Info kek lapis

Info kek lapis? Memang senang nak cari info lagi2 dalam internet ni.. emm macam2 ada.. hehehe.. sepanjang malam tadi aku cari web2 yang berkaitan ngan resepi2 kek lapis.. wow rajin2 betul orang2 ni meneroka seni kek lapis.. dan tak sangka juga dah ramai yang explore bisnes lapis melapis nie.. "Lapis cabang perniagaan" hehehe.. (mana tau sok2 aku lak yang jadi tokey lapis, takde la aku keja tengok ayam lagi..hahaha)

Malam ni surf punya surf melekat dengan satu website ni. Dasyat betul owner n penyumbang resepi.. memang rugi la kalau sesiapa yang tak tau dan nak tau hal masak memasak tak berkunjung ke web ni.. memang macam2 ada.. tapi mestilah fokus ku kali nie ialah resepi kek lapis..

Ada banyak resepi.. tapi aku lebih nak usha kek lapis yang kena susun2 nie.. mencabar sket.. dah 3 kali aku buat kek lapis yang curah2 ni.. teringin lak nak buat yang susun2.. ye memang ada banyak.. and yang aku bangga sekali owner ang penyumbang resepi tak kedekut ilmu lansung.. siap tunjuk step by step.. menyenangkan..newbie kek lapis..

Ok da siap tengok resepi mana yang berkenan.. nak cuba plak.. hehe..So di sini ku nak amik kesempatan mengucapkan tq,gracias kepada owner n penyumbang resepi kat web ni..harap2 lebih banyak resepi akan di sumbangkan.. ni adalah antara hasil terawal kek lapis ku.. harap2 akan ada lapis yang lebih gempak..ok chow

LAPIS PELANGI
cubaan pertama yang tak mengecewakan



LAPIS GEMBIRA
cubaan kedua yang wow!!

LAPIS TEMBIKAI
cubaan ketiga yummy..yummy

0 comment:

Powered by Blogger.