catatan hari ini

hari ni ahad masa nak berehat2 dari kesibukan week yang 'hectic'..sebelum week baru start elok la kalu g shopping hari ni..yup!! shopping..walaubagaimanapun budget lari hari ni kerana awal2 pagi da kena hulur kepada adikku 3 rat..argh...!!
seperti biasa tempat shopping adalah di sungai besar..hahaha..oleh kerana ni je tempat yang ada n dekat,layan je la..apa yang menariknya kat sungai besar ni..emm..kalau nak membeli belah kain baju,kain nak bertunang ke,kawin ke,baju raya ke..apa2 la sungai besar adalah tempat yang terbaik..kain2 cantik2 n harga dia affordable..so hari ni aku cuma cuci2 mata je la tengok trend kain terbaru..banyak lot kedai yang baru dibuka membuatkan tangan ni gatal je nak membelek kain2 yang ada..syiok sekali..tapi cukuplah sekadar tengok je..muahahaha..
sedang berehat2 sambil makan putu piring yang paling enak di sungai besar, ada satu group demonstrasi betul2 kat depan the store..semuanya berlaku secara aman tapi yang tak fahamnya ditengah hari yang terik..apakah?oo lupa plak,demonstrasi ni sudah tentulah berkaitan dengan tindakan rejim is***l yang tidak sudah2 menganiaya umat yang tidak bersalah..emm,ramai yang jadi mangsa..berbalik kepada demonstrasi kat sungai besar.. banyak la sepanduk2 n kain rentang yang mengutuk serangan n keganasan pihak2 tertentu..n yang menariknya budak2 yang umurnya lebih kurang 4-5 tahun pun ada pegang gak(tak tau la budak kecik tu tau ke tak apa yang dia buat..?) n banyak jugak risalah diedarkan, dengan harapan kita dapat bersama2 berusha membantu mereka yang tidak bersalah itu..
ye itulah dia, perjuangan kita bukan setakat demonstrasi, yang penting doa dan doa yang tak pernah putus..semoga kesengsaraan saudara kita akan tamat suatu hari nanti,insyaallah..
:UKHWAH ini tanda eratnya silatulrahim kita; kedukaan mu adalah kesedihanku:

0 comment:

Powered by Blogger.