Trial Mode: Fruit Tart

Fruit tart project
ini adalah kali pertama aku cuba buat fuit tart ni.. tapi hasilnya tak mengecewakan .. malahan boleh di banggakan.. (hehehehe). kenapa begitu rajin? owh, it's my anak buah engagement dan dekat je ngan rumah. so mau bawa fruit tart sebagai buah tangan.. emm..?

buah tangan ke rumah orang yang engage. hope u'll like it~
buat fruit tart bukan lah satu proses yang mudah, ok. kena bersabar kerana ia sedikit rumit n leceh. tapi bila kita suka buat sesuatu benda.. semua pun layan je~ so, my activity start on sabtu petang dalam pukul 6.30pm. after prepare dough n chill it for 2 hour, me buat the cream filling. pastu rehat. dalam pukul 9.00pm aktiviti mould bermula.. me guna acuan untuk tart tapi saiz yang kecik.. comel dan bergaya. aktiviti bake berakhir lebih kurang pukul 10.30pm. letih and seluruh badan bau tart.. 

siap dibakar selama 10 min.. golden colour~
hari ahad.. adalah hari untuk deco. bermula dengan 1st layer chocolate, di ikuti dengan cream filling dan last buah-buah. so my tart ni saiz kecik je, so tak dapat nak bubuh banyak2 buah.. sarat, ok! 

1 st layer chocolate.. nyum-nyum

2nd layer- cream filling

tambah buah-buah.. make it colourful!!
siap packing in box me bersiap2 ke rumah orang yang nak engage. rasanya berpuas hati dengan hasil pertama ni.. nampak comel jugak.. thanks kepada emak yang tolong potong buah kiwi.. hehehe.. 


suka tengok warna-warni buah~

sampai aje rumah anak buah, me bagitau yang tart ni specially buat untuk event dia..  dengan pantasnya dia menyorokkan bawah katil.. hahaha, yup risau terhantar ke pihak lelaki (hantaran). walaubagaimanapun, hampir separuh juga tart ni dihantar sebagai hantaran kerana membalas dulang pihak lelaki yang banyak, 33 dulang, ok?! kesian, tak tau dia dapat rasa ke tak..? hehehe.. anyway, selamat berbahagia lah kepada korang berdua.. 
me? hahaha.. this project is great n nak cuba lagi.. tapi risau pula berat akan semakin ++!! :-)

0 comment:

Powered by Blogger.