Part 8 = Part Last~Perhentian

mood cuti pun dah habis. cerita tak habis2. ada opening, mesti ada closing. kalau tak tergantung pulak.. ok bersambung untuk part last kat perhentian
Sabtu,27 June 09,6.15pm
siapa kata berendam dalam laut masin tak seronok? emm, walaupun pagi tadi dah penat menyelam tengok coral and ikan.. kami tak puas2 mau berendam. ada ikan, bagi makan roti.. tak sangka ikan kat laut suka makan roti, patutlah sihat dan kuat~

air yang crystal clear

seronok berendam
Sabtu, 27 June 09, 8.15pm
masa untuk makan malam. duduk ditepi laut pasti teringin mau makan sesuatu yang segar. so menu malam ini pastilah bertemakan makanan laut.. oleh kerana kami agak lambat malam itu.. tempat duduk, full! makanan pun ala2 ada je..

sebab lambat: posing dulu ngan papan tanda ini~

dinner time: makanan yang lazat, ok?
malam itu, memang sangat kekenyangan. penat juga kerana terlalu banyak aksi kuak lentang terbalik dalam air siang tadi. tido awal dalam kelambu.. wah seronok ye~
Ahad, 28 June 09, 7.30am
hari ini mau pulang. seronok dan sedih.. huhu~ aktiviti hari ini bermula seawal 7.30 am. bersemangat mau jungle trekking. tapi tempat tak tau kat mana. penat berjalan2 terjumpa encik yang handle jungle trekking, dia kata.. untuk trekking amik masa 2 jam.. emm, tak sempat pulak, kerana mau balik jam 12pm.. so? mari berendam lah.. 

~catatan perjalanan~
Ahad, 28 June 09, 12.00pm
waktu balik.. the reef dan perhentian adalah tempat yang best untuk dikunjungi. serius. ini bukan iklan ok? me, have a great time sepanjang 3 hari 2 malam kat sini. banyak benda baru berjaya di explore. 

pose sebelum balik..
Ahad, 28 June 09, 1.00pm
dalam jam 1pm kami sampai kat jeti kuala besut. waktu lunch. jom cari kedai, pekena nasi kerabu and keropok lekor, sila jangan terliur, ok?

nasi kerabu, nyum-nyum

keropok lekor

muka kenyang
balik hari itu, kami berpakat mau naik di kota baharu.. so setelah urusan bayar membayar selesai, kami naik kenderaan yang serius mahal kena caj ke kota baharu.. shopping sebentar di pasar siti khadijah, lepak2 di stesen trans langgar, and naik bas kol 9.00pm.. ke stesen putra,kl

peta perhentian kecil and perhentian besar
perjalanan yang panjang dan kesejukan dalam bas, tapi tak paham kenapa anis boleh tido dengan sangat lena. me? tido juga lah sebab dah terlalu penat dan ngeri dengan cara pemanduan pemandu bas. huh, sungguh tak sayang nyawa.. secara keseluruhannya, trip kali ni memang sangat best. yup, we make it, frens!! so next trip.. adalah agenda erin.. mau trekking pula..~ hehehe.. make it happen erin.. chaiyok!!

0 comment:

Powered by Blogger.