Merdeka!!!


alhamdulillah, untuk kali ke 52, negara kita masih di beri peluang menyambut ulang tahun kemerdekaan. "happy independence day~ malaysian!!" walau dimana juga anda berada.. terima kasih kepada pejuang kemerdekaan kerana tanpa mereka  kemerdekaan tidak akan di rasai. terima kasih juga rakyat Malaysia kerana keharmonian masyarakat majmuk inilah menyebabkan kita terus menerus merasai, menghayati dan menghargai kemerdekaan. semoga kita, rakyat Malaysia akan lebih bersatu padu, bertoleransi, bekerjasama dan menghargai erti kemerdekaan ini :-)

Satu Malaysia
Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan
Happy 52 Independence Day!!

hari pertama pegang stereng kereta~

today is the day.. selepas lulus L pastilah bercita2 untuk lulus P, sekaligus menjadi pemandu berhemah (ye ke?). hari ini punch out agak awal~ tq mr boss bagi balik awal.. huhu, excited ke nak pergi belajar driving? emm, me 70% takut + 30% excited. oleh kerana hari ni hari pertama belajar, jiwa memang agak kacau, macam2 pikir~ me tak pernah drive kereta, menumpang pernah lah. hehehe :-) dalam pukul 4pm, me sampai kat sekolah memandu, en pengajar juga ada, so bermula lah episod "mari belajar memandu". en pengajar telah mengarahkan me tukar tempat duduk setelah kereta di gerakkan sejauh 500m. me? emm, takut and tak confident. serius. en pengajar sangat garang dan tidak mesra pelajar. takde apa2 introduction, terus kena marah. pergh, sabar je. en pengajar terus instruct step2 memandu and bila salah kena marah lagi. cis en pengajar ni. takde kompromi lansung. bila pemanduan bermula, dengan kawalan stereng yang agak kurang terkawal, hampir2 menyebabkan me nak terbabas masuk parit, huhu~ kena marah lagi. bila sampai simpang, tiba2 enjin mati, hah kena marah lagi. okie.. okie penat kena marah satu jam setengah. hati dah terbakar rasa nak suruh en pengajar keluar kereta, tapi cam tak patut. hahaha :-) dan yang paling tak patutnya, en pengajar boleh cakap "kan saya suruh fokus, dengar apa saya cakap, penat nak ulang banyak kali, saya ni puasa, faham?" dengan pelat jawanya. me bukan tak mahu faham apa en pengajar cakap, tapi ni hari pertama me pegang stereng kereta dan berjaya membuatkan sebuah kereta bergerak. panik+takut+tak confident+pening semua bercampur baur dalam otak ni, sila lah bersabar sedikit.. plus bukan en pengajar saje yang puasa orang lain pun puasa jugak. tak kan lah beberapa jam lagi nak buka puasa en pengajar tak boleh bertahan? nasib baik lah en pengajar ni orang tua, cam tak patut je nak kurang ajar. tapi respect la orang sikit, kalau me tak pergi sekolah memandu ni, dia ingat dia ada kerja ke? sabotaj sekolah ni baru tau~ story ni bukanlah nak menunjukkan me mendapat seorang pengajar yang tak supportive jauh sekali tak profesional, tapi me mahu beritahu pengajar2 sekolah memandu, kompromi la sikit, bukan semua orang ada kecekapan atau skill yang standard, atau belajar2 je terus dah terror, bagilah peluang, introduction, jangan la sikit2 marah, boleh pressure dan down kan student (yup, ni lah yang me rasa) sepatutnya memandu adalah perkara yang menggembirakan, tapi kenapa en pengajar jadikan sesi mengajar sebagai nightmare? sedih :-(

Ramadhan datang lagi~


salam ramadhan kepada semua muslimin&muslimat
selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan rahmat

"somebody is leaving"
semua bergantung kepada kita sendiri
camne nak mengawal tindak tanduk semasa bulan mulia ni~

banyakkan ibadat
kurangkan aktiviti kurang sihat
"mengumpat"
peringatan untuk diri jua.. hehehe~

okie.. selamat berpuasa
jangan lupa baca niat puasa,k?

Life Is Sharing


................................. life is sharing?
hmm.. ages tak update scrap note. tidak ada masa senggang kah? huhu~ lately, memang busy. yup it's always about "work mode". audit. meeting. corrective action. arahan. suruhan. tanggung jawab. petang tadi my boss tiba2 mengungkap ayat ini.. "life is sharing"~ walaupun dia mungkin mengungkap secara tidak sengaja, tapi ayat itu memberi kesan sehingga membawa me menulis di sini. hahaha. thanks mr boss.. kadang2 kita selalu terlupa yang kita sentiasa "sharing". material, ilmu, masa, perasaan, nilai, minat, passion dan macam2 lah. tapi kenapa ada orang yang selalu terlupa, sehingga jadi begitu pentingkan diri sendiri? kesian betul dengan orang "golongan" ni. ada tengok iklan 1 malaysia kah? ye yang pasal seorang little girl (indian) yang jatuh sakit dan memerlukan darah jenis AB-? semua rakyat malaysia willing untuk bantu selamatkan little girl ni, sehingga dia sembuh dan mampu tersenyum. emm, murni kan? tapi realitikah? life is sharing, make it reality...

Pergi Tak Kembali


AL-FATIHAH
"semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. moga perjuangan dakwahnya akan terus subur dan diteruskan~takziah kepada seluruh kaum keluarga allahyarham ustaz asri (rabbani)" 
p/s: bersediakah kita?
Rabbani

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


[sick mode~]

hari ini: Selasa, 11/8/2008
me telah pergi klinik panel di awal pagi untuk check demam yang menjangkiti diri ini adalah H1NI atau tidak. emm, walaupun doktor itu bagi rawatan ala kadar je, tapi dia telah sahkan me tak kena H1NI. alhamdulillah. yang tak best nya, doktor tak bagi mc. huhu~ so kena kerja.. well anda tau lah, jika bekerja dengan mood "sick bird" semua benda yang kita buat ada je tak kena. plus dengan arahan dan perangai2 orang sekeliling yang nampak lebih annoying membuatkan rasa sakit telah naik satu stage. huh~ rupanya bila kita di tempat kerja, walaupun dalam "sick mode" kita masih lagi boleh berpura2 tidak sakit. kenapa? emm, bila me balik je rumah automatik rasa sakit menjadi2. emak kata, demam kenapa tak mc? (emm, doktor tak bagi mc, plus mr boss pun tak offer balik half day?) emak kata lagi kenapa kat tempat kerja tak off air cond (emak, me share dengan 4 orang dalam satu department, tak mungkin kot off air cond, pasti ada "cacing kepanasan") .. hehe. tapi at this time, 11.40pm, me terpaksa berpura2 rasa sakit telah hilang, ye lah ada kerja nak kena buat.. huhu (tak best) and yang paling penting nak update scrap note ni. hmm okie, nak stop di sini. walaubagaimanapun hati sedikit tercuit melihat nuffnang keyword analysis, nak tahu kenapa?

guys~ mana ada "kisah cinta yang terlanjur" dalam scrap note ni. please lah.. cari lah perkara yang berfaedah sikit. plus jika ada pun "kisah cinta yang terlanjur" tak kan nak post kat sini.. huhu... apa daa~ peace ya!!

tak puas hati :-(


selalu aje tak puas hati.. huhuhu~ hmm, me bukan lah seorang yang "negatif" jauh sekali suka membuat perangai2 negatif ke atas orang lain. tapi malangnya selalu jadi mangsa sikap negatif orang lain. kesian tau kepada diri sendiri. sampai bila mesti bertahan??
untuk orang yang terpaksa dengar my luahan perasaan
1. i'm so so sorry
2. u know, it's hurt. i just can't keep it alone
3. thanks for being a good listener esp u & u (u know who u are)
okie
p/s: hormatilah orang sekeliling. me and gunung berapi sudah tidak banyak bezanya. sekian terima kasih

Ceramah P~

[driving mode active]
okie, hari ni me telah pergi sesi ceramah kedua iaitu Teori & Amali Kereta~ pelajaran hari ni agak berguna untuk new beginners walaupun ia adalah satu sesi ceramah yang 80% boring. emm? tapi kursus ni wajib ok, tanpa kompromi, memang kena attend. sesi ceramah bermula dengan pengenalan kepada kereta. outdoor session, pengenalan kepada bateri, radiator, enjin, minyak2 dan perkara2 asas binaan kereta. next pengenalan kepada litar memandu and do & dont's semasa ujian jpj. hmm~ agak memeningkan,ok? 


sesi bersambung dengan sesi ceramah indoor, dalam kelas. well, ages tak masuk bilik kuliah, maka sangat mengantuk. walaupun me duduk bahagian paling depan, tapi rasa mengantuk memang ada. plus penceramah dia yang syok sendiri dan tak tau handle projektor membuatkan perasaan boring bertambah2.. dalam kelas ni, encik penceramah ulang apa yang dah diterangkan dalam sesi outdoor. kira menambah kefahaman je lah. yang best part nye, encik penceramah habiskan kelas lebih awal. hehehe~


so, kesimpulan dari pelajaran hari ini:
1. pengenalan kepada bahagian binaan kereta
2. do and don'ts masa ujian jpj
okie, till then... 

Pengumuman

dapatkan maklumat mengenai H1N1 di website Kementerian Kesihatan sekarang!! Sila klik pautan dibawah. sekian :-)
anda mampu mengubahnya
p/s:
1. ini adalah pesanan khidmat masyarakat
2. hargailah nyawa anda dan orang sekeliling
3. bertindak sebelum terlambat
4. ingatlah orang yang tersayang
5. pilihan ada ditangan anda

Resepi: Basic Cheese Cake

emm.. so long tak buat cheese cake~ tak tau sama ada skill masih ada atau tidak.. hehe.. kat bawah ni ada picture 2 biji cheese cake yang me pernah buat. resepi ni me dapat dari tokei kedai bahan2 buat kek kat tanjung karang. memang menjadi.. mau try? sila lihat resepi di bawah. ok? have fun guys!!

(A) Cheese Cake "Strawberry Mode"

(B) Cheese Cake "Smarties Mode"
BASIC CHEESE CAKE
Bahan A: BASE
½ pkt digestive biscuit atau biskut marie 
150 gm butter (boleh tambah jika perlu)
Bahan B: CREAM CHEESE
500 gm Cream cheese
250 gm gula kastor
2 biji telur (size sederhana)
2 sudu kecil esen vanilla
200 ml whipping cream
2 sudu besar corn flour
Cara Membuatnya
Base
1. Hancurkan digestive biscuit (serbuk) n mix with butter sehingga adunan sebati
2. Transfer kat loyang n ratakan(sehingga padat)
3. Half bake dalam 15 min 180 deg C
4. Setelah 15 min, keluarkan loyang dari oven dan sejukkan
Cream Cheese
1. Pukul Cream cheese sehingga kembang dan ringan(pastikan cream cheese fully lembut sebelum wisk,ok?)
2. Masukkan gula kastor
3. Masukkan telur
4. Masukkan esen vanilla 
5. Masukkan whipping cream (sedikit demi sedikit) 
6. Masukkan corn flour
**Sila mix adunan hingga sebati semasa membuat penambahan bahan2, ok?**
7. Tuang adunan cream cheese ke atas base (dalam loyang)
8. Bake 180 deg C, selama 35 min ke 40 min
**Resepi ni adalah resepi basic cheese cake, jadi jika mahu tambah bahan2 lain adalah di galakkan**
Nota kaki
1. Nak monitor cheese cake tak bole cucuk2 ngan pisau sebab gerenti mixture akan melekat.. so cara nak check tengok tepi2 loyang.. kalau dah tak melekat lagi atau dah kekuningan maksudnya da fully bake.emm??
2. Bila dah masak, sejukkan cake kat luar(room temperature) dalam 20 min, nie proses pra-penyejukkan 
3. Transfer loyang @ cake ke fridge (hati2 sebab texture cake tak stabil lagi)
4. Biarkan selama 3jam atau semalaman (sehingga lapisan cheese mengeras)
5. Ready untuk di makan~

smoker & habit~


tidak ada apa yang menarik mau update. lately hidup penuh dengan cerita dateline, meeting dan segala2 yang kurang menarik. huhu~ mesti korang tertanya2, mengapakah ada sign no smoking di atas? me bukanlah 100% anti perokok, tapi me anti dengan habit perokok yang tak sensitif dengan persekitaran & situasi, emm?

hari ni me mau fokus satu habit perokok yang kurang sensitif iaitu merokok dalam kereta yang mempunyai penumpang seat depan dan belakang. memang smoker selalu datang dengan macam2 alasan, "kalau tak merokok, mengantuk" atau "kalau tak merokok, boring" tapi mengapakah kamu smoker sangat mementingkan diri sendiri bila berada dalam kereta dengan penumpang? emm, me personally tidak suka habit ni, malah sangat tension bila duduk bersebelahan dengan driver yang smoking. well, walaupun kereta adalah hak milik kamu, tapi persekitaran yang bersih dan tidak tercemar adalah milik semua orang. maka sensitif la sikit, orang lain perlukan keselesaan terutama sekali bila ada dalam kereta. 


walaupun macam2 awareness dah di beri kepada smoker, tapi habit tetap habit. terapkan lah sikit sikap tak pentingkan diri sendiri, anda mampu mengubahnya. pepatah ada mengatakan.. "where there is a will, there is a way". kalau nak berubah tu keinginan kena ada, barulah menjadi.. emm?? so smoker, sila lah jangan merokok terutama bila berada dalam kereta berpenumpang. jadilah pemandu yang berhemah dan tidak membahayakan nyawa orang2 yang tak bersalah. hehehe~


Lirik Hey Ladies - Rossa

uhuhu.. lawak pulak lirik ni.. tapi boleh lah layan~

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur

Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong

Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies! jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies! sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati, juga rugi waktu

Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur

Bila sakit hati wanita bisanya nangis

kenapa me bold word kat atas..? emm titik persamaan pendapat kami.. uhuh :-) peace ya guys!!

New Gadget?

yeay!!
hari ni me n emak jalan2 ke sungai besar. well main purpose adalah untuk hantar barang to my sis, but end up me beli this loyang.. hehehe~ this is mini cup cake loyang, sangat cool kan. additional to the team!! size nya ialah 13" x11". tapi sayangnya ialah, bila me balik and try nak masukkan loyang ni dalam oven.. dia tak muat. my oven is too small. maybe i need to purchase new oven? hehehe.. alasan?!


it's ok, the time will come.. for the time being, letak dulu lah loyang ni dalam rak barang2 baking. emm??

me & food?

blog yang sedap ialah blog yang banyak gambar makanan!! 
post ini di dedikasi khas untuk murni & maslina, both of u kan fan my mom karipap.. hehe.. semalam emak dapat tempahan buat karipap ni. well secara automatik teringat kat korang berdua.. miss those times kan. murni dia tak suka makan karipap dengan inti, so kalau dia nak makan karipap dia akan request karipap tanpa inti.. hehehe.. maslina, bila kitaorang jumpa balik, antara soalan yang dia tanya ialah adakah my mak buat karipap lagi sekarang? huhu~ korang berdua ni.so post ni khas untuk korang.. me ada bagitau mak yang murni & maslina ni selalu tanya pasal karipap dia. and korang tau apa mak cakap.. "apa kata kita buat frozen karipap, pos kat diaorang, pastu biar diaorang goreng sendiri.." uhh.. banyak nya kerja kan murni & maslina, korang pergi je lah beli kat kedai. hahaha..~

in a group

n being single
okie.. so ini pula ialah "mini ambeng" (sila baca dengan nada jawa, ok). apa itu? ini adalah nasi complete set. mau tau kenapa? lihat saje lah kemeriahan mini ambeng ni. ada nasi, serunding, mee, sambal goreng and ayam. sedap? wah mesti lah sedap.. finger licking good tau.. selalunya orang jawa yang terkenal dengan nasi ambeng ni. kalau ada kenduri mesti ada. sekarang ni nak cari ambeng dekat pasar pun boleh jumpa. heheh..~ so jika ada kesempatan, sila lah merasai kesedapan nasi ambeng..!! 

Dialog


di satu senja yang hening, terbang seekor belalang..
emak: eh, belalang hantu!
me: mana2.. (sambil menangkap and meneliti belalang nie...) eh apa yang hantu nya? belalang je. tak scary lansung!?
emak: tak tau la, tapi memang orang panggil ni belalang hantu..
me: emm, ok jap mau snap picture belalang ni.. ye lah mana tau betul2 turn jadi "the ghost grasshopper"? hehehe..
emak: eh main2 pulak, dah2, pergi buang!
me: ok.. (sambil meneliti lagi part mana yang membuatkan belalang ni nampak scary..?) 

Mara ke Hadapan...~

okie~ welcome august 09!
sudah beberapa hari me tidak update scrap note ni. tidak busy, cuma tidak sempat.. emm, apa yang mara ke hadapan..? okie, me baru je nak amik lesen kereta.. wah, agak lambat kan? tapi takpe la, baru ada rezeki and keadaan agak memaksa.. so masa end of july, me telah sit ujian berkomputer jpj.. emm, tau2 je lah bila dah "senior" ni baru nak pergi test2 ni, agak kelam kabut juga. walaupun semua kawan2 kata soalan cam "kacang putih" je.. well diaorang dah lulus, so memang la semuanya senang.. kan?

malam sebelum nak exam tu, me baca buku kpp ni.. n buat latih tubi.. hehe~ walaupun bunyi nya macam "poyo", well persediaan mental dan fizikal itu penting. setelah me kira2, jumlah latih tubi yang me dah buat sebelum ke exam sebenar adalah 15 kali. semua melepasi passing mark tau.. hahaha~ so mau tau result ujian sebenar..?? tadaa..



ok, walaupun tak dapat full mark, tapi me still consider myself "pass with flying colours". so next is sesi ceramah dan latihan memandu, emm tak sabar mahu percepatkan semua urusan latih-melatih ni, tapi agak tersekat ngan komitmen kerja. takpe, biar lambat asalkan selamat kan?

Powered by Blogger.