kek lapis version lapis tembikai

kek ini telah dibuat khas untuk anis bila dia datang umah last sunday.. cara buat dia senang je sebab tak payah guna botol2, cuma curah je satu layer ke satu layer.. proses buat pun sekejap je dalam ~ 3jam..


untuk memeriahkan kek ni aku tabur hawflakes~asam keping2 ni.. so rasa kek ni ala2 manis masam.. erk.. layer merah ni plak letak perisa strawberry supaya rasanya lebih kick..


so anis datang dalam kol 4pm kek pun dah siap masak.. so aku ingat dia suka kot kek ni.. hahaha (better ko kata ko suka,anis!).. aku pun hidangkan sepiring kek ni untuk di test oleh anis..

so oleh kerana bonda (mak anis) aku kira big fan kek aku, maka aku pn tapau kek ni untuk dia.. and nasib baik dia suka.. poor anis sebab kena bebel ngan mak dia sebab tak belajar wat kek ngan aku, tak amik resepi dan bla..bla..bla.. takpe raya boleh order.. hahaha

rasanya macam nak pergi kelas wat kek lapis pulak.. ada satu kelas kat klang ni kena bayar rm200.. mau pegi ke tak mau hah?? emm ada sesape nak pegi sekali??

0 comment:

Powered by Blogger.