sudah balik~

yahoo!!
sudah selamat pergi dan selamat balik dari Pulau Perhentian :-)
seronoknya tak terkata, rasa tak mahu balik.. apakan daya cuti sudah habis.. huhuhu
terima kasih kepada korang yang mendoakan keselamatan me n frens
we really have a super great time~

perhentian here we come~


perhentian here we come!!
kalau tanya, apakah perasaan sekarang.. yup me so.. so excited!! tak sabar nak sampai kat perhentian.. nak menenangkan jiwa+perasaan jauh kat terengganu.. hehehe~ so esok perjalanan akan bermula kat hentian putra,kl.. 9.30pm.. me+emel+anis+pnaz+erin.. harap2 trip kita ni sukses.. guys doakan kitaorang selamat dari segala segi.. emm, next tuesday baru kerja.. huhu :-)
p/s: plz wait for my catatan perjalanan!

Koleksi&Impian~

koleksi & impian? untuk kamu yang tak pernah tau, me sebenarnya suka baca novel. minat membaca novel ni dah start since 2002 lagi. emm, kenapa? tak percaya?! yup, cuma lately ni sejak kedai buku jauh dan tekanan kerja yang agak banyak, maka aktiviti membaca novel sangat terhad~ me, myself suka baca novel2 publish by Alaf 21. siap buat collection lagi. kalau tak silap current dah ada 110+ novel. itupun tak termasuk yang dah hilang atau dicuri. kat bawah ni, antara novel2 yang ada. kawan2 selalu tanya.. "kenapa kumpul novel2 ni?".. jawapan nya mudah aje, tapi sangat susah mau di realisasikan~ "nak buat kedai sewa novel, kedai tu ala2 kiosk, ada reading corner, ada internet [ala2 cc- maybe with 2 lappy ke?] & ada cake n drinks corner".. so there is the dream~

emm, memang sangat susah nak di realisasikan.. emm, how i wish that one fine day ada kiosk ni..! however it is, aktiviti mengumpul novel, masih berjalan seperti biasa.. dengan harapan, satu hari nanti angan2 jadi kenyataan.. 

Tart Nenas

it's weekend activity~
hari ni me, sis and emak merajinkan diri untuk buat tart nenas. hahaha~ my part is buat 'ketul2' jem nenas and gulungkan inti dalam doh. agak lama juga proses membuatnya untuk 1 batch adunan kira-kira 2 hour with 2 full time worker [me n sis] and 1 part time worker [mak]. anyway, we did enjoy it together.. [sweet moment= sweet pineapple tart]

ketul2 jem nenas

doh

before cook


after cook


tadaa~ ready to eat..
yummy2... do u want some?
:-)

~Ayah


sebenarnya me kurang alert, 210609 adalah hari bapa.. ingatkan dah lepas.. hehehe. sorry kepada kawan sebelah meja kerana telah di tipu dengan jaya nya.. anyway, selamat hari bapa kepada semua bapa2, ayah2 n walid2 - tapi ni tak termasuk bapak ayam, ok?!

[me hope that i can say it loudly to ayah.. ] selamat hari ayah: doa saya untuk ayah semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. semoga di beri kesihatan dan kesempatan untuk memperbaiki diri. Amin~ 

me and ayah tak begitu rapat. tak banyak benda yang di borakkan. tak banyak benda di bincang kan. walaupun, sekarang ni dah jadi penghuni tetap kat rumah.. keadaan tetap tidak berubah. hehehe~ persamaan me and ayah adalah kami anak sulung. maka tanpa ragu2, my perangai memang banyak bermentor kan ayah.. walaupun secara lansung atau tidak lansung :-)

sepanjang hidup ni banyak perkara yang ayah dah lakukan untuk pastikan me and my siblings terus bertahan disana~ so siapa,bila, di mana.. dan apa sahaja soalan.. ayah tetap ayah. terima kasih, ayah. me hope that one fine day, ada kesempatan untuk balas jasa ayah. walaupun sedikit~ 



semoga ayah akan terus suksess dalam karier dan harap ayah akan berhenti dari tabiat merokok. hehehe~

Lirik - Batasku Asaku~

"Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa ku mampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja

Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman

Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada

Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh padaNya"




lirik lagu malam ini. tidak melayan perasaan. cuma belajar menghayati. selalu ada perkara tersirat di sebalik benda tersurat.. sama ada nampak atau tidak nampak. sama ada mahu atau tidak mahu. semuanya terletak pada diri..~

p/s : congratulations to fazek and zali: HAPPY ENGAGEMENT!! jangan nakal2 okie!?

[activate silent mode]

mahu bertenang. tanpa gangguan. tanpa konflik
shhhh.... ~
[activate silent mode]

selalu kita dengar orang berkata.. "bila takde depan mata, barulah kita menghargai sesuatu dengan baik".. emm, kadang2 rasa macam diri sendiri pulak! i miss those days when i was there!! really!! kenapa? miss to be myself~ happening+garang+cakap tak tapis+talk a lot~ huh.. feel the "family" environment and "HWWT- How We Work Together" practises.. need to be back on track. Am I made correct decision?? :-)

i wish to be in spa~ yup, any!! rasa nak berehat2 menenangkan fikiran dan jiwa yang kusut.. alangkah syoknya! kalaulah ada doraemon dah tentu mintak kat dia : Pintu ke Spa~ hahaha.. 
 
selalu orang kata warna hijau menenangkan.. hijau~ingatkan me pada sawah. bertuahnya dapat tengok sawah padi dari dekat.. tapi malangnya, tak juga rasa tenteram? 

pulau perhentian: tak sabar mahu sampai ke sana. pasti peluang ini akan dihargai sebaik mungkin untuk berehat2. tenangkan jiwa yang kusut. pasti. kamu semua~ doakan me baik2 aje.. hopefully akan enjoy trip ni! really need momentum untuk balik semula ke "mood" asal.. 

yup, harap2 hidup akan kembali normal. tanpa tekanan. tanpa prejudis. 
[activate normal mode~]

segalanya kurang hari ini


FAKTA
1. Kurang pandai: merujuk kepada orang yang blur2 hidup dia. sape punya kerja, sendiri mahu ingat lah, orang lain pulak kena amik tau!!
2. Kurang cari pasal : my mood agak tak okie. so kurang cari pasal. humm~
3. Kurang masa : tak sempat nak siapkan report hari ni. banyak gangguan teknikal pulak!
4. Kurang asam : kawan sebelah meja, dari dia balik petang tadi sampai sekarang ni tak abes2 nak cari pasal. hahaha.. tapi tq la.. kerana ingatkan pasal isya and mimpi ngeri.. 
5. Kurang selesa : tak paham kenapa kat sini ada orang suka tengok orang lain macam nak makan. huh~ tak suka.. korek biji mata baru tau!!
6. Kurang rehat : hari ni bekerja agak lama. pecah rekod peribadi. 15 jam kat kilang~ huh! me tak rela okie.. kerana kerja. penat menunggu sehingga mata pun jadi sangat mengantuk.. 
7. Kurang suka : tak nampak ke dah penat ni. ada lagi orang yang tak paham bahasa tahan2 menghalang me dari balik umah. so annoying, okie! keep ur silly Q to other people!!
8. Kurang enak : Kurang enak di dengar. cerita yang my cousin bawa ni betul2 gempak.. hilang rasa mengantuk! hmm.. betul kah ada aktiviti camni kat kilang.. wonder? 
9. Kurang rasa kenyang : atau dalam erti kata lainnya- lapar. rasa nak makan, tapi dah lambat sangat. tak mungkin makan time nih.. percubaan diet nih!! 
10. Kurang rajin : esok mahu masuk lambat 2 jam. huhu~

itu sahaja.. esok ada secret mission~

berita dan komen~




Penjawat awam dilarang sembang guna Internet
"KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam di negara ini dilarang melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet termasuk aktiviti sembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara larangan tatacara penggunaan Internet yang dijelaskan oleh Perdana Menteri itu merangkumi memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen. Selain itu, katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board. Perdana Menteri juga melarang penjawat awam menggunakan kemudahan sembang, menggunakan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersial dan politik"


KENAPA boleh keluar berita macam ni? sungguh menggusarkan penjawat awam. ye memang bukan semua, melayan internet kan.. tapi kerana nila setitik, rosak lah susu sebelanga.. kadang2 bagus juga melihat larangan ni dari sudut positif.. 
1. menjadikan penjawat awam lebih telus semasa kerja. maknanya kerja 8 jam sehari untuk buat kerja - say no to facebook, ym, skype, you tube.. etc
2. menjadikan penjawat awam lebih mesra pelanggan.. customer mania: maksudnya kalau kerja yang berkait dengan customer service, penjawat awam akan lebih sincere dari segi percakapan dan perbuatan
3. penjawat awam akan lebih faham tugas-tugas mereka. no delay work. kadang2 kerja banyak tertangguh bila melayan internet ni. faham2 je lah..

me tak condem people work in gov ni. tapi ye lah, kadang2 agak tensen apabila berurusan dengan mereka. terlalu banyak kompromi. karenah birokrasi. dan agenda tersembunyi. tapi bukan semua orang yang kerja gov macam ni. tapi itulah, kadang2 jeles juga dengan mereka, kita ni terpaksa merayu2 suruh diaorang cepatkan proses permintaan kita. tapi mereka buat tak tau aje. kadang2 suka-suka hati juga sound orang. ces macam lah bagus sangat. huhuhu~

emm, buat semua penjawat awam, dengan ada nya larangan ni, semoga anda semua akan bekerja lebih rajin dan ikhlas. relaks takde internet semasa bekerja tak bermakna hidup akan boring.. hehehe.. penjawat tak awam juga ada larangan menggunakan internet semasa bekerja.. ini barulah adil, kan? so my expectation selepas ada larangan ni, penjawat awam akan lebih friendly, telus, efisien dan work hard.. chaiyok penjawat awam!! anda mampu mengubahnya!! 

harapan~


a warm welcome to brunei delegates
to our place~
hopefully tommorow visit will
bring more sucsess, create strong bonding
and branding the product to the world
chaiyok team!!
WHERE THERE IS A WILL, THERE IS A WAY
special thanks to department mate/maintanence/production and all~
sorry susah2 kan u guys.. chill and cheer :-)

shopping lace?

"pening dibuatnya
tema hijau.. lining hijau sudah ada.. 
lace? takde... emm, kena shopping kat sungai besar ni!!"
(gambar hiasan)
FAKTA:
1. yang shopping lace ni adalah Intan n Firhan, not me :-)
2. diaorang datang lambat betul, lepas asar! sabar je lah..
3. lelaki memang tak suka bila kena pilih2 ni, selalu je lepas tangan kat perempuan. kesian my frens. kena buli. hehehe.. (takpe buli balik, time kat kaunter bayar)
4. tak jumpa lace yang berkenan sehingga kol 6.15 pm
5. singgah butik pengantin. dapat offer superb. baju+aksesori+make up ala2 artis = RM600. terus confirm
6. 6.45 pm gerak ke batu 23 untuk makan malam. makanan yang sedap.. seafood ok?!
7. 8.15 pm gerak balik ke my house~
8. me telah di propose untuk jadi pengapit. hahaha. apakah? tak sesuai betul!(nampaknya kena diet nih.. ada masa 1 bulan setengah) tapi sebelum itu mestilah mematuhi syarat yang telah di tetapkan :-)
(gambar hiasan aje..)
sehingga waktu post ni ditulis.. perut memang sangat kenyang, nak bangun pun malas!! hahaha.. nampak gayanya me akan ada tanda2 pra obes tahap 1. kui3.. anyway.. happy tengok intan n firhan. dulu masa bercinta asik perang aje. tapi hari ni nampak sweet pulak.. semoga jodoh korang panjang~ amin

Tak Mungkin Kerna Sayang

Lirik Lagu Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah 

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu

Tidak senada irama dan lagu



Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti


Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui

Ada ketika di minda kau menjelma kembali


Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang

Cuma terganggu oleh perasaan



Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti


emm.. lagu ni baru nak dihayati hari ni.. why? why? pagi ni, seorang kawan kata lagu ni telah di dedikasi khas dari seseorang ke seseorang. maka hati pun tertanya-tanya (???) apakah maksud tersirat.. balik keja terus aje google lirik+lagu+video clip dia~ part yang paling disukai ialah:
"Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan"


okie, tak peduli nak kata jiwang atau tangkap leleh sekalipun, part ni memang paling terkesan bila lagu ni di hayati betul2.. kenapa? hahaha~ teringat perangai buruk pentingkan diri sendiri: suka2 nak sakitkan hati orang: suka2 mau hai-hai, bye-bye:sorry-no commitment:etc: (harap-harap dah dimaafkan, hehehe)

persepsi masyarakat: apabila seorang 'cik' semakin bertambah umur, tapi tak kawin2 lagi, dengan sewenang2 nya mereka di label sebagai andar2~ me secara personally memang tak suka dengan word ni,ok. hahaha~ tapi kenapa? salah ke kalau tak kawin? hmm.. setiap orang ada masalah atau pendirian yang berbeza-beza. mungkin terlalu harap dekat seseorang, tapi harapan tu sia2. tapi bukan sampai desperate. cuma jodoh takde. atau memang malas mau pikir hal kawin2 ni. ye lah, mungkin ada bad experience dalam family sendiri ke, kawan terdekat ke? trauma ngan lelaki ke? huhuhu.. maklumlah, pengalaman sekeliling mengajar untuk lebih berhati2. tapi kenapa orang berfikir yang bukan2..? tak tau ke title andar2 tu terlalu berat tekanan nya!!! suka hati mau label2 orang! cinta bersifat universal. kadang2 jatuh di tempat yang salah. tu realiti. cuba di elak, tapi semakin dekat. salah siapa?
walau apa pun:
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti"

ada apa dengan cinta? buat penat aje jika layan perasaan secara berlebihan.. hidup kena happy :-), sayangi diri sendiri baru fikir orang lain kan? (kata-kata tanpa perasaan) layan aje lah~
 

[nasi goreng kampung]


[nasi goreng kampung]
hari ni mak masak nasi goreng kampung~ okie mengaku: me request emak masak nasi goreng kampung :-) lihat lah gambar, mau berkongsi rasa, tapi di alam maya pulak.. hehehe.. alangkah sedapnya..
-terima kasih emak!!-

mahu tapi....


kalaulah...
ada orang nak bagi secara free benda ni, alangkah bagusnya..
hahaha.. u wish!!
walaupun aku tau tu dalam mimpi je, tapi layan je lah..
seorang kawan ada bertanya
"mau angkat tak dslr aku, next month mau angkat baru punya.."
dalam hati berkira-kira
"alangkah bagusnya ada walaupun 2nd"
tapi logik akal berkata
"ada kemampuan tak..?"
kusut betul.. mau jawab apa?
"mahu tapi....."
next month berderet2 to do list yang menggunakan banyak aliran tunai..
emm, tapi rugi pulak.. tolak peluang
aku suka amik picture, guna digital camera lah
tapi dah takde kepuasan mau cuba pakai dslr
tapi ada kawan kata
"kalau untuk saje2 baik tak payah, membazir.."
emm.. tapi alangkah bagusnya kalau dapat cuba untuk ada
kalaulah ada orang mau bagi free kan..
huh.. 
berangan lagi!
zaman sekarang masuk tandas pun bayar,ok?

Trial Mode: Fruit Tart

Fruit tart project
ini adalah kali pertama aku cuba buat fuit tart ni.. tapi hasilnya tak mengecewakan .. malahan boleh di banggakan.. (hehehehe). kenapa begitu rajin? owh, it's my anak buah engagement dan dekat je ngan rumah. so mau bawa fruit tart sebagai buah tangan.. emm..?

buah tangan ke rumah orang yang engage. hope u'll like it~
buat fruit tart bukan lah satu proses yang mudah, ok. kena bersabar kerana ia sedikit rumit n leceh. tapi bila kita suka buat sesuatu benda.. semua pun layan je~ so, my activity start on sabtu petang dalam pukul 6.30pm. after prepare dough n chill it for 2 hour, me buat the cream filling. pastu rehat. dalam pukul 9.00pm aktiviti mould bermula.. me guna acuan untuk tart tapi saiz yang kecik.. comel dan bergaya. aktiviti bake berakhir lebih kurang pukul 10.30pm. letih and seluruh badan bau tart.. 

siap dibakar selama 10 min.. golden colour~
hari ahad.. adalah hari untuk deco. bermula dengan 1st layer chocolate, di ikuti dengan cream filling dan last buah-buah. so my tart ni saiz kecik je, so tak dapat nak bubuh banyak2 buah.. sarat, ok! 

1 st layer chocolate.. nyum-nyum

2nd layer- cream filling

tambah buah-buah.. make it colourful!!
siap packing in box me bersiap2 ke rumah orang yang nak engage. rasanya berpuas hati dengan hasil pertama ni.. nampak comel jugak.. thanks kepada emak yang tolong potong buah kiwi.. hehehe.. 


suka tengok warna-warni buah~

sampai aje rumah anak buah, me bagitau yang tart ni specially buat untuk event dia..  dengan pantasnya dia menyorokkan bawah katil.. hahaha, yup risau terhantar ke pihak lelaki (hantaran). walaubagaimanapun, hampir separuh juga tart ni dihantar sebagai hantaran kerana membalas dulang pihak lelaki yang banyak, 33 dulang, ok?! kesian, tak tau dia dapat rasa ke tak..? hehehe.. anyway, selamat berbahagia lah kepada korang berdua.. 
me? hahaha.. this project is great n nak cuba lagi.. tapi risau pula berat akan semakin ++!! :-)

A Fruit Tart Project

hari yang sangat penat tapi xcited!!!
hari ni belajar buat fruit tart.. emm 50% senang, selebihnya.. leceh n rumit.. hehehe
tapi sekarang sangat malas nak buat ulasan.. esok la ye
sementara tunggu esok, enjoy d pics!!





janji, esok sambung..

Deeper Conversation With Myself~



" did someone took a portion of your heart?
(tak.. mana ade baik2 aje di situ?)
and im learning you
( ye belajar lah..belajar sampai letih..)
and if you dont mind 
( aku kisah sebenarnya, tak suka lah sibuk2 nih!!!)
can you tell me
(nak bagitau apa?)
all your hopes and fears
(my hopes? ada banyak woo.. tapi fears.. pikir dulu.. hehe)
and everything that you believe in
(perlu ke amik tau semua benda? huh)
would you make a difference in the world 
(yup maybe.. one fine day)
i'd love for you to take me to a deeper conversation
(deeper conversation.. tak mau lah.. hehehe)
only you can make me
(ayat2 manis lebih la nie~)
i let my guard down for you
(emm tak yah susah2.. take care ur self)
and in time you will too"
(ye, betul lah tu..)
p/s nota buku lali- ini akibatnya jika terlalu boring.. uwaaaa... mau tido lah!! ini adalah lirik lagu YUNA-DEEPER CONVERSATION~ sila layan lagu ini.. dengan intro nye yang cool " IS YOUR FAVOURITE COLOUR BLUE..?"
Powered by Blogger.