sembelih orang?

A Slaughterhouse a.k.a rumah sembelihan? apa yang korang tahu pasal rumah sembelihan..yup ada banyak rumah sembelihan kat malaysia ni..especially untuk ayam,lembu,itik.... orang pun ada(bukan kat malaysia)..?! hehehe.. so dalam post kali ni,aku rasa berbesar hati ngan korang sume mau berkongsi pengalaman bekerja kat salah satu rumah sembelihan ayam kat malaysia ni..
Actually aku baru je keja kat sini,past 2 month..tapi aku rasa kerja and environment tempat keja ok..setakat ni semua under control..emm rupanya seronok juga keja kat rumah sembelihan ayam ni..eh ye ke?
Sekurang2nya menjadi seorang muslim menuntut kita menjadi lebih prihatin dengan apa yang kita makan ..ye la..we are what we eat..kan..kan?? so kena la berhati2 sikit..kelebihan kerja kat rumah sembelihan ni kita dapat tengok dengan mata sendiri proses keseluruhan pemprosesan ayam.. bermula dari gantung, sembelih, proses, packing dan dihantar ke customer.. semuanya kena teliti dan dijaga kualitinya..emm setakat ni aku berpuas hati dengan apa yang aku tengok sendiri..
1st time tengok ayam kena sembelih beribu2 ekor sehari membuatkan jiwa macam tak keruan je..ye la darah sana sini dengan bau lagi..ditambah pulak dengan perasaan yang sayu..(chewah!) tapi oleh kerana kerja layan je la..lama2 ok la dah biasa..cuma takde peluang nak sembelih je coz takde sijil..hehe..
Pemprosesan ayam mengambil masa yang agak panjang kerana ada banyak faktor yang kena kawal..macam temperature,bird condition,kebersihan dan lain2..memang pening kepala and rumit sekali..tapi kerana tuntutan kualiti dan kepuasan orang ramai ku turutkan jua.. bila da siap proses,ayam kena disejukkan dulu sebelum dihantar ke customer... so bila korang beli ayam kat hypermarket janganlah merungut panjang lebar kerana harganya yang mahal compare ngan ayam kat pasar malam..1st kerana kualitinya dijamin,2nd kerana ketelitian orang2 memproses ayam..hehe..
So itu je la cerita kali ni..btw, baru2 ni ada terima email mengenai rumah sembelihan manusia kat sebuah negara..tak tau la betul atau tak..yang baik itu datangnya dari NYA, yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diriku jua..so nilai la sendiri..







tepuk dada tanyalah sendiri nak percaya atau tidak..
:fikir sebelum buang,atau buang dulu baru fikir?:

0 comment:

Powered by Blogger.