selamat kembali kepada penulisan blog NMK!

28.1.2017


yeah setelah setahun tak update blog, tiba-tiba rasa nak update semula. haha. selamat kembali kepada penulisan blog NMK! reason menyepi sebab kedekut data internet-3GB je ada, sebab kembali Maxis bagi penambahan data sejak November lepas. 10GB weekdays, 10GB weekend. okey lah tu kan.

tahun 2016 yang berlalu adalah tahun yang roller coaster dalam hidup. kerja bertukar-tukar seksyen dari AJ ke Pensijilan ke Eksport. tapi fasa hidup masih sama-stagnant. hahaha. highlight dalam tahun 2016, dapat berkampung 30 hari kat ChangZhou, China. satu tempat yang asing dalam hidup, dikelilingi orang-orang yang tak pernah dikenali (kecuali nizam). tapi peluang hidup kat China memang once in a life time kot! banyak benda belajar dan banyak benda yang membuatkan diri sendiri 'bangun'! macam biasa photo book hidup kat China dah siap. kalau nak view boleh klik sini

harap2 tahun 2017 banyak perkara yang lebih mengujakan akan berlaku. dan Insya'Allah akan cuba konsisten kembali menaip kat blog ni. 

hai blog!

28.3.2016


lama sangat tak taip kat blog, ingatkan nak kuburkan je blog tapi aduh-aduh sayang pulak. hihi. takpe occasionally i'll  type something here. hmm, apa yang menarik berlaku selepas beberapa bulan? nothing interesting, really!life seperti biasa ada hari-hari menggembirakan ada tidak. kerja pun dah berubah angin, dari surveilan dah tukar pensijilan. yup, stress level 4.5/5. dah hampir 2 bulan 1/2, still catch up style kerja. macam2 changes orang nak buat, follow je lah, ye tak?

suku pertama tahun ni tak sempat nak travel lagi. patut rasa macam tak best je kan. hahaha. teringat2 nak lepak kat pulau-pulau Malaysia ni. berkira2 nak repeat Mabul atau Perhentian! hmm. 

hopefully ada banyak perkara baik dan menggembirakan akan berlaku tahun ni. really need to be positive vibes! i'm turning double three this year! so so makcik-duh! 

ok chow. nanti sambung lagi k.

photo book come back: Kuching trip 2014

4.10.2015

dah lama tak submit photo book, kali terakhir dec/14. bila nak sumbit 1 hari ni baru terperasan cost yang bertambah iaitu GST! kah kah, terkena tempias jugak rupanya. kos buat photo book yang 50 page Cool Image Wrap+Slip Case dah touch RM180! demmit!! dah la kena activate voucher expired kena tambah rm20+gst. demam rasa nak submit photo book. phew!

apapun kena submit jugak kan. GST untuk negara. hihihi. ini kali ai submit photo book kuching, trip last untuk #vm2014. lama dah buat, dok tangguh nak touch up & submit. huhu.

yang amazing nya, baru submit 20 min, e-flip dah upload kat website. wow, depa kat Pixajoy tu keja malam2 ahad ni ke? good job guys!









ok, silakan klik e-flip album Part 4 #VM: 2014 Trip Kuching
  

oktober mood! photo book mood!

3.10.2015

sebab dah lama tak menaip jadi terkial-kial pula. haish. cerita september baru je siap publish > revert to draft. kah kah. taktik nak update post mengikut sistem giliran katanya. so, diam tak diam bulan oktober dah pun menjengah. haish, kalau ikutkan pencapaian hidup agak corot. kerja pun tak mantap. perlu booster or mungkin kena tukar angin. life dah ala-ala boring gitu. tapi takpe, bersyukur sebab ada kehidupan dan kerja kan?

dah lama diam dengan aktiviti design photo book kan? now masa untuk buat come back. hahaha. tiba-tiba rasa rajin pulak nak design. untuk merancakkan mood, kita mulakan dengan edisi Semporna/Pulau Mabul. pergh teringat memori2 manis kat Mabul. 

ini sebahagian page yang siap design. kerja ni memang tak siap lagi, slow je progress. nanti dah submit ai tempel kat blog. janji.





ok, masa untuk teruskan perjuangan untuk design. chow!

jangka hayat

3.10.2015

jangka hayat blog ni makin menipis. dalam dilema nak teruskan atau delete sahaja. haish. simptom kemalasan tahap apakah yang melanda? kalau ada keazaman menaip pasti akan ada post menyusul. InsyaAllah :-)

let's rock. let's recall last month events. let's write.
Powered by Blogger.