hari pertama pegang stereng kereta~

today is the day.. selepas lulus L pastilah bercita2 untuk lulus P, sekaligus menjadi pemandu berhemah (ye ke?). hari ini punch out agak awal~ tq mr boss bagi balik awal.. huhu, excited ke nak pergi belajar driving? emm, me 70% takut + 30% excited. oleh kerana hari ni hari pertama belajar, jiwa memang agak kacau, macam2 pikir~ me tak pernah drive kereta, menumpang pernah lah. hehehe :-) dalam pukul 4pm, me sampai kat sekolah memandu, en pengajar juga ada, so bermula lah episod "mari belajar memandu". en pengajar telah mengarahkan me tukar tempat duduk setelah kereta di gerakkan sejauh 500m. me? emm, takut and tak confident. serius. en pengajar sangat garang dan tidak mesra pelajar. takde apa2 introduction, terus kena marah. pergh, sabar je. en pengajar terus instruct step2 memandu and bila salah kena marah lagi. cis en pengajar ni. takde kompromi lansung. bila pemanduan bermula, dengan kawalan stereng yang agak kurang terkawal, hampir2 menyebabkan me nak terbabas masuk parit, huhu~ kena marah lagi. bila sampai simpang, tiba2 enjin mati, hah kena marah lagi. okie.. okie penat kena marah satu jam setengah. hati dah terbakar rasa nak suruh en pengajar keluar kereta, tapi cam tak patut. hahaha :-) dan yang paling tak patutnya, en pengajar boleh cakap "kan saya suruh fokus, dengar apa saya cakap, penat nak ulang banyak kali, saya ni puasa, faham?" dengan pelat jawanya. me bukan tak mahu faham apa en pengajar cakap, tapi ni hari pertama me pegang stereng kereta dan berjaya membuatkan sebuah kereta bergerak. panik+takut+tak confident+pening semua bercampur baur dalam otak ni, sila lah bersabar sedikit.. plus bukan en pengajar saje yang puasa orang lain pun puasa jugak. tak kan lah beberapa jam lagi nak buka puasa en pengajar tak boleh bertahan? nasib baik lah en pengajar ni orang tua, cam tak patut je nak kurang ajar. tapi respect la orang sikit, kalau me tak pergi sekolah memandu ni, dia ingat dia ada kerja ke? sabotaj sekolah ni baru tau~ story ni bukanlah nak menunjukkan me mendapat seorang pengajar yang tak supportive jauh sekali tak profesional, tapi me mahu beritahu pengajar2 sekolah memandu, kompromi la sikit, bukan semua orang ada kecekapan atau skill yang standard, atau belajar2 je terus dah terror, bagilah peluang, introduction, jangan la sikit2 marah, boleh pressure dan down kan student (yup, ni lah yang me rasa) sepatutnya memandu adalah perkara yang menggembirakan, tapi kenapa en pengajar jadikan sesi mengajar sebagai nightmare? sedih :-(

1 comment:

Luna Fantasi said...

asi, good luck!nanti leh race

Powered by Blogger.