Resepi: Chezy Chocolate Cake


Chezy Chocolate Cake

Bahan A
180 gm butter
60 gm serbuk koko}*
170 gm gula kastor
4 biji telur
120 gm tepung gandum}*
1 sudu teh baking powder}*
* Bahan2 ni mix sekali dan ayak kalau rajin. hehehe~
Bahan B
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Cara Membuatnya
Bahan A
1. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang dan ringan
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
3. Masukkan campuran tepung. Gaul rata
4. Bahagi kepada 2 bahagian, untuk lapisan bawah dan atas
Bahan B
1. Dalam bekas yang lain, pukul cream cheese sehingga kembang
2. Masukkan gula kastor, di ikuti dengan telur dan esen vanila
2. Gaul rata
Ambil loyang (me prefer korang guna loyang ni.. kalau takde layan je la mana2 loyang)
1. Buat lapisan coklat (bawah) dan ratakan
2. Ambil adunan cream cheese dan lapiskan di atas lapisan coklat tadi
3. Cover lapisan cream cheese dengan lapisan coklat (atas)
4. Buat corak2 jika mahu, okie?
5. Bakar selama 15-20 min, 180 deg C


Nota kaki
1. Untuk loyang 8" x 8" kek yang dihasilkan agak nipis. so kena monitor kek betul2, nanti kek over bake, me tak bertanggung jawab. hehehe
2. Cara nak check mudah saje, cucuk dengan pisau, kalau adunan tak melekat kira masak la tu
3. Untuk 10 min pertama, me guna api bawah sahaja (ni untuk pastikan keseluruhan cake masak), minit seterusnya guna api atas bawah. monitor betul2 ok?
4. Untuk percubaan pertama ni, my cake ada lubang2 kat permukaan, tak tau kenapa? tapi me dengan kreatifnya telah cover lubang2 itu dengan chocolate chip. hehehe~


okie. selamat mencuba!!

2 comment:

HaRaShO HiDaYaH said...

ok...aku tergoda yer...hehe...ni kena buat gak nih..hehe weh ko pnah buat tak choc cheesecake yg bkn layer camni...dia mcm cmpur terus coklat dlm cheese tuh...mcm kat secret tuh...lagikan, resipi ko mmg takde guna sour cream eh?resepi aku campur sour cream dlm adunan cream cheese tuh...

asilahkassim said...

hahaha.. sila try dayah
kalau ko check label RESEPI ko akan jumpa basic cheese cake punya resepi. sour cream boleh diganti kan ngan whipping cream,ramai tak suka rasa cheese yang masam2 kan so whipping cream tak memberi rasa masam2 gitu

Powered by Blogger.