Part 6: Mari Mencandat

26/6/09, Jumaat,8.30pm
ini adalah aktiviti yang di tunggu2.. "MENCANDAT SOTONG". kami memang "0" experience dalam aktiviti mencandat ni, tapi untuk segala2 nya yang bernama pengalaman, kami cuba juga.. perjalanan malam itu bermula seawal 8.30 malam.. sesi menunggu "pakcik" dilalui dengan sabar..

muka teruja..
"pakcik" datang dalam pukul 8.45pm, dalam bot yang kecik tu kami membelah laut malam. gelap. ngeri. macam2 boleh jadi. untuk mengurangkan kegusaran hati, berdoa dan menghayati malam adalah lebih baik.. so mendarat di jeti chalet berdekatan untuk tukar bot lebih besar. sempat juga "tapau" nasi goreng untuk dimakan atas bot besar nanti. 

pose sebelum naik bot besar

bot nelayan
dalam pukul 9.15pm, gerak ke bot besar. well, ini adalah 1st experience untuk kami. berada di laut waktu malam. emm, macam nelayan pun ada. hehehe. sempat makan2 atas bot untuk hilangkan lapar. malam itu langit gelap, walaubagaimanapun nampak bintang bertaburan.. hebat sungguh ciptaan-NYA. bot berhenti di tengah2 lautan around 11.00pm, jauh bergerak kan?? so amik port masing2, aktiviti mencandat dah nak bermula. "pakcik" bagi kelengkapan and explain cara2 mencandat sotong.. nampak macam kacang je.. huhuhu~

amik port

gadget mencandat sotong
sebenarnya mencandat sotong bukan lah susah sangat. tapi malam tu memang takde rezeki. air deras ditambah dengan langit yang gelap. tak lupa juga dengan kepakaran yang kurang.. menyebabkan takde sotong besar mahu tersangkut.. hehe.. however, untuk menghilangkan rasa kecewa, tersangkut juga seekor sotong kecik..

satu2 nya mangsa malam itu

my best moment
me agak berpuas hati. at least ada seekor yang tersangut.. hehehe.. so aktiviti malam tu berakhir kira2 jam 3am, itupun setelah usaha "pakcik" mencari lubuk2 sotong kurang berjaya. walaupun rasa sedikit kecewa, tapi masih gembira.. banyak benda yang dapat dipelajari hari ini. 

air surut
pagi tu tak dapat balik d reef kerana air surut. serius. batu2 memenuhi ruang. kalau time air pasang, memang takde peluang tengok batu2 ni. so lepak dulu kat chalet arowana sampai 5am. huh, macam pelarian pun ada, tapi layan je lah..

masih ceria di awal subuh
walaupun serius penat, berjaga sampai 5am, kami tetap hepi. memang experience ni tak dapat dinilai dengan harga. pagi tu meredah air surut nak ke chalet. hmm, tak sabar2 nak balik bilik. sangat mengantuk, ok!?

0 comment:

Powered by Blogger.