Resepi: Basic Cheese Cake

emm.. so long tak buat cheese cake~ tak tau sama ada skill masih ada atau tidak.. hehe.. kat bawah ni ada picture 2 biji cheese cake yang me pernah buat. resepi ni me dapat dari tokei kedai bahan2 buat kek kat tanjung karang. memang menjadi.. mau try? sila lihat resepi di bawah. ok? have fun guys!!

(A) Cheese Cake "Strawberry Mode"

(B) Cheese Cake "Smarties Mode"
BASIC CHEESE CAKE
Bahan A: BASE
½ pkt digestive biscuit atau biskut marie 
150 gm butter (boleh tambah jika perlu)
Bahan B: CREAM CHEESE
500 gm Cream cheese
250 gm gula kastor
2 biji telur (size sederhana)
2 sudu kecil esen vanilla
200 ml whipping cream
2 sudu besar corn flour
Cara Membuatnya
Base
1. Hancurkan digestive biscuit (serbuk) n mix with butter sehingga adunan sebati
2. Transfer kat loyang n ratakan(sehingga padat)
3. Half bake dalam 15 min 180 deg C
4. Setelah 15 min, keluarkan loyang dari oven dan sejukkan
Cream Cheese
1. Pukul Cream cheese sehingga kembang dan ringan(pastikan cream cheese fully lembut sebelum wisk,ok?)
2. Masukkan gula kastor
3. Masukkan telur
4. Masukkan esen vanilla 
5. Masukkan whipping cream (sedikit demi sedikit) 
6. Masukkan corn flour
**Sila mix adunan hingga sebati semasa membuat penambahan bahan2, ok?**
7. Tuang adunan cream cheese ke atas base (dalam loyang)
8. Bake 180 deg C, selama 35 min ke 40 min
**Resepi ni adalah resepi basic cheese cake, jadi jika mahu tambah bahan2 lain adalah di galakkan**
Nota kaki
1. Nak monitor cheese cake tak bole cucuk2 ngan pisau sebab gerenti mixture akan melekat.. so cara nak check tengok tepi2 loyang.. kalau dah tak melekat lagi atau dah kekuningan maksudnya da fully bake.emm??
2. Bila dah masak, sejukkan cake kat luar(room temperature) dalam 20 min, nie proses pra-penyejukkan 
3. Transfer loyang @ cake ke fridge (hati2 sebab texture cake tak stabil lagi)
4. Biarkan selama 3jam atau semalaman (sehingga lapisan cheese mengeras)
5. Ready untuk di makan~

2 comment:

CT NORAMIZA said...

hai, salam kenal, dah copy paste resepi ni, nak cuba, thanks :)

asilahkassim said...

salam
cuba jangan tak cuba

Powered by Blogger.