Yeay!!

salam
finally me dapat choose the best template untuk blog ni. hmm~ ciri2 yang kurang girlish, nampak mature (emm ye ke) dan yang penting menepati citarasa. tapi serius, dengan template baru ni, banyak kena tukar especially font colour. dush! sangat malas mau tukar..oH!!

hari ni, me dah receive parcel dari MPH Online. hmm, received 4 novel dengan jayanya.. i like~ review and picture nanti me post. sekarang ni me lebih teruja nak buat database. yup, untuk novel2 ini. search dan search terjumpa satu software yang biasa2 je, tapi freeware (penting!)
 
mungkin tidak begitu jelas, tapi me rasa excited mau update collection details dalam database ni..

Resepi: Chezy Chocolate Cake


Chezy Chocolate Cake

Bahan A
180 gm butter
60 gm serbuk koko}*
170 gm gula kastor
4 biji telur
120 gm tepung gandum}*
1 sudu teh baking powder}*
* Bahan2 ni mix sekali dan ayak kalau rajin. hehehe~
Bahan B
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Cara Membuatnya
Bahan A
1. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang dan ringan
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
3. Masukkan campuran tepung. Gaul rata
4. Bahagi kepada 2 bahagian, untuk lapisan bawah dan atas
Bahan B
1. Dalam bekas yang lain, pukul cream cheese sehingga kembang
2. Masukkan gula kastor, di ikuti dengan telur dan esen vanila
2. Gaul rata
Ambil loyang (me prefer korang guna loyang ni.. kalau takde layan je la mana2 loyang)
1. Buat lapisan coklat (bawah) dan ratakan
2. Ambil adunan cream cheese dan lapiskan di atas lapisan coklat tadi
3. Cover lapisan cream cheese dengan lapisan coklat (atas)
4. Buat corak2 jika mahu, okie?
5. Bakar selama 15-20 min, 180 deg C


Nota kaki
1. Untuk loyang 8" x 8" kek yang dihasilkan agak nipis. so kena monitor kek betul2, nanti kek over bake, me tak bertanggung jawab. hehehe
2. Cara nak check mudah saje, cucuk dengan pisau, kalau adunan tak melekat kira masak la tu
3. Untuk 10 min pertama, me guna api bawah sahaja (ni untuk pastikan keseluruhan cake masak), minit seterusnya guna api atas bawah. monitor betul2 ok?
4. Untuk percubaan pertama ni, my cake ada lubang2 kat permukaan, tak tau kenapa? tapi me dengan kreatifnya telah cover lubang2 itu dengan chocolate chip. hehehe~


okie. selamat mencuba!!

Chezy Chocolate Cake~

yeay! sudah seminggu beraya. alhamdulillah~
supposely, hari ni me ada latihan memandu with uncle instructor, but this morning uncle instructor call, his wife passed away. iskh2~ takziah untuk uncle. okie~ so me mencari2 aktiviti mengisi waktu lapang.. hehe :-) hari ni me mahu cuba satu resepi, chezy chocolate cake (nama bagi sendiri). resepi ni me jumpa kat internet, tapi me ada ubah2 formulation dia.. wait for next post untuk resepi nya. cake ni rasanya, yummy!! and i like~ so mesti mahu cuba okie..


MPH Online.. i like~


i like MPH Online~
me memang buntu, sejak balik kampung ni, susah betul nak cari novel alaf.. hmm~ me memang sejak dari zaman muda2 memang suka baca novel alaf ni.. dapat release tension (haishh ni bukan promo, bergantung pada individu, ok?) so me telah buka website MPH and wow! boleh shopping novel online. shipping day 3 ke 5 business day~ hmm, menarik kan? so me telah purchase 4 novel.. hmm? okie.. tunggu bila dah sampai novel2 tu me post kat scrap note ni.. can't wait!! ~happy :-)~

Cream-O Cheese Cake~


cream-o yummy!!

cheese cake? yummy2~
siapa kata cheese cake campak2 tak sedap? hahaha.. walaupun rupanya tidak menawan tapi rasanya, enak sekali.. (menurut kata kawan baik ku, cik puan oyun~). okie, serius, cheese cake ni keseluruhan proses dari mixing ke siap bake mengambil masa 1 jam.. pantas kan? well sebab itulah rupanya begitu "comot". owh, cheese cake ni masih menggunakan resepi basic cheese cake, cuma me tambah 1/2 paket biskut cream-o. biskutnya me kasi hancur: 1/2 tabur atas cream cheese, 1/2 lagi masuk dalam adunan. krimnya pulak~masuk aje lah dalam adunan tu, tak salahnya.. hehehe. selamat mencuba ;-)

Sekinchan&Seafood?


if u wish to have "fresh" udang
time makan2
and tercari2 dimana ada fresh udang selain kat laut?
think of one place
"sekinchan"
not 
"sinchan"
where fresh seafood serve here
haissh~ promo pula?

Special Order~

special order~

special nugget~ yeay! Brand Nutriplus okie??
special coated chicken wing (so secret recipe.. hehehe)

tadaa~
raya pertama je ada ni..

siapa cepat dapat makan..hehehe~
happy eid mubarak ya!!

Duit Raya?


yeay!! duit raya~
hehehe.. seronoknya jika pada umur begini masih dapat mengumpul duit raya. seronok!! tapi masa2 muda tu dah berlalu, okie.. sekarang turn bagi duit raya pulak..  waaaa~

Eid Mubarak 2009


salam
dengan kerendahan hati, me mahu mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR&BATIN"
kepada
a) sahabat handai tak kira dimana anda berada
b) musuh2.. hehehe (ada ke?..emm??)
c) family
d) blog readers
e) all
semoga lebaran ini di sambut dengan meriah dalam kesyukuran
semoga salah dan silap, kekasaran bahasa, keterlanjuran perbuatan harap di maafkan.. berhati-hati dijalan raya, pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang :-)

Experiment 2: Marble Cheese Cake

huhuhu~
time me nak bagi kat orang hasilnya tak cantik
camne nih? camne nih?

sebelum bake nampak ok je?
tapi lepas bake, huh ngeri me tengok
terpaksa touch up bagi tak nampak cam extra comot
hahaha
but food is always a food
comot2 masih boleh makan kan??

tunggu bila kek fully sejuk
tengok camne? okie je kan.. hehehe
hmm~

Lagi2 Biskut Raya~

wah, pink theme lagi!!!
yup, ni one of my favourite biskut raya~
biskut 2 hati menjadi satu.. 

sebelum bakar

menyejukkan biskut~

"2 hati menjadi 1"

Biskut Raya!!

yeay!! mission complete
tahun ni me telah rajinkan diri buat biskut almond london. okie2, sila jangan buat terkejut~ memang kaler dia pink.. hehehe.. nice tak? saje mencuba warna2 begitu, kira mahu lari konsep lah.. setiap tahun sama aje~ anyway enjoy picture yang ada ni.. mahu rasa? jemput datang beraya.. hehehe~

before pink coating

so pink! i like~

"heart"

konsep sebenar~

idea untuk my fren wedding gift.. emm kena buat proposal nih!!

mahu resepi kah? owh i post later lorr.. sangat sleepy sekarang.. hehehe :-)

Liya & Cheese Cake~


last sunday liya telah belajar langkah demi langkah - Basic Cheese Cake, klik sini untuk resepi. maka picture di atas adalah hasilnya~ nampak gayanya bukan susah sangat kan nak buat cheese cake ni. mentaliti je mengatasi. hahaha..so liya, lepas ni boleh tambah2 item, macam coklat atau buah2 untuk jadikan cheese cake ni lebih yummy!! terima kasih kerana berani mencuba resepi ni :-), buat susah2 aje~

Coklat Buatan Tangan Ku~


buat coklat sendiri? emm, actually memang me ada keinginan nak pergi kelas buat coklat, tapi belum ada kesempatan. busy kan.. hehehe~ bila nabil da start buat coklat, teruja pulak.. baru2 ni mak ada attend kelas kemas, and ada course buat coklat. emak pun da perturunkan resepi kat me.. memang sangat teruja nak buat coklat, tengok saje hasilnya.. hahaha. tapi serius cam coklat kampung.. kurang best bila masuk dalam mulut. tapi takpe, 1st experiment kan.. ,lepas ni boleh cuba lagi.. chaiyok!!! (kepada nabil, sila perturunkan resepi dikau.. hehehe)

Nabil & Coklat


Post ini aku dedikasi kepada NABIL
hahaha.. bila nabil kata dia ada BLOG serius macam nak pengsan.. hehehe.. rupa-rupanya nabil ada projek baru, cinta baru~ Coklat.. well walaupun dia lelaki (tulen rasanya..) tapi tak sangka dia pun minat ngan coklat. so sesiapa yang berada di sekitar bangi ke putrajaya, boleh lah order coklat kat nabil. sekian. ini adalah iklan tidak berbayar.. 

Malaysia 1


salam ramadhan~
wah-wah sudah hari ke 5 bulan sept09, scrap note tak update2 lagi. sibuk bekerja :-) and tak banyak benda menarik untuk cerita. okie, pasti korang dah pernah dengar lagu patriotik ni, Malaysia 1. yup Faizal Tahir yang nyanyi, ciptaan oleh Audi Mok and Nur Fatima. personally, me memang suka dengan lagu ni. memang patut lagu ni menang pertandingan mencipta lagu untuk 1 MALAYSIA~ hmm, kalau tak silap lagu ni akan jadi lagu tema untuk 1 MALAYSIA (selain dari lagu yang ada) dan akan dinyanyikan oleh goverment servant. betul kah?? kalau betul, mesti mereka akan lebih bersemangat untuk bekerja. cayalah..~ 1 MALAYSIA, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Diutamakan.. pastikan ia bukan sekadar omongan kosong.. PEACE :-)
P/S: Proud to be Malaysian!!
Powered by Blogger.