::Derma Darah, Kamu Mahu?::



tiba2 hari ni teringat pasal aktiviti menderma darah. kenapa? ntah aku pun tak tau kenapa.. sepanjang hidup ni 2 kali je aku pernah derma darah.. tu pun masa zaman2 belajar kat U dulu.. tak percaya? sila tengok sijil, buku derma darah n tie pin tu.. (sedikit bangga.. hehehe).

kali pertama dengan seorang kawan.. ye masa tu memang sangat takut.. (kali pertama ok?) seingat aku, untuk menghilangkan ketakutan aku, aku bercakap tanpa henti-henti sehingga proses pengambilan darah berakhir.. memang abes darah sebanyak ~450ml..  kali kedua, seorang diri (ces, tunjuk berani..) oleh kerana takde kawan bercakap, maka aku mengurangkan ketakutan dengan melihat keadaan sekeliling.. ye, masa tu derma darah depan library.. so cuci mata je lah~

sebenarnya, derma darah ni bukan lah aktiviti yang menakutkan, jauh sekali menjadikan kita gemuk, ok? tapi tak faham kenapa, ramai orang kat luar sana, berani cakap, tapi tak berani buat..? hehehe.. ok, aku dah derma 2 kali, maksudnya ada berani juga lah..

sebelum derma darah kita akan melalui beberapa peringkat check: berat, jenis darah, kena isi form n kandungan zat besi mencukupi dalam darah. bukan suka- suki ye.. jika kita lepas semua ujian saringan ni barulah kita di baringkan kat kerusi sambil berusaha memenuhkan plastik darah itu..

kumpulan darah
lepas usai menderma, nurse akan bagi kita makan kuih and minum air kotak.. untuk apa? kalau tak silap aku lah, untuk mengembalikan kandungan gula dalam badan, supaya kita tak pengsan.. camtu lah.. tapi setakat ni, aku tak pernah mengalami simptom pengsan selepas derma darah.. aku masih pergi kelas seperti biasa time tu.. cuma tangan sedikit sakit dan lenguh... itu je~

emm, bercita-cita mau derma darah untuk kali ke 3, tapi bila masa yang sesuai ye?

3 comment:

Anonymous said...

x lepas untuk menderma dara...huhu~

Anonymous said...

eh salah..menderma darah...
-ish macamane leh tggl "h" ni...-

asiekassim said...

hahahaha
darah.. ok boleh derma
dara..opss jangan main2..

Powered by Blogger.