Resepi: Marble Cheese Brownies

well guys, don't u think it's delicious? ok, i'm happy to share the recipe!! yeay! must try okie?!

MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan A for chocolate cake
250gm butter
1 cawan koko
3 biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum}*
1 sudu kecil baking powder}*
1 sudu kecil soda bikarbonat}*
1 susu kecil esen vanila
*mix sekali and ayak kalau rajin, hehe..
Bahan B for cheese layer
250gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur
Cara Membuatnya
1. Cairkan butter atas api perlahan.. add serbuk koko, kacau hingga sebati
2. Dalam bekas yang lain, pukul gula+telur hingga kembang
3. Masukkan adunan butter+cocoa dalam No 2, kacau hingga sebati
4. Masukkan susu cair dan kacau lagi
5. Masukkan mixture tepung* dan kacau, add esen vanila
6. Tuang dalam loyang dan bakar 180 deg C, 20 min (half bake)
sementara cake half masak, boleh buat lapisan cheese
1. Pukul cheese hingga kembang
2. Masukkan gula, di ikuti dengan telur dan pukul hingga sebati
bila cake dah half masak, boleh masukkan adunan cheese keatas cake tadi. bakar lagi selama 15 min atau sehingga cheese masak
Nota kaki
1. Resepi ini boleh di ikut.. memang menjadi. rasa ok, tapi teksturnya kurang cantik. so kena r&d lagi, touch up mana2 patut..
2. Sebelum letak lapisan cheese pastikan permukaan atas kek dah kering, kalau tak cheese tenggelam (pengalaman ok?)
3. Ok, me guna loyang 8"x8" yang boleh buka lapisan bawah nya. see here, kalau takde loyang macam ni adalah digalakkan menggunakan griss paper, untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang.
4. Adalah di galakkan mcb disejukkan dahulu sebelum makan. rasanya memang WOW bila sejuk!!

Project: Marble Cheese Brownies

hmm.. dah lama rasanya tak baking. yup semenjak me rasa berat badan semakin bertambah. hehehe. tapi weekend ni telah rajinkan diri untuk bake.. ini semua kerana telur free dari kilang.. (thanks kepada kak nor amik kan telur nih). so project kali ini adalah "marble cheese brownies (mcb)". ini kali pertama me bake mcb, resepi pun amik dari internet. tak tau lah menjadi ke tidak. kalau jadi esok boleh bawak ke kilang.. hmm :-) operasi bermula sekitar 5.30pm, itu pun setelah penat balik dari sg besar beli cream cheese. ye ini dia cream cheese. pastikan halal ok? hehehe.


aktiviti membancuh berjalan baik seperti dalam resepi (tak tau sape punya) and akhirnya, tibalah masanya untuk bake. sila layan ajelah gambar2 dibawah ni.. hehe~



gambar2 diatas adalah pict sebelum masak.. nak tau rupanya selepas masak? tadaa.. sila jangan terliur ok? 



yeay! percubaan pertama tidak mengecewakan. however resepi ni nak kena touch up sket. nanti lah bila rajin2 me r&d sket.. mau resepi? hehe.. next post, ok?

Al-Fatihah~


Al-FATIHAH
"daripadaNYA kita datang, kepadaNYA juga kita kembali"
me ingin mengucapkan takziah kepada kaum keluarga pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad (gambar) yang telah meninggal dunia malam tadi kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin. below adalah antara karya2 yasmin ahmad yang telah berjaya meninggalkan impak kepada penontonnya~

sepet

gubra

muallaf

talentime


mukhsin

Pulas Si Pulasan~

post dengan tajuk yang kurang sedap di dengar.. emm? 
mengapa pulas si pulasan? korang mesti pernah tengok buah ni.. "pulasan". me? juga tahu kewujudan buah ni, tapi sangat jarang di jumpai.. ada musim kan? sekarang memang time kebanjiran buah-buah tempatan macam durian (me like!), rambutan, cempedak, manggis dan macam2 lagi. so time ni lah dapat jumpa buah yang "jarang2" ada~ini lah dia pulasan. macam isi rambutan tapi tidak lekang~ rasa yang manis dan yang paling best nya jika mahu makan buah ni kena pulas kulitnya. kira kena ada skill memulas baru boleh makan buah ni. so ini adalah pulasan and manggis photoshoot~ hehe.. saje me amik buah2 photoshoot. asik gambar orang. boring juga kan?

isi seperti rambutan

dari sisi itu~

gambar close up?

buat bentuk bunga~

in style~

July Wishes~

it's july 09!!

hmm, lately memang membuatkan me menjadi seorang yang amat busy. pening dengan karenah boss dan kerja yang bertimbun. tapi tak boleh lari dari semua keadaan yang haru biru ni!! life must go on.. no matter how hard it is? 

it is 20 july 09.. me mahu wish "Happy Birthday" to  Angah~ my childhood frens!! sorry, me memang hampir2 mahu terlupa ur birthday, lucky ada reminder kat facebook.. hehehe..  "semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan cepat2 kahwin and frens remains ya!!" me juga mau wish ayah "Selamat Hari Lahir" esok 21 July 09. " semoga di panjangkan umur, di beri nikmat kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki anyway congratulations, kerana dianugerahkan pekerja khidmat cemerlang tahun ni.. keep the momentum, ayah!!"

me love both of you.. thanks for everything~
p/s: tahniah kepada cikgu murni berjaya buat blog. hehehe~

Chocolatier~


melalui hari2 yang meletihkan
...otak...
tertekan?
tidak mahu tertekan..
anyway~
tak lama dulu me ada post pasal game "chocolatier 1"
hari ni me telah purchase lagi 2 game coklat
"chocolatier 2" and "chocolatier 3"
ini pasti dapat mengurangkan stress ketahap minima
so a weekend with chocolatier lah~

enjoy!!

Part 8 = Part Last~Perhentian

mood cuti pun dah habis. cerita tak habis2. ada opening, mesti ada closing. kalau tak tergantung pulak.. ok bersambung untuk part last kat perhentian
Sabtu,27 June 09,6.15pm
siapa kata berendam dalam laut masin tak seronok? emm, walaupun pagi tadi dah penat menyelam tengok coral and ikan.. kami tak puas2 mau berendam. ada ikan, bagi makan roti.. tak sangka ikan kat laut suka makan roti, patutlah sihat dan kuat~

air yang crystal clear

seronok berendam
Sabtu, 27 June 09, 8.15pm
masa untuk makan malam. duduk ditepi laut pasti teringin mau makan sesuatu yang segar. so menu malam ini pastilah bertemakan makanan laut.. oleh kerana kami agak lambat malam itu.. tempat duduk, full! makanan pun ala2 ada je..

sebab lambat: posing dulu ngan papan tanda ini~

dinner time: makanan yang lazat, ok?
malam itu, memang sangat kekenyangan. penat juga kerana terlalu banyak aksi kuak lentang terbalik dalam air siang tadi. tido awal dalam kelambu.. wah seronok ye~
Ahad, 28 June 09, 7.30am
hari ini mau pulang. seronok dan sedih.. huhu~ aktiviti hari ini bermula seawal 7.30 am. bersemangat mau jungle trekking. tapi tempat tak tau kat mana. penat berjalan2 terjumpa encik yang handle jungle trekking, dia kata.. untuk trekking amik masa 2 jam.. emm, tak sempat pulak, kerana mau balik jam 12pm.. so? mari berendam lah.. 

~catatan perjalanan~
Ahad, 28 June 09, 12.00pm
waktu balik.. the reef dan perhentian adalah tempat yang best untuk dikunjungi. serius. ini bukan iklan ok? me, have a great time sepanjang 3 hari 2 malam kat sini. banyak benda baru berjaya di explore. 

pose sebelum balik..
Ahad, 28 June 09, 1.00pm
dalam jam 1pm kami sampai kat jeti kuala besut. waktu lunch. jom cari kedai, pekena nasi kerabu and keropok lekor, sila jangan terliur, ok?

nasi kerabu, nyum-nyum

keropok lekor

muka kenyang
balik hari itu, kami berpakat mau naik di kota baharu.. so setelah urusan bayar membayar selesai, kami naik kenderaan yang serius mahal kena caj ke kota baharu.. shopping sebentar di pasar siti khadijah, lepak2 di stesen trans langgar, and naik bas kol 9.00pm.. ke stesen putra,kl

peta perhentian kecil and perhentian besar
perjalanan yang panjang dan kesejukan dalam bas, tapi tak paham kenapa anis boleh tido dengan sangat lena. me? tido juga lah sebab dah terlalu penat dan ngeri dengan cara pemanduan pemandu bas. huh, sungguh tak sayang nyawa.. secara keseluruhannya, trip kali ni memang sangat best. yup, we make it, frens!! so next trip.. adalah agenda erin.. mau trekking pula..~ hehehe.. make it happen erin.. chaiyok!!

bosan aku dengan penat~

tidak ada apa2. cuma bosan. ye~ bosan dengan penat
semangat untuk menulis semakin merosot...
penat mental.. terlalu banyak berfikir, mungkin?
atau terlalu penat menadah telinga, huh~ week full with mental torture
atau semangat yang hilang??
kenapa orang tak penat mencari salah orang lain?
bukan kan lebih elok mencari salah sendiri?
kawan2 selalu berkata
"satu jari menuding arah lain, ada 4 jari menuding ke arah diri sendiri.." lu pikirlah sendiri, ok?
perjalanan tanpa bekalan yang cukup, akan membuatkan kita
terkontang-kanting (emm..??), hilang arah pun ada juga.. huhu~
tak senang duduk dibuatnya, rasa mau lari
atau sekurang2 nya lenyap sekejap
tapi sungguh tidak "gentle"~
berani buat berani tanggung ok?
apapun.. life must go on..
berani untuk gagal, belajar dari kesilapan
tanpa keberanian mimpi tak pernah bermakna, kan?

~jalan hidup penuh cabaran~

to JW, who u think u are?

ok tajuk post "macam bagus", tapi realiti nya memang sangat marah+kecewa. hari ni ada audit, well seperti yang pernah di "post" dulu, hidup dan kerja ni memang dipenuhi dengan audit2.. hari ni, audit yang agak "worst", dari auditor, keadaan dan equipment. walaupun preparation agak tersusun dan cukup baik, tapi resultnya memang membuatkan semua orang yang berusaha berkongsi rasa yang sama- terguris, kecewa dan marah. for me, audit adalah audit. biasalah ada Q&A session. jalan2 round plant. apa yang tak biasanya ialah cara seseorang auditor tu. kamu bukan bagus sangat, rumah kata pergi, kubur kata mari, tapi masih nak jadi so arrogant dan annoying. huh. tidak perlu terjerit2 seperti kena histeria, dan tak perlu juga menengking orang sesuka hati. apatah lagi melabel orang lain sebagai "liar" and "crazy management". JW, u are damn annoying. i hate u!!! tapi itulah auditor, kamu bukan sesiapa ok, walaupun kamu vice president tapi kamu tetap bukan sesiapa. walaupun keputusan kamu adalah "mesti follow", tapi kamu tetap juga seorang "orang". kenapa tiada timbang rasa? kompromi? hari ini, me learn something. being humble when you are on the top. who might know, you will fall and never wake up?damn, i hate u, JW~ i feel badly hurt and sad. can't stop blame myself. sorry to my people, i'll try to make it better next time. anyway, you guys are great. thanks!!

Part 7: Sambil Menyelam, Minum Air Masin

27/6/09, Sabtu, 10.30am
mari snorkeling! walaupun masih ada sisa mengantuk, tapi aktiviti hari ni mesti diteruskan. for me, ini bukanlah kali pertama snorkeling, tapi rasa excited tu memang ada. kawan2 lain, rata2 ni 1st time diaorang snorkeling.. emm, kami tak tahu berenang! heheh.. 

memang maintain ceria
abang boatman, telah membahagikan sesi snorkeling kepada beberapa point iaitu: coral point, turtle point, fish point and shark point. coral point adalah area pertama kami snorkeling. serius laut dalam. seriau dibuatnya. oleh kerana kami tak tahu berenang, abang boatman dah standby pelampung untuk kami. haha.. 1st time rasa takut jugak. tertelan2 air masin dibuatnya.. tapi coral dia memang cantik, tak pernah tengok coral macam ni.. emm~ 

ke turtle point
area kedua adalah turtle point. abang boatman kata kalau bertuah dapat la tengok penyu.. emm, agak lama mencari2 penyu di dasar laut, akhirnya abang boatman bagi signal untuk kami terjun dalam air. memang bertuah! dapat tengok penyu secara live. tapi penyu bergerak sangat laju dalam air, dapat tengok sekilas aje.. tapi cukup membuatkan me hepi.. :-)

fish point adalah area yang paling best sekali! ikan warna warni. ada nemo, bawal, kerapu and macam2.. lihat saje lah aksi2 dalam air ni.. ikan pun sangat mesra alam.. seronok dapat makan roti.

lihat.. itu kami~
ikan yang mesra alam
last area ialah shark point. masa sampai point ni, takde sape mahu terjun. takut jumpa shark.hehehe. tapi setelah berjalan2 dalam air, seekor shark pun tak jumpa. huh~ selamat. so aktiviti snorkeling berakhir dalam 12pm. memang penat mengepak dan telan air masin. tapi kami semua enjoy. tak sabar mahu balik bilik! mahu berehat2.. thanks abang boatman. jasamu di kenang.. kamu memang sporting!!

Part 6: Mari Mencandat

26/6/09, Jumaat,8.30pm
ini adalah aktiviti yang di tunggu2.. "MENCANDAT SOTONG". kami memang "0" experience dalam aktiviti mencandat ni, tapi untuk segala2 nya yang bernama pengalaman, kami cuba juga.. perjalanan malam itu bermula seawal 8.30 malam.. sesi menunggu "pakcik" dilalui dengan sabar..

muka teruja..
"pakcik" datang dalam pukul 8.45pm, dalam bot yang kecik tu kami membelah laut malam. gelap. ngeri. macam2 boleh jadi. untuk mengurangkan kegusaran hati, berdoa dan menghayati malam adalah lebih baik.. so mendarat di jeti chalet berdekatan untuk tukar bot lebih besar. sempat juga "tapau" nasi goreng untuk dimakan atas bot besar nanti. 

pose sebelum naik bot besar

bot nelayan
dalam pukul 9.15pm, gerak ke bot besar. well, ini adalah 1st experience untuk kami. berada di laut waktu malam. emm, macam nelayan pun ada. hehehe. sempat makan2 atas bot untuk hilangkan lapar. malam itu langit gelap, walaubagaimanapun nampak bintang bertaburan.. hebat sungguh ciptaan-NYA. bot berhenti di tengah2 lautan around 11.00pm, jauh bergerak kan?? so amik port masing2, aktiviti mencandat dah nak bermula. "pakcik" bagi kelengkapan and explain cara2 mencandat sotong.. nampak macam kacang je.. huhuhu~

amik port

gadget mencandat sotong
sebenarnya mencandat sotong bukan lah susah sangat. tapi malam tu memang takde rezeki. air deras ditambah dengan langit yang gelap. tak lupa juga dengan kepakaran yang kurang.. menyebabkan takde sotong besar mahu tersangkut.. hehe.. however, untuk menghilangkan rasa kecewa, tersangkut juga seekor sotong kecik..

satu2 nya mangsa malam itu

my best moment
me agak berpuas hati. at least ada seekor yang tersangut.. hehehe.. so aktiviti malam tu berakhir kira2 jam 3am, itupun setelah usaha "pakcik" mencari lubuk2 sotong kurang berjaya. walaupun rasa sedikit kecewa, tapi masih gembira.. banyak benda yang dapat dipelajari hari ini. 

air surut
pagi tu tak dapat balik d reef kerana air surut. serius. batu2 memenuhi ruang. kalau time air pasang, memang takde peluang tengok batu2 ni. so lepak dulu kat chalet arowana sampai 5am. huh, macam pelarian pun ada, tapi layan je lah..

masih ceria di awal subuh
walaupun serius penat, berjaga sampai 5am, kami tetap hepi. memang experience ni tak dapat dinilai dengan harga. pagi tu meredah air surut nak ke chalet. hmm, tak sabar2 nak balik bilik. sangat mengantuk, ok!?
Powered by Blogger.