarik kan? i like~

hah, yang pentingnya, bahulu ni fresh made from sekinchan.. hahaha, haruslah me nak glamerkan hasil setempat di sekinchan ni.. kalau sebut je nama brand MASRI ni kat sekinchan.. mesti semua orang tau.. aii dah glamer sampai luar negara pun~

so, sesiapa yang nak dapatkan bahulu gebu carilah kedai bahulu MASRI bila sampai kat sekinchan.. hehehe :-) 


 "sedap tau..."

moment itu mana boleh dilupakan?


seronknya, bila mengenang moment2 ni. terasa, cepatnya masa berlalu.. atau eh dulu kurus, kenapa sekarang dah gemuk? hahaha~ ni picture zaman muda-muda. ada latar belakang banjaran titiwangsa lagi~

emm, siapa kata dalam semak tak boleh amik picture? tengok kitaorang posing tak ingat~ seronoknya time tu, banyak masa bersosial.. ehehe~

moment yang memang susah nak lupa. zaman takde air. g kelas pun tak mandi. hehehe~ ada pam air lagi. kira cam klasik betul..tengah2 malam bawak baldi, amik air.. pastu mandi, guna air tuh.. walaupun tak best.. layan je lah..

walaupun tempat ni dah tutup dan tak digunakan lagi, tapi moment itu masih fresh dalam ingatan.. best nya jika moment itu berulang semula :-)

facebook~medan bertemu semula



emm, ada apa dengan facebook? 
facebook macam "gelombang", sekarang sume nak ada fb! 
menteri or x-menteri~ nak dekatkan hubungan ngan rakyat, kaum kerabat
artis~ ngan peminat
top blogger~ ngan reader: cam redmummy & hanis zalikha :-)
kawan~ untuk keep in touch!

seronok betul bila
1. kita boleh comment status mereka yang kita jadi "fan". cam dah lama kenal, walaupun tak kenal lansung!
2. lagi seronok jika empunya diri reply and active.. cam terasa dekatnya mereka..
owh itu kalau penangan fb menteri, artis, top blogger and sesiapa yang glamer~

tapi lebih seronok jika
1. fb menyebabkan kita jumpa kawan zaman sekolah rendah :-). uhuk~ dah lama sangat tak dengar cerita kawan2 sekolah rendah. yelah dah bertahun2 me tinggalkan.. 
2. fb mengeratkan hubungan ngan kawan2 sekolah menengah. hmm lebih best jika dapat recall benda pelik2 kita buat time kat sekolah.. hmm~
3. fb jumpa kan me ngan kawan2 kc.. yang me ingat memang sampai bila2 pun tak akan jumpa.. waaaa~ rasa nak menangis bila dapat track diaorang semula..
4. fb maintain kan persahabatan ngan kawan2 time U, keja and kawan2 semasa.. hehehe~

emm, tq facebook :-) 

Resepi: Double "C" Muffin~

actually me bake this muffin semalam. tapi semalam me "off" update blog. huhu~ this is my first try ever,bake muffin.. actually, me ingat nak bake mcb or nak try cheese tart, tapi malas nak purchase susu cair.. hehehe.. so me cari resepi yang mudah and guna bahan yang sedia ada kat dapur ni! so here we go! double "C" muffin :-)


Bahan-Bahan
150 gm coklat masakan
100 gm cream cheese "Philadelphia"
80 gm Planta
2 biji telur Nutriplus!
60 gm gula castor 
100 gm tepung gandum}*
2 ts baking powder}*
1 ts esen vanila
Sedikit coklat chip&badam cincang untuk hiasan


  A: coklat&cheese, B:flour&egg, C:planta&sugar, D: double boiler process

Cara membuatnya 
1. Cairkan coklat+cream cheese+planta menggunakan kaedah double boiler. Kacau sehingga semuanya cair dan sebati (Bahan A)
2. Dalam bekas yang lain, putar gula castor bersama telur dan esen vanila hingga sebati (Bahan B). Masukkan adunan "Bahan A" ke dalam "Bahan B". Kacau hingga sebati
3. Masukkan adunan tepung gandum+baking powder (*kalau rajin, ayak dulu adunan tepung ni~). Kacau hingga sebati
4. Sediakan paper cup, tuang adunan muffin sehingga 3/4 penuh. tabur coklat chip dan badam mengikut citarasa (coklat chip juga boleh ditambah dalam adunan muffin)
5. Proses bake muffin selama 20 ke 25 min, 180 deg C (me bake 15 min guna api bawah, 10 min api atas bawah)


 E: paper cup, F: 3/4 cup, G: sprinkle with choc chip&almond, H: after bake

Nota kaki 
1. nak monitor muffin dah complete bake senang je, cucuk ngan pisau, kalau adunan tak melekat maksudnya dah fully bake!
2. masa bake bergantung pada oven masing2.. sila monitor berhati2, k~

Komen  
1. ni first time me bake muffin, so untuk resepi ni, rasanya "ok-ok" je, tapi still acceptable and yummy,ok?
2. texture dia agak padat dan agak moist~
3. selalunya, muffin bahagian atas dia mesti merekah2 kan? so untuk kali ni, me tak dapat texture tu.. next time, maybe?
4. overall rating: (a) texture 6/10, (b) taste 8/10


 oh, so cute my "double-c-muffin"

for my "tester"

b.l.a.n.k


B.L.A.N.K

ayooo..~
tiba-tiba jadi b.l.a.n.k?
hahahaha :-)
quick update:
1. esok ada 10 orang akan melawat kilang! aii.. pening nak entertain kamu2 ni. jangan banyak tanya ok, tak larat me nak jawab..~ owh!
2. waaa.. this week ada training.. me=speaker, opss, my ppt slide tak siap lagi..! arghhh!!!
3. ayoo~ next week ada lagi training. kena prepare "mental", dah lama me tak masuk kuliah2 ni.. 

emm..lagi?? 

camne elak kebakaran..?


yeay! mari2 dapatkan tips untuk hari ni~ tips apa? hmm.. tahukah korang langkah2 pencegahan kebakaran di rumah? tak tahu..? teruskan baca.. ok?

1. TV dan perkakas lain
- off, tanggalkan semua plug dari soket setelah digunakan
- jangan tutup menggunakan alat kawalan jauh 

2. gas memasak LPG
- tanggalkan kepala gas dari silinder sekiranya meninggalkan kediaman dalam jangka masa yang lama
- asingkan kepala gas dari silinder

3. peti ais
- off, tanggalkan plug dari soket, sekiranya anda meninggalkan rumah
- jika perlu dipasang sentiasa, adakan pemutus bekalan berasingan

4. ubat nyamuk dan lilin
- pastikan semua bentuk api telah dipadamkan sepenuhnya 
- jauhkan bahan mudah terbakar dari punca api

5. air cond
- off, tanggalkan plug dari soket
- jika perlu, adakan "auto timer" 

6. suis utama
- off jika anda meninggalkan rumah
- jika perlu, pastikan pemutus litar befungsi dengan baik 

emm, walaupun ni tips ringkas, tapi adalah digalakkan korang follow. yup, kemalangan, kecelakaan dan kebakaran adalah perkara2 yang diluar jangkaan kita, so tak salah kalau kita amik langkah berjaga2..

~pesanan khidmat masyarakat~  

Resepi: Fruit Tart~ spider mode!



Bahan2 untuk crust!
125 gm planta
60 gm gula kastor
220 gm tepung super fine
1 biji telur Nutriplus!
1 ts esen vanila
Bahan2 untuk custard!
50 gm gula kastor
20 gm tepung custard
20 gm tepung gandum
1 biji telur Nutriplus!
500 ml susu UHT (susu segar)
30 gm mentega
1 ts esen vanila 

Cara Membuatnya
Crust!
1.Pukul planta + gula kastor hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila
2.Pukul hingga sebati
3.Dengan menggunakan hujung jari, tuangkan tepung super fine sedikit demi sedikit dalam adunan tadi
4.Gaul adunan hingga sebati
5.Note: adunan memang sedikit soft semasa proses mixing ni :-) 
6. Bungkus dough dalam plastik dan sejukkan dalam refrigerator selama 2 jam
7. Selepas 2 jam, dough tadi akan jadi sedikit keras dan lebih mudah dibentuk
8.Mould/ terap adunan dalam acuan
9.Sesi membakar: 
a) Panaskan oven 190 deg C
b) 10 minute pertama guna api bawah sahaja
c) 10 minute seterusnya guna api atas bawah
d) Monitor hingga kulit kekuningan
10.Note: me guna oven grill. untuk proses bakar berulang2 kena berhati2 dengan masa dan suhu oven. apabila suhu oven meningkat, crust akan lebih cepat bake, so kenali oven korang, k!  

custard!
1.Sediakan periuk/ pan yang bersesuaian
2.Campukan gula kastor, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati
3.Campur telur, esen vanila dan tuang sedikit susu UHT dalam adunan
4.Panaskan campuran ni atas api perlahan. Kacau adunan sehingga pekat
5.Tambah susu UHT dalam adunan sedikit demi sedikit hingga habis
6.Kacau sehingga sebati+pekat atas api perlahan
7.Note: Proses ni agak lama, lebih kurang 20 ke 25 min, kena kacau hingga pekat dan creamy.. pastikan kacau tanpa henti2, untuk elakkan custard berketul2 (lumpy) dan hangus!

Untuk deco!
1.Layerkan crust dengan coklat cair, biarkan sejuk
2.Tuang custard dalam crust (ikut kesukaan)
3.Hiaskan dengan buah2 segar (ikut kesukaan)
4.Note: Pilih buah2 yang segar (yang tak mudah "lebam") dan mempunyai gabungan warna yang menarik seperti strawberry, kiwi, peach, anggur, nenas and etc. untuk deco "spider fruit tart" me guna anggur, mangga and ceri!

okie, korang.. selamat mencuba! tak faham boleh la tanya, me sedia membantu.. hik3 :-) 

post yang boleh membantu korang
1.penyediaan cream custard filling 
2.proses membuat tart 
3.trial mode: fruit tart 

more r&d on creamy custard!


ok, semalam me guna resepi Custard A (i) untuk filling fruit tart, emm kena repair sikit taste dia.. tak "creamy" and tak "milky".. so, hari ni me jumpa satu resepi yang boleh dicuba. refer resepi Custard A (ii). method pun berbeza, untuk resepi (i) guna kaedah double boiler and resepi (ii) masak atas api sederhana..


 permulaan yang baik~

 mula pekat!

 kekuningan & semakin pekat 

 ok dah siap!!

yeay! untuk custard ni.. rasanya.. sangat milky & creamy.. hehe, i like! 

a shelf life study


day 1

me nak monitor.. ketahanan crust ni. maksudnya, nak tengok berapa lama crust ini masih selamat dimakan.. korang pun mesti nak tau kan? hehehe.. so, we monitor, together2..

mau resepi tart kah?



resepi crust ada dalam kotak2.. seperti yang ada dalam post ini.. dan ini 
resepi filling? 
me update esok.. okie?

seharian bersama tart-tart :-)

hmm~ bila me bangun tido hari ni, tiada perancangan pun nak buat tart. sehinggalah selepas balik membeli belah di pasar sekinchan, me dapat idea nak cuba resepi tart nanee+resepi koleksi sedia ada..



penyediaan bahan2 bermula seawal 10 am, ok..
me potong buah (dadu & hiris kecil2), emm oleh kerana hari ni nak eksperimen "crust", maka me tak berhajat mau deco tart ni dengan buah2 yang "mewah", cukuplah dengan apa yang ada. kui3 :-)

Pastry C (i)

Pastry C (ii)

 dough!
kemudian penyediaan bahan2 untuk doh! nasib baik semua bahan2 ada kat umah! emm, setelah proses mixing selesai, me sejukkan dough dalam peti sejuk. biarkan dough berdiam diri selama 2 jam. setelah 2 jam, proses terap/ moulding diteruskan...

after bake

usai moulding, sesi bersambung dengan proses membakar. terima kasih kepada oven grill emak yang banyak berbakti..  ada 4 kali sesi membakar untuk hari ni.. tempoh untuk satu sesi 20 min ke 25 min!

kemudian bersambung dengan penyediaan cream, sangat senang ok?! untuk mendapatkan cream yang smooth, me telah "wisk" sehingga adunan tidak lagi berketul2.. jangan lupa layerkan chocolate dalam crust, barulah kick!!


coklat layer

cream filling

dah siap deco~

oleh kerana liya awal2 dah pesan, jika me buat tart dia nak rasa, so, dengan baik hatinya (puji diri sendiri) me telah pack untuk dia, cik comel husna & family. harap2 korang suka..

 untuk liya & family. enjoy~

saya membuat kesimpulan~


yeay!
me choose Pastry C (i) : super fine flour!!

mari membuat perbandingan!


berbalik kepada eksperimen .. hmm~ Pastri C (i) dan (ii), refer kepada resepi di atas.. berikut adalah perbandingan yang dapat dilihat


ini adalah dough untuk Pastri C.. dough ni di simpan selama 2 jam dalam refrigerator.. secara saintifiknya, me kurang pasti kenapa kena chill dulu dough ni, tapi secara logiknya.. dough ni masa mixing process memang too soft, kalau tak chill selama 2 jam.. mungkin tak dapat mould/ terap!


ini lah rupanya sebelum dan selepas dibakar.. secara keseluruhannya, memang tak nampak perbezaan yang ketara.. kan? 

mari ber "eksperimen"!

yeay! a great sunday for a baking project! an experiment day..! huhu~
hari ni me mahu experiment crust untuk tart.. yup, me ada beberapa resepi crust tart, tapi me prefer to combine2 the recipe. barulah adil kan? hehehe~ 

 

untuk experiment hari ni, me guna recipe Pastri C. hmm, butter sold out plak kat kedai hari ni, so kita guna planta aje lah.. lain2 bahan, sangat mudah didapati di kedai2 runcit berdekatan..

untuk Pastri C, me telah buat 2 adunan. so inilah main objective experiment kita: nak tengok perbezaan antara tepung gandum dan tepung super fine.. 

 

ok, nanti me update perkembangan seterusnya.. nak tengok dough yang tengah chill (2 jam) dalam peti ais tuh.. 

yang segar dan lazat ada disini!!



ini adalah entry berantai.. dari sini!!
well, me memang suka nak citer pasal food-food and food!! hiks~

seafood time..? jom datang sekinchan!! sebelum itu, terima kasih kepada uncle kat bagan sekinchan yang sudi sponsor lauk2 kat bawah ni :-)


"hai, selamat berkenalan.. nama saya Pecah Periuk.. hehehe, glamer tak nama saya?"

hah.. ikan ni me tak pernah jumpa secara live. selalu kalau jumpa dah siap masak dalam kuah kari.. hehehe, isinya memang lembut dan lazat sekali~ 



ok, walaupun ikan ni nampak kurang hensem, tapi memang layannn~



ini pulak sotong giant. isi agak liat, ok.. mungkin sebab dah veteran.. hehehe.. 



ini pulak ketam.. yang korang nampak dalam mangkuk ni kategori kecik.. yup yang besar2 (sila tengok penyepit ketam) dah abes mak ngan ayah makan lunch tadi. huhuhu~ 

hah, sedap? lazat? segar? well, macam me cakap dalam entry lepas.. "sekinchan, where fresh seafood serve here.." 

sedapnya putu mayam!



yeay!
eh, betul ke ejaan putu mayam nih?  layan je lah k~
lunch time tadi, uncle and beberapa workers india organize "open office ~deepavali mode". i like~ ada banyak makanan.. tosai, muruku, mee, roti canai and putu mayam.. hah! dah lama betul tak jumpa putu mayam ni.. memang menyelerakan betul tau.. kui3 :-) tima kasih kepada uncle, buat susah2 je taja lunch hari ni. hiks~

hmm.. 15 min sebelum waktu pulang, me dapat ym! message. tak tau sape?

dialog, reply via ym!
z14: yo
me: yup.. sape ni?
me: ?
z14: mr unidentified
me: dear mr unidentified, what can i help u? hmm
me: ?
me: ?
me: malu bertanya sesat jalan.. :-)

kesimpulannya, me tak tau siapakah gerangan mr unidentified ni? ye lah, dia tak mau reply, tak kan nak paksa.. tapi takpe, ada gak story nak update kat blog..hehehe.. chill ya :-)

p/s: hope to hear from u again :-) [waiting mode active]

“budget sayang orang muda”

"1 Malaysia Kemakmuran Bersama"
Jumlah Peruntukan RM191.5 billion (Perbelanjaan mengurus RM138.3b dan perbelanjaan pembangunan RM53.2b)

1. Kakitangan gred awam Gred 41 hingga ke gred 54 serta pesara wajib dapat bayaran khas RM500
2. Kadar cukai individu turun 1% kepada 26%. Perlepasan diri naik kepada RM9000
3. Pakej notebook termasuk pakej jalur lebar untuk 100,000 pelajar universiti
4. Pelepasan cukai pakej langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun
5. Kad diskaun tambang 50% 1 Malaysia untuk pelajar
6. RM1.3b untuk bantu politeknik serta kolej komuniti serta pinjaman kepada 32,000 pelajar
7. Menubuhkan Skim Simpanan Persaraan Satu Malaysia yang diuruskan oleh KWSP
8. Cukai perkhidmatan RM50 bagi setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi kad tambahan
9. Cukai rokok tidak dinaikkan

sumber: KOSMO_Malaysia/24-10-09

hari bertukar kulit?



24/10/2009
hari bertukar kulit!!!

yeay! simple kan?? i like~

"hadapi dengan senyuman"  

hadapi dengan senyuman :-)



kamu stress? 
okie ayat intro macam nak jadi cikgu kaunselor pulak :-)

dialog
me: kenapa muka cam tak happy je?
A: tak, sakit kepala. stress kot..
me: banyak fikir agaknya? keja & life memanglah stress~
A: pernah stress? selalu nampak hepi je, cam takde masalah
me: hah, takde masalah? tak pernah stress? iskh cam tak normal plak.. ada mana boleh takde, tapi pandai2 lah handle..
A: kalau stress buat pe?
me: (berfikir...) 

iskh, ada ke orang yang tak pernah stress ngan ada masalah? ntah la. hidup takde masalah boring pe, tak boleh cari pasal. hiks~ sebenarnya bergantung pada individu, camne nak berdepan ngan masalah dan stress..

dialog (sambung)
me: ala senang je, update blog, facebook, internet, hah ~ hilang lah stress :-)

kalau lah semudah tu kan.. hari2 ada masalah pun takpe. hiks!

me vs stress+problem?
1. makan : hah, ni memang bahaya. tapi jika me stress, memang akan makan banyak. so jika me semakin gems tu, maksudnya "sangat stress"!!! hahaha (okie, reka alasan..)
2. sawah padi: suka tengok sawah padi kalau tengah stress. sebab pe? "hijau" untuk lebih tenang.. emm?
3. fikir: amik masa untuk fikir, kat mana ada buat salah. camne nak improve bagi ok..  selalunya bila stress, memang susah nak fikir secara positive ni, yelah tengah frust kan, tunggu lepas keadaan reda, barulah amik masa untuk berfikir...
4. laughter is the best medicine: hidup kena happy, walaupun stress. carilah kawan2 yang ceria, positive & supportive. me pun percaya kalau kita buat orang rasa gembira, automatically kita pun akan rasa gembira.. kan?? hadapi dengan senyuman :-)
5. menghargai diri sendiri: tidak ada sesiapa pun yang perfect dalam dunia ni. so, jadilah diri sendiri ok? 
6. baking: ni pun cara me nak kurangkan stress. so korang tau kan sekarang kenapa me suka baking? hehehe.. 

setiap orang ada cara dia sendiri camne nak handle stress & problem dengan baik. pastilah berbeza ikut jantina, status, umur, tanggungjawab dan etc. jangan pilih cara yang bahayakan diri sendiri ok? nanti siapa jugak yang rugi.. mereka dan keluarga mereka juga... 

p/s: kamu~ hadapilah stress dengan baik, ok? think positive :-) 

bukan takde idea, tapi....~


peace no war
 
konfrontasi bising
 
 anjakan paradigma

ini adalah antara harta2 yang sempat diculik.. 

hiks~ tq.. "idaman ku selalu" :-)

ada apa dengan belacan?

tiba2 belacan menjadi satu isu "hot" ok? semalam me tengok berita, seorang pengusaha belacan nyaris disaman kerana belacan yang dia produce tak cukup kandungan protein.. tapi dia bernasib baik (ye ke?) coz akhirnya dia hanya didenda rm600 (shopping lagi best!)



Akta Makanan 1983, Perkara 163 - Belacan
(1) Belacan hendaklah hasil ikan dalam bentuk pes yang diperolehi melalui penapaian dengan garam udang halus atau udang atau kedua-duanya
(2) Belacan
(a) hendaklah mengandungi tidak kurang daripada
- 15% garam dan;
- 25% protein
(b) tidak boleh mengandungi lebih daripada
- 40% air dan;
- 35% abu dan;
(c) hendaklah bersih dan sesuai dimakan dan tidak boleh mengandungi apa-apa jirim asing
(3) Belacan boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, bahan pewarna yang dibenarkan dan penambah perisa yang dibenarkan

hah, sudah tau kan? pengusaha belacan tu kena denda coz tak ikut peraturan makanan, kalau tak silap belacan dia hanya ada protein sebanyak 23.5%. hmm..

tapi me ada soalan mahu tanya:
1. adakah mereka (pengeluar belacan) telah dieducate oleh mana-mana pihak, terutamanya do and dont's dalam Food Act??
2. ada sesiapa yang follow up kefahaman mereka (pengeluar belacan)? maklumlah selalunya perniagaan camni perniagaan keluarga, turun temurun~ 

me need an answer!! so peringatan untuk pengusaha2 makanan, tak kiralah apa pun, make sure anda familiar dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, baik untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara. uhuk~
Powered by Blogger.